Dalam bidang pengkajian social stigma, faktor mentally ill merupakan satu topik yang banyak dikaji dan dibincangkan. Hipotesis atau model yang dibina hasil kajian ini, pada pendapat tuan punya blog ini sudah tak relevan, lebih2 lagi dalam bahagian mentally ill tadi.
Soal faktor penyebab kepada kerosakan mental dalam pengkajian stigma sosial telah mendapati pecahan antara pesakit mental yang diakibatkan ooleh genetik berbanding dengan yang disebabkan oleh persekitaran. Kajian itu telah dilakukan (serta diulang cuba beberapa kali) dalam jangkamasa kurang dari 20 tahun, satu jangkamasa untuk sebuah generasi. Transisi generasi dari boomchild kepada gen x yang berlaku pada akhir milenium lepas telah menyaksikan globalisasi dalam gayahidup yang semakin diterima pakai dalam mengharungi gelombang flaktuasi ekonomi yang semakin pendek. Akibatnya, perubahan besar berlaku dalam sekelip mata pada dewasa ini, dan ia berlaku dengan begitu kerap.
Tak cukup dengan itu, gerakan liberalisasi minda semakin memperkuatkan tekanan ke atas remaja yang terkapaii-kapai tanpa panduan kerana ibubapanya sibuk mengimbangi masa dengan keperluan gaya hidup moden. Hasilnya, perkara yang pernah menjadi stigma kepada masyarkat suatu masa dulu, kini mula diterima sebagai norma sehingga menimbulkan kekeliruan bagi kanak-kanak yang sememangnya berfikiran fundamentalis.
Jepun menyaksikan peningkattankadar bunuh diri sepanjang 50 tahun ia bangkit-rebah-bangkit. Ini meneutralkan keseimbangan masyarakatnya dimana elemen tidak stabil sudah tiada lagi.
Di Malaysia sebaliknya, membunuh diri bukanlah dianggap sebagai satu kehormatan dalam budaya ketiga-tiga bangsa utama negara ini. Maka tekanan akibat transformasi taraf hidup dan gaya hidup yang hebat akan, sedang dan telah berlaku sekarang. Bak kapitalisma yang mana tiada yang percuma, seseorang pasti kena bayar, tekanan dalam masyarakat juga bertindak dalam aturan yang sama. Kekurangan dalam keperluan asas akan membuatkan manusia MUDAH hilang pertimbangan. Ini dibuktikan dengan peningkatan magnitud jenayah yang dilakukan di negara ini.
Malangnya, isu peningkatan magnitud jenayah dikaburi oleh propaganda politik dan ekonomi hinggakan tumpuan masyarakat beralih dari apa yang sepatutnya.
Walaupun dalam ledakan informasi, semuanya boleh dikaji dihujung jari, batas antara fakta dengan kabar angin menjadi kabur, sehingga masyarakat berpaling kepada 'cerdik pandai' yang sememangnya menggunakan method lisan dalam berkomunikasi serta menyampaikan pengetahuan sesama mereka. Method ini, sungguhpun terdedah kepada tokoktambah, amat digemari dan influential dalam menentukan keputusan seseorang. Akibatnya, informasi yang bercampuraduk antara fakta dengan kabar angin, digunapakai dalam membuat tafsiran kepada peristiwa yang dihadapi dalam hidup, yang akhirnya mengakibatkan lebih banyak kekeliruan dan konflik (lebih-lebih lagi bagi mereka yang punyai didikan spiritual). Tekanan semakin memuncak, tanpa ada jalan eskapisme.
Tidak hairanlah seandainya, nilai patriotisme atau integriti, tidak dapat disemai dalam masyarakat...
- @akuskizo
No comments:
Post a Comment