Kengkadang masa emo, gua layan perasaan. Gua ikut apa yang hati gua nak buat. Gua rasa nak menjerit, gua menjerit. Gua rasa nak merempit, gua rempit. Gua rasa nak membunuh, gua bunuh. Selalunya, gua rasa nak sembayang taubat, maka gua solat. Alhamdulillah.
Tapi kecibaian dunia amat mencengkam. Sungguhpun gua tengok orang lain cam rilekk jer menghadapi semua ini, dan gua ajer yang sensorang rasa cam cibai, gua maintain. Gua cover. Bila orang tanya adakah gua OK atau tidak, biasanya gua jawab gua OK. Kengkadang, gua pulak yang sesaja cakap sesuatu, pastu gua kata gua OK. Bukan apa. Gua kena selalu ingatkan diri gua sendiri bahawa gua OK. Sebab hanya gua ajer yang tau keadaan gua pada masa tu, dan gua ajer yang tau bahawa gua perlukan sokongan moral atau tidak. Jadi, gua OK.
Namun, cengkaman kecibaian tetap juga menusuk ke dalam daging gua yang empuk, mengakibatkan gua terpekik melatah kesakitan. Gua manusia biasa ajer. Mana ada ilmu kebal atau superpower kulit kalis cengkaman. Dapatlak cengkaman keduniaan bukan datang dari arah belakang ajer. Bukan tang tengkuk ajer seperti yang kita dok doa-doa masa ambik wudhuk tu. Cengkaman cibai dari dunia tu datang dari pelbagai arah, kiri kanan depan belakang atas bawah. Itu dari luar jer tu. Dari dalam pulak dari sudut tekanan, diri, keluarga, kerjaya, survival, sex, banyak lagi. Ingat senang ke jadi manusia. Tak citer lagi sewa rumah, bil Astro, prepaid, unifi, langganan majalah Mangga dan URTV...duit.
Jadi, gua akui bahawa lelama dok kat kota metropolitan ni, harihari mengharungi dan berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia urban zaman moden, gua yang pada aalnya seorang yang suci murni blankblank pun akhirnya terjebak.
Terjebak dalam kencah perlumbaan tikus, mengejar peanut butter fantasi yang ditanam dalam kepala oleh diri sendiri.
Terjebak dalam peperangan yang tahapahapa yang takde kena mengenapun dengan apa saja yang penting dalam hidup ini.
Terjebak dalam salah faham emosi yang membuatkan hidup terapung-apung, tali ghaib yang menggantung, tidak ke bawah atau ke atas, hinggakan dah taktau asal punca berbalas-balas.
Terjebak dalam kelalaian, kemalasan, kemurungan. Terjebak dalam nafsu. Terjebak dengan duit. Gua terjebak.
Dan bila gua dah terjebak, gua perlukan bantuan profesional.
Gua perlukan bantuan dengan segera.
No comments:
Post a Comment