Friday, April 1, 2011

Sepetang dengan Azil 1


Petang tu Azil datang mencemar duli dengan menziarahi aku. Dia datang bukan dengan tangan kosong. Dia bawak sebungkus buah-buahan dan sekeping pendrive. Muka Azil tak ceria. Cam letih pun ada. Spek dia senget ke kiri. Aku suruh dia betulkan. Azil terus masuk ke rumah aku dengan senyap.


Azil ialah mentor kepada aku dalam halhal berkaitan blog. Walaupun dia duduk kat kampung Batu 3, di satu kawasan terpencil di Pedas, N Sembilan bersama maknya, dia tahu serba serbi pasal blog. Dan muzik keras. Ye. Muzik metal. Petang tu Azil akan bercerita pasal metal. Beliau mencucuk pendrivenya ke dalam laptop aku. Dia cuma meniup ajer nescafe o yang aku hidangkan. Panas lagi, katanya. Aku buat manis tu, khas untuk Azil. Dia suka memanis. Dan kopi habbatussaudak.

Perjalanan petang tu dimulakan dengan cynic. Azil tengah gila dengan band ni sekarang. Dulu masa aku mula kerja dulu, dia gila dengan Aghora. Lepas tu Sepultura balik. Lepas tu necrophagist. Sekarang, cynic. Mengetahui kegilaan muzikal Azil amatlah penting sebab ia mempengaruhi raut wajah Azil yang selalunya ceria dan never say no. Serta ia mempengaruhi gaya tulisan aku dalam blog akuskizo ni sebab dia sumber inspirasi aku. Hoi! Bila nak mula, ni?

Azil kelihatan sedang bercakap di talian dengan salah satu dari 7 awek yang diayatnya. Satu lagi kelebihan Azil ialah multi tasking. Dia boleh handle awek lawyer, dokter, pensyarah, operator kilang dan budak form four dengan serentak. Itu cuma yang selalu layan Azil jer tu. Tak citer lagi favorite list Azil, lagi. Tapi petang ni Azil taknak citer pasal list tu. Dia nak citer tentang metal. Yang fuckingnya ialah Azil sedang bercakap dengan aweknya tu.

"Kenapa tak makan lagi
Sambil tengok tv makanlah
Hehehe
Hmhmhmh
ok
Tak boleh!
Cakap orang!
Ok, bye!
Muahhh!

Hah?
Muuuuuuuuuaaaahhhhh!!!!
OK, Kumsalam"

Azil hangup henpon dia.


Kat mana kita tadi?


"Yang ni tepakso layan..." kata Azil sambil berseloroh
"Angin ey lain macam, kit" kata Azil dan bermuka series kembali.

Henponnya berbunyi kembali. Mesej pulak.


Bila nak mula, niii?

2 comments:

MawardiYunus said...

hahhaah sabo jela

Irwan Mohamad said...

Jangan lupa mengikuti sambungannya di widget link within tu. hahaahaha