Ada masanya gua rasa macam gua ni tak guna. Matlamat penciptaan gua ialah untuk menyusahkan orang-orang yang sayang gua. Mak, adik beradik, bini, kawan-kawan. Sampaikan strangers yang gua baru jumpa pun akan dapat bala kalau ada rasa kesian dengan gua...
Memang dari kecik gua dah biasa dengan kesusahan. Takde benda yang gua dapat dengan mudah selain dosa. Dan kalau gua nak dapatkan sesuatu pun, kalau cara baik memang sukar. Tapi kalau ikut cara mungkar, senang jer. Sampaikan ada masanya gua pikir; gua ni memang candidate unggul untuk neraka.
Dan sekuat mana pun gua berusaha, gua akan tetap kembali ke petak pertama. Kembali ke senario di mana seolah-olah segala perit jerih gua selama ni takde maknanya. Kembali berperasaan cibai dan letih dan fedap hinggakan membuahkan paranoia yang tak perlu. Dan bukanlah understatement jika gua katakan, setelah nak dekat 3 cycle, gua bukan saja tak mengalami perubahan positif, malah makin menegatif. Makin sempit.
Sampai adakalanya gua rasa macam nak melarikan diri. Nak mulakan identiti baru. Bukan gua nak lari dari masalah. Gua lari sebab gua takmau lagi menyusahkan mereka yang sayang gua. Sebab kalau gua ajer yang kena uji, itu dah perit. Tapi melihat orang lain turut teruji sama dek gua, itu satu keperitan yang berlipat ganda powernya.
Tapi, melarikan diri atau mengalah bukanlah sifat gua. Walau camana cibai pun, biasanya gua akan kasi setel dulu masalah sebelum gua nak bla ke, lari ke, apa ke. Gua akan cuba jugak menyetelkan kecibaian-kecibaian yang gua tau, sepatutnya adalah untuk gua seorang saja.
Mungkin semua ini adalah kerana dosa-dosa yang pernah gua lakukan. Mungkin ini semua adalah akibat dari janji-janji yang gua mungkiri. Mungkin juga ini semua akibat derhaka. Banyak sangat kemungkinannya hinggakan gua rasa gua memang layak untuk hidup dalam kecibaian ini.
Entahlah. Gua pun dah tau nak buat apa. Kalau dulu, bila kepala atau perasaan jem, gua ada ganja. Sekarang gua dah cuci tangan. Akibatnya, semua tekanan tadi telah berbuku dan menekan gua hinggakan gua rasa macam dah terbenam dalam jerlus.
Apapun sebabnya, atau apapun hikmahnya, gua cuma harap semangat untuk terus mencuba itu dikekalkan. Kerana itu jelah yang gua ada sekarang ni. Tanpa semangat itu, gua bet dah tentu lama gua ni bergelar duda. Atau gila.
Gua tau, orang lain punya masalah lagi besar dari gua. Orang lain ada yang lagi malang dari gua. Apa yang berlaku dalam hidup gua ni, tarapapa kalau dibanding dengan masalah mereka...
Nope. Semua comparison itu tidak membuatkan gua tenang. Atau membantu dalam menyelesaikan masalah yang gua hadapi.
Haissshhh. Entahlah
2 comments:
I guess everybody feels this way every once in a while in their life.
Its just a matter of picking up the pieces and moving on, not dwelling on the past too much. The future we can mould to suit us, the past, it ain't changing for what it is.
Hang in there Bro. One step at a time.....
Thanks, Kak Jehan...
Actually, the article is not just for me. I observed the same trend in most of the active tweeps that I found in twitter. I just sum it up and spiced it up to make it readable.
To sum MY life in such a short article is such an understtatement. paham eh. ahaha
Post a Comment