Friday, September 2, 2011

Limitless



Kepada semua yang dah muak dengan kueh dari tepung, serta malas nak ke mana-mana petang Jumaat yang berbahagia dan panas, bolehlah ringan-ringankan kepala pergi mendownload movie kita minggu ini atau mencarinya daripada toko-toko DVD haram yang berdekatan.

Movie kita kali ini takde la gempak mana. Ia sekadar cerita pasal pengembaraan hero kita ni Edward Morra sebagai penagih kepada sejenis dadah yang diperkenalkan kepadanya secara tak sengaja oleh adik iparnya. Cerita pasal penagihan dadah memang jarang berakhir dengan happy ending atau mempunyai mesej-mesej kemanusiaan. Tapi yang ini, aku rasa, ia adalah lebih kepada komunikasi antara si penagih dengan orang yang pernah atau sedang menagih.


Aku suka cara filem ni menggambarkan saat ketika efek dadah ini baru bermula. Lebih kurangla feelingnya macam orang yang first time ambik ganja, misalnya. Pemandangan jadi stereoskopik, kita lebih sensitif dan aware dengan segala details yang selama ini kita anggap tak penting, dan kita berupaya mengakses bahagian-bahagian otak kita yang selama ini dah bersawang ataupun yang kita tak sangka ia akan menjadi penting suatu hari nanti.
Movie ini menyaksikan bagaimana Eddie berubah dalam satu malam akibat dadah yang diambilnya serta berupaya menghasilkan novel masterpiece yang sedang terbantut pembikinannya. Dari sini, aku nak kongsikan kepada mereka yang menagih dadah di luar sana, bila korang dah high, cubalah hasilkan apa-apa produk semasa dah weng tu. Lukisan, lagu, tulisan, contengan, brainstoirm atau apa saja kecuali buat anak. Janganlah membuang masa doodling blankly at the ceiling.

Kebanyakan orang yang mengambil dadah adalah kerana tekanan hidup. Sepatutnya, masa korang dah weng tu, korang gunakan kewengan itu untuk memikirkan jalan keluar dari masalah korang. Buat brainstorming akan solusi-solusi yang boleh diambil. Pergi jumpa dan berbincang dengan orang-orang yang boleh membantu. Bukannya gali lubang yang lebih dalam lagi dengan pergi membuat benda-benda yang tak berpaedah macam merempit atau bungee jumping contohnya.
Kemudian part Eddie mendapat idea yang gempak pasal masterplannya setelah dia terjun dari curam. Ini pula adalah simbolik kepada situasi manusia di mana kita takkan dapat tahu potensi sebenar kita selagi kita tak cabar kepercayaan kita sendiri. Kepercayaaan yang aku maksudkan bukanlah kepercayaan beragama. Totok betulla korang ni. Kepercayaan yang aku maksudkan contohnya macam kita tak rasa hidup kita ni akan berubah lagi dah, atau kita rasa kita akan stuck dalam realm nobody ini selama-lamanya. Kepercayaan tentang hidup ini. Kadang-kadang kita perlu mencabar diri sendiri untuk dapatkan hasil yang baik dari diri sendiri. Manusia normal biasanya menunggu ajer last minute pressure tu sampai, barulah nak push diri.

Banyak lagi simbolik-simbolik yang boleh aku huraikan kat sini tapi takde gunanya jika korang tak download dan tengok movie ni. Hahaha. OK tak ayat closing aku? Hahaha

No comments: