Friday, July 15, 2011

Jiran yang skizo 2


"Syyy..." kata Azil sambil membuat isyarat dengan jarinya ke arah Atan. Atan mengcover mulutnya yang tersendawa dengan kuat tadi. Maklumlah. Dah terbiasa. Mereka berdua terbongkok-bongkok di belakang rumah Atan. Melalui info yang Atan dapat, tuan rumah belakang rumah dia, takde kat rumah pada hari itu. Peluang inilah yang dinantikan oleh Azil dan Atan. Mereka berdua nak tengok, apa saja lah yang dikerjakan oleh jiran belakang rumah Atan yang manjang bertukang sepanjang tahun. Ahh. Kalau tak paham, klik ajer kat sini, baca dari mula. Bukan panjang pun... Anyway...

Azil memang berbakat dalam bab pecah rumah ni. Kengkawan Atan memang ramai terdiri dari penyangak, mat rempit dan gigolo. Atan ajer seorang budak yang baik dan lurus yang hanya bekerja sebagai mat kilang. Berbalik kepada cerita kita...

Semudah ABC, Azil membuka pintu belakang rumah tu. Atan masuk dulu. Azil mengikut dari belakang dan menutup pintu. Mereka bersembunyi didapur, di balik almari tinggi. Setelah mengushar line, Azil pergi ke arah ruang tamu. Reka bentuk dalam adalah sama dengan dalaman rumah Atan sebab diorang ni semua dok dalam taman perumahan. Semua sepesen jer designnya. Atan mengikut dari belakang. Kelihatan Azil berdiri di tengah ruang tamu macam mencari-cari sesuatu. Atan menyertai Azil. Baru jer Atan nak dekat dengan Azil, kedengaran bunyi henpon. Atan dan Azil mengecheck henpon masing-masing. Bukan dari mereka. Alamak! Adakah ini bermakna ada orang lain dalam rumah itu sekarang?

Dengan berhati-hati Azil pergi ke arah bunyi henpon itu. Atan mengikut dari belakang. Mereka berdua masuk ke bilik kat ruang tengah. Kelihatan bilik itu macam sedang renovation. Dindingnya macam baru selesai di simen. Ada tangga menghala ke atas salah satu petak siling yang terbuka. Kat lantai, berselerak perkakasan nek menyimen, tegak batu dan plaster.


2 comments:

YUL said...

bersambung kew cite nie? hehe. menarik!

Unknown said...

a'ah...patutnya by today dah habis post tapi tak sempat coz weekend busy