Gua mengaku. Kengkadang gua memang cibai. Masa gua ok, gua senang, gua senyaap je. Layan kepaler sendiri dengan earphone. Tak layan sangat, kesah orang. Tak ambek tau sangat sapa yang eksiden kat tepi haiwey tadi.
Yang cibainya ialah bila gua sesak, pandai pulak gua menyalak, tepekik telolong mintak tolong, macam dah nak kiamat dah. Bila tak dibantu, macamacam gua hamun, macamacam gua hungkit. Gua lah mangsa. Gualah bodoh, percayakan persahabatan, kesetiaan, blablabla. Sekarang, bila gua tersepit, bila semua taknak tolong, gua melolong. Meraung. Pathetic.
Gua takleh camni. Gua kena berubah. Ni zaman globalisasi dan henpon pintar, gua kena jaga imej, reputasi, ayat, tingkahlaku pelanchau, sumer tu. Kalau tak kang orang akan tengok gua one kind. Orang tengok gua sebagai failure. Gua bukan failure. Gua tak fail! Gua ok! Nah!
Nah!
Nah! Hambik kau! Hahaha!
No comments:
Post a Comment