Friday, July 29, 2011

Pelakon Alih bahasa yang skizo

Hello! Nama saya Azam. Jika anda bisa mendengar suara saya, pasti anda akan terus teringat siri-siri sinetron kat #rtm3. Ini kerana suara SAYA digunakan dalam cerita2 tersebut. Pelik? Tak paham? Hahaha.

Selepas kejayaan drama2 dari luar negara, pihak rtm3 telah beralih ke alternatif yang lebih murah dan asia. Dapat pulak band band dari Indon tengah meletup, satu projek rahsia telah dirancang. Dipendekkan cerita, cerita sinetron indonesia yang rakyat tengok selama ini, sebenarnya adalah buatan malaysia. Pelakon pelakon tu sumer main kumat kamit je depan kamera. Lepas tu, suara saya dimasukkan ke dalamnya. Macam alih bahasa Doraemon, Naruto, semua tulah. Cuma dalam sinetron, suara kena lah macam real sikit.

Dulu saya tak puas hati jugak dengan hero hero dalam cerita yang gunakan suara saya tu. Apa taknya, diorang punya keja bukan susahpun. Kumatkamit cakap tahapabendantah lupa skrip pun takpe. Sebab lepas tu, gua yang bersengkang mata dengan sound engineer nak redub balik. Tapi bila ambik kredit, usahkan terima kaseh, mention pun tidak.
Bayangkan, kalau cerita sinetron tadi, suara heronya macam Sunyo, heroin macam Sizuka dan yang lain macam Giant. Skrip sedih macamana pun nantik, orang dok gelak tengok awek indon suara cam Nobita nanges dibuli mak mentuanya.
Apapun sebenarnya, saya ok dengan diri, pekerjaan serta kehidupan saya dan elok rasanya saya berenti disini saja kerana stesen saya dah sampai... Eh?

2 comments:

cEro said...

nice one, bro...
tp aku lg teruja nak tahu camne ko tangkap gambar tu, perghh!!!
tinggi btol tangan ko..hehehe

Irwan said...

cam cibai punya observation dan komen...