Wednesday, December 14, 2011

2011; The Confession


Kita ni manusia, bukan semuanya perfect. Ada ajer kekurangan dan kelemahan. Macam gua, gua ni dilahirkan berkulit gelap dan berhidung penyek di dalam masyarakat yang menyanjungi orang berkulit cerah dan bermuka Pan Asian. Bukanlah gua tak bersyukur dengan kejadian gua cuma, kadang kadang stigma dan mulut sial sial disekeliling boleh membuatkan kita rasa cam serba kekurangan.

Macam yang gua cakap tadi, gua ni berkulit gelap. Sejak dari kecik lagi, memang gua dah teruk kena ejek dengan panggilan panggilan manja macam buntut kuali, anak keling atau black dragon. Namun, apa yang gua kurang, tuhan lebihkan dari sudut lain. Gua diberikan dengan kapasiti CPU dan RAM yang jauh menjangkaui spesifikasi biasa bagi orang kebanyakan di tempat gua yang bantu gua mencapai tahap yang kira ok jugaklah dalam soal akademik. Gua pun yang menyedari bahawa gua takkan dapat tekel awek dengan rupa macam ni, telah menopapkan diri dengan berakhlak baik dan berminda matang dan advanced. Hinggakan kadang kadang ada jugaklah kalanya setan mengaburi pandangan gua dengan memakrifatkan orang sekeliling sebagai hooligan tak bersivik yang elok sikit dari hewan.

Akibat dari kapasiti tinggi itu juga, gua mula rasa keseorangan. Mana taknya, lawak gua advanced gila. Pandangan gua terlalu out of the box hingga dianggap tahapa-hapa. Dan cara gua membuat keputusan agak survivalist yang memang janggal memandangkan kaum gua ialah kaum yang terkenal dengan pantun dan metafor yang boombastik. Akibatnya gua pendamkan ajer semua apa yang ada dan berlagak macam orang kebanyakan. Namun secara diam-diam, gua meneruskan gaya pemikiran/hidup gua yang suka mengimprovekan diri, kononnya menghampiri destinasi yang gua panggil; kesempurnaan.
Lama kelamaan, bila gua dah dewasa, penyamaran gua telah memakan diri gua yang sebenar. Gua mula jadi leggo-leggo, mula turut serta dalam perlumbaan yang gua tahu sia-sia hujungnya, terpengaruh dengan desakan biology dan sosiology, malah mula terbawa-bawa dalam isu-isu remeh seperti kekeluargaan, hubungan dengan kawan dan lain-lain. Gua mula menjadi normal. Gua tak perasan semua ni. Hinggalah pada satu hari, diri gua yang inginkan kesempurnaan itu, menzahirkan dirinya dan mendesak agar gua kembaali ke siapa gua yang sebenar.

Dan di situlah bermulanya kesedaran bahawa, gua amat sunyi... Kerana gua tak boleh nak jelas atau kongsikan semua ini dengan seseorang yang lain. Selama ini, jika ada tekanan memuncak, gua akan lepaskan pada seketul batu besar di kampung gua. Ni balik kampung dah jarang-jarang? Gua mula mencari eskapisma. Cara nak luahkan segala yang terbuku dalam benak identiti gua yang sebenar. Masalahnya, gua takboleh nak cerita pasal apa saja kepada sesiapa saja tanpa membuatkan si pendengar merasa bagaikan dia tu macam chimpanzee. Maka, gua stop sampai sini saja.







Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

susah nk memahami semua org.

Unknown said...

lagi susah nak memahami diri sendiri...