Thursday, July 14, 2011

Balas Dendam yang skizo

Dah lama dah gua geram dengan mamat tu. Tapi harini dia dah melampau. Ada ke dia mempermainkan maruah mak bapak gua depan seluruh kelas? Arwah guru silat gua dulu pesan. sebelum perang, kita dakwah dulu. Wa dah sound dia agar dia menarik balik kata-kata dia dan membuat pengumuman maaf secara terbuka. Tapi dia degil. Dan sebab itulah gua berada dalam semak ni. Menunggu dia balik dari mengaji. Harini, gua akan selesaikan. Hahaha

Lama jugak gua dok mengendap dalam semak jalan ke rumah dia tu. Tengahari tu hujan. Jadi petang tu, pacat agak mengganas sikit. Gila dowh! Dua ekor berjaya naik sampai pinggang gua. Nyaris gua nak terjerit terperanjat. Sibbaik Acik Temah hujung kampung yang kebetulan lalu time tu tak perasan gua sokseksoksek dalam semak.

.
.
.

Mamat tu lalu tepat pada masanya. Dia baru balik mengaji. Gua? Dah tentulah gua ponteng ngaji arini sebab gua dok dalam semak, ni kan? Lu boleh dendiam tak?

Gua tunggu timing yang tepat. Bila mamat tu melepasi je garisan imaginasi yang gua dah set dalam pikiran gua, gua terkam keluar dan terus menghayun kayu berpaku tu ke muka dia. Paku tepat mengenai pipi dia. Gua cuba nak tarik tak boleh! Pulak! Mamat tu pegang kayu gua. Gua terperanjat dan lepaskan kayu. Dia meraung. Kesakitan agaknya. Memanglah kesakitan, tongong! Takkan terharu pulak!

By the time raungan mamat tu 3suku nak abis, gua terus sepak betis kanan dia. Agaknya dalam panik-panik tu gua boleh sepak tang keras pulak. Walaupun gua sakit, mamat tu nampak lagi sakit. Dia melutut. Tangannya masih cuba mencabut kayu berpaku yang melekat kat muka dia. Darah membasahi baju dan kawasan dia meronta-ronta tu. Tangtang tu jugak lah gua baru tau gua ni alah pada darah. Pandangan gua jadi berpinar. Gua macam nak pitam. Gua meraba-raba mencari bearing. Gua perasan mamat tu dah berjaya mencabut kayu berpaku tadi sebab dia sedang menghayun kayu tersebut ke arah gua dan...


...Gua tak berapa suka mana arahnya jalan cerita ni. Jadi gua tamatkan di sini saja. Sigh...

2 comments:

Miss P said...

ce citer, ce citer lagi...

Unknown said...

hehehe..thanks, Jo...