Tuesday, May 22, 2012

Dji Sam Soe Premium

Petang tu gua ingat nak rilek. Tapi hati risau sebab ada keja tak siap lagi. Tapi takde mood nak buat. Kepala buntu bengap semacam. Badan rasa cam lesu-lesu, jer. Gua kontek kawan gua; Abu.


Dalam masa beberapa minit Abu pun sampai. Abu kalau dengar ada port clear jer, dia memang sampai. Taktaula gua apa kejanya si Abu. Beliau melarang orang bertanya tentang itu. Yang penting, bila call, Abu sampai. Abi sampai dah hujung petang. Dah nak dekat senja. Mak bapak gua memang takde seminggu ni. Gua pulak MC arini. Kepala kalau tak berisi, memang tak cun.


Sesampai jer Abu kat umah gua, kitorang dengan tak covernya, terus lepak kat table kat luar kat porch. Abu duduk menyandar, gua dengan muka tak sabar.


''Ada, ke?'' tanyaku pada Abu yang sedang mengontrol pernafasan.

''Ofkos la ada..ni Abu, laaa. Tokan besar. Hahaha'' jawab Abu sambil menampar-namppar dadanya macam kingkong. Agak riak Abu disitu, tapi itulah Abu. Seorang kawanku. Abu menyeluk salah satu poket di pouchnya.


''Ishh, mana pullak benda ni'' kata Abu sambill menyeluk-nyeluk poket pouch di pinggangnya. Macam-macam bunyi yang kedengaran. Macam ada bunyi sudu garpu, kotak mancis, kotak rokok. Bunyi macam lipstik berlaga dengan bekas compact powder pun ada.


''Haa. Biasa gua bawak barang biasa. Harini special. Sebab lu MC harini, gua kasi barang premium punya'' kata Abu sambil memegang sesuatu sambil tangan yang satu lagi cover apa bendanya tu. Macam nak buat majik jer gua tengok Abu. Abu masih lagi tercegat menunggu tekaan atau kata-kata macam 'wow!' atau 'wah!' terkeluar dari mulut gua dek perbuatannya. Gua diam buat dono jer. Abu buat muka fedap dengan mata setengah.


''Memperkenalkan: Dji Sam Soe (234) Premium! Hahaha'' kata Abu sambil menghulurkan sekotak rokok berwarna hitam. Cool jugak packaging dia. Kotak hitam tu macam ada tekstur. Heran jugak gua dok layan-layan gosok kotak rokok tu.


''Camner nak membukaknya ni, Bu?'' tanyaku yang by this time sedang membalik-balikkan kotak hitam itu mencari punat mulanya. Abu merampas 234 Premium itu dari tanganku.


Dia koyakkan plastiknya. Kemudian seal kertas hologram tu pulak disiat cermat. Abu kemudian seolah mematahduakan kotak itu. Pergh! Design kotak ni memang unik.


Kotak hitam itu sekarang dah jadi dua dan Abu tegakkan ala-ala display. Kat tengah ada lubang kecil dan kelihatan batang-batang kretek Dji sam Soe lagenda berwarna keemasan tersusun rapi di dalamnya. Gua tak sabar lantas mengghulur jari nak memfinger lubang kecil itu. Abu mengetuk tangan gua.


Abu menegakkan kotak dan menarik keluar sebatang. Kelihatan rokok dibalut dengan pembalut kertas berwarna keemasan dengan chop 234 bersepah di atasnya. Abu menarik picu pembalut dan salah satu tip pembalut pun terkoyak, menampakkan body kretek pujaan lebih 5juta rakyat Indonesia. Putih, dengan ring kuning berlabel '234 Dji Sam Soe', takde filter.


Abu mengeluarkan kretek itu dan menghidunya macam pencinta cigar mencium curut. Siap lelaplelap mata Abu nak menekankan betapa nikmatnya bau Dji Sam Soe Premium baru keluar dari kotak. Gua congkil kotak dan ambik sebatang dan mengulang perbuatan Abu tentang bagaimana selayaknya memperlakukan DSS yg baru. Bila gua pun dah ada sebatang 234 di jemari gua, tibalah masa untuk menyalakannya.


Gua mengoffer nak nyalakan Abu punya dulu. Abu akur lantas fokus pada memastikan bara di puntung kreteknya, menyala dengan padu. Berkemahiran tinggi lagaknya Abu dalam menyalakan rokok kretek ni. Bila dah nyala, Abu offer yang tu kat gua, gua sedut dua pam. Peh!


...macam biasa, jer rasanya. Packaging jer lebih. Kekekeke


Published with Blogger-droid v2.0.4

Time-time ada masa ni, time kepala pun ok sket, idea nak menulis pulak takde. Semalam masa mengeteh kat mapley kemain berdebar-debar, lagi ilham turun mencurah-curah. Bila dah mengadap keyboard, haram satu pun tak keluar...


Haishhhh


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

Kerja akuskizo

Ada dua tiga orang dalam TwitterJaya tanya gua apa kerja gua sebab 
diorang tengok gua menuit tanpa henti dari pagi sampai ke pagi esoknya.
Bagi memenuhi permintaan ramai (lebih dari 2 orang dah kira plural, kan?)
dan setelah mendapat nasihat dan konsultasi dari peguam dan ex-hakim,
gua bersetuju mengambil gambar tempat kerja gua.
Untuk record, gua kerja kilang sebagai machai kelas profesional

Ni ialah tempat duduk gua. Biasanya lebih berselerak dengan
elektronik board dan manusia bersidai di sekitarnya. Gambar ni
diambil masa orang semua dah keluar lunch dan gua cuma ada 1
kes ajer nak siasat untuk harini...

Ni lah elektronik board yang gua guna nak test prodak yang
dipulangkan oleh customer. Gua test tengok customer kencing
ke apa. Kalau diorang tak kencing, maka gua lah yang kencing
diorang balik. Kekekeke

Sudut pemandangan dari pihak teman sekubikel: @tengkuzairi
Beliau ni suka kacau board-board gua masa program tengah jalan.

Ni dia @tengkuzairi. Dia ambik gambar gua, konon-konon nak
titpic. Hahaha. Gua lagi cepat dari dia...Kekeke
Gua buat posting ni sebagai memudahkan gua nak menjawab soklan yang sama setiap kali new tweeps yang baru follow, tanya apa kerja gua. Gua kerja kilang macam orang biasa. Dan gua takde pencen. Sekian

Friday, May 4, 2012

Idea

Time tengah nyangkung,
Tengah tunggu kemuter,
Takpun time tengah tergantung dalam bas yang sesak,
Dia datang.

Dia tiba mencurah-curah bagaikan air yang baru dilepaskan dari empangan, mengalir. Membasahi. Kuyup dahi dengan keringat ilham. Idea datang memukul minda hinggakan machaa sebelah kita ushar kita satu macam sebab kita tersengih sorang-sorang. Masa beratur nak masuk toilet nyangkung.

Dan dia datang bukan dalam fragmen memori secebis sana secebis sini, taaaaak. Idea time tu datang siap dengan flowchart, kengkadang tu. Lepas ni camni. Dia camtu sebab dia camni dulu. Peh! Kertas, pen dan ruang nak meniarap jer yang takde masa idea tu datang. Takkang camner plak nak meniarap dalam bas yang penuh sesak, ye tak? Tapi camtu lah keadaannya. Dia datang sesuka hati dia....

Tapi, bila line clear, masa ada, perut kenyang mata stim, hati lapang...satu hapah pun tak datang. Try-try tulis ayat pun bunyi cam hampeh.

