Friday, July 27, 2012

Gila, kegilaan yang menggila.

Gila.

Gila?

...gila!!

Giler

Gillew


Alasan mudah nak menghalalkan cara. Jalan keluar nak menjastifikasi kesilapan. Temporary insanity. Gila-gila. Hujah yang diterima, walhal di akhirat juga.


Apakah gila? Adakah ia hanya untuk manusia? Adakah ia sesuatu yang jijik? Mengapa tiada yang memperjuangkan hak orang gila? Hilangkah nilai kemanusiaan seseorang, apabila dia dilabel 'gila' ?


Gila. Tak masuk akal. Ada jalan senang, pergi ikut jalan susah. Ada kenikmatan pegi pilih kesusahan. Ada keterusan hidup, tapi pilih untuk berkorban. Gila. Ketidaksiuman.


Siapakah yang gila? Adakah ia selama-lamanya? Atau adakah dia gila ikut masa? Atau gila apabila ditrigger? Atau menggila bila didesak oleh suasana? Kenapa dia gila sedangkan orang lain tidak? Apa silapnya dengan dia, hingga dia boleh jadi gila?


Gila.

Saiko.

Obses.

Trauma.

Gila.


Aku gila.

Kecewa.

Sakit.

Terdesak.

Haus.

Gila.


Kau peduli apa?

...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, July 23, 2012

Ahh Sudah Lah!

Let it die,

Let it decompose.

What's the meaning of moving on,

When it hurts just to live on.


...

Ahhhh! Sudah lah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 17, 2012

Keyword blog akuskizo


Sungguh sentap hati ibu, pecah sudah hati seorang bapa apabila melihat keyword yang diarahkan dari enjin carian Google ke blog anaknya adalah perkataan seperti puki, kepala bana, air cipap awek bertudung, hantu pocong, konek melayu tua, gambar artis melayu bogel dan lain-lain perkataan lucah yang mudah terdapat di internet.

Namun, nak taknak, terpaksa jugaklah si ibubapa menutup blog tersebut.

Itu cara lama!

Cara baru ialah dengan membuat blogpost menggunakan keyword-keyword lucah tadi pada perenggan pertamanya. Tapi pada perenggan kedua, kita taruk grafik-grafik yang menimbulkan keinsafan seperti gambar orang beranak atau kemalangan atau mayat dalam liang lahat atau apa saja yang berdarah-darah. Semoga ini akan menimbulkan keinsafan kepada pengunjung, baik muda mahupun tua. Dan lebih bijak dalam menangani masalah takde access ke porn site. Eh?

Social stigma, capitalism and crime. Are we prepared?

Dalam bidang pengkajian social stigma, faktor mentally ill merupakan satu topik yang banyak dikaji dan dibincangkan. Hipotesis atau model yang dibina hasil kajian ini, pada pendapat tuan punya blog ini sudah tak relevan, lebih2 lagi dalam bahagian mentally ill tadi.

Soal faktor penyebab kepada kerosakan mental dalam pengkajian stigma sosial telah mendapati pecahan antara pesakit mental yang diakibatkan ooleh genetik berbanding dengan yang disebabkan oleh persekitaran. Kajian itu telah dilakukan (serta diulang cuba beberapa kali) dalam jangkamasa kurang dari 20 tahun, satu jangkamasa untuk sebuah generasi. Transisi generasi dari boomchild kepada gen x yang berlaku pada akhir milenium lepas telah menyaksikan globalisasi dalam gayahidup yang semakin diterima pakai dalam mengharungi gelombang flaktuasi ekonomi yang semakin pendek. Akibatnya, perubahan besar berlaku dalam sekelip mata pada dewasa ini, dan ia berlaku dengan begitu kerap.

Tak cukup dengan itu, gerakan liberalisasi minda semakin memperkuatkan tekanan ke atas remaja yang terkapaii-kapai tanpa panduan kerana ibubapanya sibuk mengimbangi masa dengan keperluan gaya hidup moden. Hasilnya, perkara yang pernah menjadi stigma kepada masyarkat suatu masa dulu, kini mula diterima sebagai norma sehingga menimbulkan kekeliruan bagi kanak-kanak yang sememangnya berfikiran fundamentalis.


Jepun menyaksikan peningkattankadar bunuh diri sepanjang 50 tahun ia bangkit-rebah-bangkit. Ini meneutralkan keseimbangan masyarakatnya dimana elemen tidak stabil sudah tiada lagi.


Di Malaysia sebaliknya, membunuh diri bukanlah dianggap sebagai satu kehormatan dalam budaya ketiga-tiga bangsa utama negara ini. Maka tekanan akibat transformasi taraf hidup dan gaya hidup yang hebat akan, sedang dan telah berlaku sekarang. Bak kapitalisma yang mana tiada yang percuma, seseorang pasti kena bayar, tekanan dalam masyarakat juga bertindak dalam aturan yang sama. Kekurangan dalam keperluan asas akan membuatkan manusia MUDAH hilang pertimbangan. Ini dibuktikan dengan peningkatan magnitud jenayah yang dilakukan di negara ini.


Malangnya, isu peningkatan magnitud jenayah dikaburi oleh propaganda politik dan ekonomi hinggakan tumpuan masyarakat beralih dari apa yang sepatutnya.

Walaupun dalam ledakan informasi, semuanya boleh dikaji dihujung jari, batas antara fakta dengan kabar angin menjadi kabur, sehingga masyarakat berpaling kepada 'cerdik pandai' yang sememangnya menggunakan method lisan dalam berkomunikasi serta menyampaikan pengetahuan sesama mereka. Method ini, sungguhpun terdedah kepada tokoktambah, amat digemari dan influential dalam menentukan keputusan seseorang. Akibatnya, informasi yang bercampuraduk antara fakta dengan kabar angin, digunapakai dalam membuat tafsiran kepada peristiwa yang dihadapi dalam hidup, yang akhirnya mengakibatkan lebih banyak kekeliruan dan konflik (lebih-lebih lagi bagi mereka yang punyai didikan spiritual). Tekanan semakin memuncak, tanpa ada jalan eskapisme.


Tidak hairanlah seandainya, nilai patriotisme atau integriti, tidak dapat disemai dalam masyarakat...


- @akuskizo


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, July 3, 2012