Wednesday, March 9, 2011

#catatan seorang budak yang baru lepas spm (kisah hantu)

Petang tu suram. Dah nak senja pun. Kelihatan Pak Ngah rumah belakang menutup kandang lembunya setelah Chengkot masuk. Chengkot ialah anak Temah. Temah ialah lembu yang Cik Kudang Cipeng hadiahkan pada Pak Ngah 4 tahun dulu. Dah berhasil dah lembu tu.

Aku baru nak masuk dalam rumah. Tetiba Makteh memanggil aku. Aku ditugaskan untuk membeli sedikit keperluan dapur nak masak dinner. Aku dibenarkan naik motor mak aku memandangkan hari dah nak senja. Naik motor mak ialah satu kegilaan aku pada masa tu sebab aku baru reti naik motor. Dapat pulak bila dapat task yang urgent dan mustahak demi keterisian perut keluarga pada malam ini. Kunci diberikan padaku. Aku menghambur ke garaj nak ambik motor.

Sampai di garaj, kelihatan Angah berdiri sugul tercegat di tepi motor. Ewahhh..Dia lagi cekap. Mesti berita tentang task nak kedai Ujang senja-senja ni telah sampai ke telinganya dan Angah dah siap-siap tunggu kat motor. Bijak. Aku suka dengan Angah.

Kami menuju ke kedai Ujang. Perjalanan ke kedai Ujang senja-senja tu berlaku dengan pantas. Angah yang kat belakang aku masa tu hanya terdiam ajer. Dah senja pun. Lagipun nak cepat, ni. Sesampainya di kedai Ujang, aku stand kan motor. Angah berdiri tunggu kat motor sebab motor parking tepi jalan. Kang ada keling mabuk rembat pulak motor mak ni kang. Aku masuk kedai membeli keperluan.

Bila dah beli, aku kembali ke parking motor. Naik motor, Angah naik belakang, kami bergerak. By this time, suasana dah agak gelap. Maklumlah, kawasan kampung aku ni berbukit bukau. Kami melalui kawasan bukit kebun kelapa sawit sebab nak shortcut. Gelap. Tapi sebab nak elak lalu jalan jambatan yang biasanya sesak, kami ikut lalu kebun.

Masa dalam kebun tu lah, Angah berperangai pelik sekejap. Dia tibatiba macam nak berdiri atas motor kat belakang aku. Sibbaik tak jatuh dari motor. Dah la gelap. Aku menampar paha Angah yang berperangai tahapa-hapa senja-senja tu. Dia duduk kembali. Ada satu part masa dia membetulkan posisinya tu, aku terasa hembusan nafas Angah bunyi macam bunyi nafas lembu. Kuat, mendegus dan lembap. Tapi aku tak sapu rasa sejuk berair kat leher aku tu. Sebab motor tengah menurun. Dan aku perlukan seluruh konsentrasi nak mengemudi motor buruk mak aku tu.

Sesampai di depan gate, Angah turun dulu. Dia bukak gate. Biasanya, aku masukkan motor dulu, dia tutup gate, naik atas motor dan kami ke garaj. Tapi kalini, Angah terus berlari masuk ke dalam rumah setelah membuka gate. Aku terjerit-jerit senja menja ni memanggil Angah yang mengelat.

Setelah memparking motor di garaj dan meletakkan bembarang di atas meja di dapur, aku melalui kawasan ruang tamu nak ushar apa yang tersiar bi TV. Kat ruang tamu kelihatan mak, abah, adik aku yang lagi dua orang dan Angah. Aik? Angah? Cepatnya mandi? Siap berbedak sekali?


"Aik? Angah? Cepatnya mandi? Siap berbedak sekali?" kataku pada Angah yang tengah kusyuk tengok cerita Kamen rider kat TV.


"Owang dah mandi dayi dadee, dah. Nanya, mak!" marah Angah padaku.
"Ni mesti mandi kerbau ni. Baru tadi Angah ikut saya pegi kedai ni tadi" kataku.
"Eh? Mana pulak. Angah dok dengan mak tadi. Dia mandi pukul 6sengah tadi lepas air tumpah tu" jawab mak aku unamazed.

Aku ambik towel dan terus nak mandi.

6 comments:

Gen Fujita said...

Salam. Kitorang nak ajak jadi tetamu undangan dalam vlog Seremban Maya, kat restoran Cina Muslim sebelah Wadi Ar Rhaudah tu, kitorang dah jumpa. Nak tak? Maybe dalam hujung minggu ni atau hujung minggu depan.

Dark Half said...

cellemekk...scuba dapat jemputan vlog la...

Irwan said...

terima kasih tuan Gen fujita. Tapi hujung minggu ni saya ada kerja, kena siapkan awning kat umah customer...

tapi teruskan mengajak ye...

terima kasih...

Gen Fujita said...

Ok ler, bebila free bagitau. Tapi hujung minggu je boleh.

Dark Half said...

hahahann..hantu budak pakai bedak!
windu aku kat ju-on..haha

Irwan said...

mana pegi azral salim ni hah?