Adakah ini bermakna kita kena berada dalam keterdesakan baru nak ada ilham? Adakah kita kena berada dalam keperluan, baru datang jalan keluar tu? Agak susahlah kalau camni... Dah hujan baru nak cari payung...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

Amukan BD

*lupa nak post gambar plak dalam post tadi*

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

Here Comes the BD

1 May ialah Hari Buruh sedunia. Tapi cuti kali ini, Twitterjaya digemparkan dengan persoalan, ''Apa benda BD, ni?''. Well, takde sapa yang persoalkan sebenarnya, saja jer. Tapi korang taknak tau ke, amendernya BD itu?. Dan apa kaitannya dengan nusan?

Nusan ialah nama timangan kepada rokok kretek seludup-tak-bayar-cukai-takde-gambar-baby-cacat-kat-cover yang orang selalu mistaken dengan Semporna. Nusan ni dah bertahun wujud, dan tak perlu diberi pengenalan lagi. Namun, kepada penggiat baldi mukim Pedas/Miching Negeri Sembilan, asyik-asyik nusan ajer, memang sakit dada. Dan hasil kajian berterusan, serta dedikasi dan sacrifice dari segenap sudut dari barisan penggiat baldi mendapati, cocktail yang di spike dengan BD, buleylaa, pegi dia.

Dengan itu, pihak pengurusan @akuskizo telah bersetuju untuk mengindoktrinasikan #Twitterjaya dengan rokok BD.

Rokok ini yang tibatiba dihisap oleh penulis tatkala kehabisan stok nusan semasa melepak dirumah membernya, nyata telah membawa anjakan paradigma yang dicaricari oleh beliau sellama ini. Sentuhan BD yang menyengat serta direct, sesuai jika dipadankan dengan nusan dan sayur-sayuran lebihan makan malam semalam. Sesuai dijadikan stimulan pelepas stress selepas meeting yang membosankan atau ketika mengayat awek yang nak pinjam lighter. Tanya kat dia: ''Anda tau apa itu BD?''

BD adalah nama arbitrari yang dikurniakan oleh teman penulis. Tiada indikasi yang menunjukkan bahawa 'BD' adalah nama yang tepat kepada rokok seringgit dapat 25 batang ini. Bungkusannya yang conspicous tetapi kemas, dihiasi teliti dengan tulisan hieroglif yang tak difahami oleh penulis. Yang menarik sekali ialah plastik yang membungkus rokok ini, terkandung cop berupa wajah model kepada rokok misteri tetapi power ini.

''Secubit BD mampu memastikan setiap inci balutan anda, berkesan menghasilkan kesan yang sepatutnya'' - #BDQuotes

''Sesedut BD adalah seumpama disiram air sungai Ganghes. Brrrr...'' - #BDQuotes

''jangan sekali sedut bhai, nanti baibai'' - #BDQuotes

Menurut urban legendnya, rokok ini dibalut sendiri dengan tangan oleh kanak-kanak di satu DUN di India (bukan area SamyVellu). Di sana, kerja gulung rokok BD ni, kira ekslusif beb. Rata-rata bebudak kat sana, kalau tak pass SPM, jangan haraplah nak dapat keja kat kilang BD. Kalau dapat jadi pakgad kat kilang pemprosesan BD tu pun dah seribu kali pecah kelapa.

..
.
.

''CHEAP CHILD LABOR IS STILL RAMPANT! LET KIDS BE KIDS! DONT MAKE THEM A SLAVE!'' - #celakaparty

.
.
.

Oleh kerana wajah model di pembalut rokok BD ini amat misterius, serta setiap sedutan BD equivalen kepada paradiso, kami telah melengkapkan urban legend ini kepada ''Bahadur Daiyum''

Untuk keterangan lanjut tentang ''Bahadur Daiyum', siapa dia, mana dia dtaang dan apa kaitannya dia dengan promosi rokok BD ini, sila search #BDygSkizo dalam twitterjaya. Malas nak explain kat sini dua kali.





Disclaimer: 'BD' atau 'bidi' dan 'nusan' adalah kombinasi yang tepat dan merbahaya. Secubit BD dalam bancuhan mampu menumbangkan seekor naga jantan. Brrrr....:*)

Published with Blogger-droid v2.0.4