Program launching
#zineskizo #Tu7uh ini sebenarnya tak dirancang. Masa tu gua sedang lepak-lepak kat
Kodai Sopan, layan Imam yang sedang asyik dengan lambaian Kaabahnya (beliau akan mengerjakan Umrah tak lama lagi). Tiba-tiba ada seorang mamat bernama
Salem mengajak gua lepak ke
Kedai Achoi pulak di benteng. Gua pun layan jer lah. Sampai di Benteng, kami tak lepak di Kedai Achoi tapi lepak di
Kedai Amm yang buat Tshirt. Gua memang dok mencari kedai buat Tshirt ni sebab nak belajar print Tshirt sendiri. Borak punya borak, si Salem terbukak pulak cerita pasal Buku Jalanan. Gua yang memang sejak penubuhan BJSeremban tak berkesempatan nak join, makin terkesimalah setelah mengetahui yang petang itu ada program.
|
Masa tu ujan, so program kena buat kat Astaka |
Bila dah tengok perjalanan program yang sungguh murni itu, gua terpanggil untuk melaunchingkan isu #zineskizo yang dok tertangguh-tangguh sejak Disembar tahun lepas. Bincang punya bincang, akhirnya @hafizaira bersetuju untuk beri gua satu slot dalam event akan datang nantik untuk perkenalkan #Zineskizo dan launching isu ke #tu7uh. So, dalam dua minggu tu gua berkelintau mencari kedai fotostet dan print kaver yang menepati piawian DIY gua.
Cari punya cari, tak jumpa. Yang jumpa pun mahal. Dah tu pulak, kualiti fotostet yang gua dapat amat teruk hinggakan space dalam mastercopy semua lari. Akibatnya gua terpaksa bersengkang mata nak siapkan beberapa keping sampel sempena launching pada Ahadnya nantik.
Sampai hari Ahad tu, semua berjalan dengan lancar. Gua tak jual zine petang tu. Cuma showcase ajer. Tapi kira OK jugaklah sebab akhirnya, zine yang bermula di Seremban ini,akhirnya pulang ke gagang...
Tak lama lepas tu, Parlimen Negeri Sembilan pun bubar... #Tetiba
|
Bob #PenyajakGerilla sedang mencari 'peluru-peluru' untuk petang ini |
|
Taburan bahan bacaan yang menghiasi taman, satu pemandangan
yang masih janggal di negara ini... |
|
@Hafizaira dan Bob, si #PenyajakGerilla. Orang kuat @BJSeremban |
|
@SpermaLiar berbaju psychedelic melayan Bob si #PenyajakGerilla. Di belakang pokok kelihatan satu lembaga comel |
|
Barisan Band #AnakAnakGagal dan kengkawan.
Wakil diorang perform satu lagu akustik petang tu |
|
Cheq mencari punca.... |
|
Siap ada rap-akustik. #KauHado? |
|
Dari kira: Cheq (penulis #AkuRindu90's), Fatin,
Aiman si bunga ros hitam dan Awas, fan zine gua. |
|
Akak baju merah ni peminat Cheq. Yang baju oren tulah #PenyajakEmo |
Apapun, gua nak guna kesempatan ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan hingga terterbitnya prodak terbaru gua ini. Siriesli gua cakap, tanpa kengkawan dan keluarga, isu kalini memang tak dapat keluar...
6 comments:
Wow! selalu buat event macam ni?
tak jugak. ini pun dah kira agak mainstream pada gua. apapun, sebab BJSeremban menggalakkan pembacaan, sesuatu yg #zineskizo juga perjuangkan, maka.... #Itulah dia...
Looks great. Macam best jerr
Looks great. Macam best jerr
Looks great. Macam best jerr
Looks great. Macam best jerr
Post a Comment