Thursday, June 23, 2011

GUA PENAGIH!




Kalini, ketagihanku dah tahap menggila! Aku dah tak boleh berpikir tentangnya. Bila pikir jer, mesti nak kena. Bila pikir jer, mesti nak kena. Aku telah dinasihatkan oleh teman-temanku tentang habit buruk ku ini. Aku juga akui ia menjahanamkanku. Tapi apa boleh buat? Aku hanyalah penagih.

Aku mula perasan ketagihan ku dah menggila masa time aku jaga kedai hari tu. Aku keja sebagai tukang jaga kedai aiskrim. Duit hasil jual asikrim yang punch in memang takleh kencing. Tapi duit hasil jualan asikrim waffle, boleh goreng. Dapatlak, takde sukatan khas yang mengatakan 3kilo tepnug waffle boley buat 3juta waffle ker haper, kan? Kengkadang ada kes tepung tumpah. Ada kes bersemut. Hahaha.

Jadi, hasil jualan waffle haram tu, aku gunakan untuk menjana ketagihanku. Kalau dulu aku beli sepuluh peket sekali. Kalini aku beli kotak-kotak. Beli terus stok sebulan. Surplus pulak tu. Sepanjang bulan aku waras jer. Segala macam tohmahan atau ujian menimpa, aku rilek dan hadapi dengan tenang. Bila balik rumah, aku layan dua tiga belas peket. Pergh. Layannnn.

Kebiasaan ini terbawa-bawa hingga ke pejabat. Aku menyimpan stok berpeket-peket di dalam mejaku. Mulanya, aku cuma gunaka sebagai reward tiap kali aku selesaikan task harianku. LAma-lama aku gunakan sebagai boost penaik semangat la konon setiap kali tekanan menjadi memuncak (dan nampaknya semakin hari semakin bertambah ajer hehehe). Lamakelamaan, aku dilaporkan kelihatan dengan selamba mengunyah benda tu masa dalam bilik meeting.
Siap aku bagi alasan bahawa aku mengantuk dan selamat, lagi.

Dadah terbaru ku



3 comments:

Jo Qusary said...

Apa brg main Cloud9 brader... lu angkat Cadbury la... baru stim, hehehe...

Irwan said...

lu dah rasa? lu rasa dulu beb...

irwan said...

pair pack!