Saturday, May 18, 2013

#ZineSkizo di #Boco8

Seperti yang diwarwarkan, #zineskizo Alhamdulillah telah memenuhi jemputan kengkawan dari @BijiPress untuk turut sama memeriahkan Pasar Buku #Boco8 pada tadi, di Laman Budaya Shah Alam.
Pertama sekali, gua amat berbangga sebab untuk event kalini, gua dah capai satu tahap lagi dalam proses pembuatan buku DIY #zineskizo ni dengan menyiapkan 10 buku #Sick dan 10 buku ##Tu7uh dalam masa 5 jam. Pada yang taktau lagi, #zineskizo dibuat oleh gua seorang. Bila gua cakap buat, yang gua maksudkan ialah gualah yang melipat setiap helai mukasurat dalam zine tu, susun dan potong edge dia kasi kecik, pastu gamkan ia pada kaver yang berdesign canggih tu. Lepas tu trim kaver tu pulak. Setiap satunya. Kalau dulu gua bangga sebab habiskan komik #AbangPolisnganBudakHC dari isu ketiga dalam masa 4fjam, kalini gua boleh dabikkan dada gua pada diri gua sendiri dengan pencapaian keDIYan tahap dewadewi ini. Kembali pada topik....
Gua tak kenal pun contact dari @BijiPress tu. Yang gua ingat, nama dia @sasniza something. Kat mana diamnya Laman Budaya tu pun gua taktau. Lepas menuit bertanya pandu arah dan sesat barat utara selatan, akhirnya gua pun sampai di Laman Budaya pada pukul dua petang.
Masa tu semua orang dah susun merchandize n books masing-masing kat atas meja. Lejen Press,, BukuHitam, MerpatiJingga, ZineSatuMalam, JargonBooks, Terfaktab Media, akak-'akak buku prelove, adik-adik yang jual makanan dan kraf, semua dah ready dan bermuka ketat sebab cuaca tengahari tu panas. Gua terkial-kial tanya semua orang, mana satu meja @BijiPress. Rerupanya, dorang adalah meja kedua belah kanan sebaik seseorang melangkah masuk ke booth #Boco8.
Di pentas, pihak penganjur sedang buat sound check. Setelah selesai setting bembarang n rega denganNiza dan kawan-kawan, gua pun menuju ke Alam sentral cari neskempe es.
Selesai minam n mekap-mekap, gua kembali. By that time, band Sekumpulan Orang Gila tengah nyanyi lagu Bola Kampung. Pastu gua diserang mengantuk, hasil tungkuslumus malam tadi nak buat zine punya pasal, lantas gua landing kat bench yang mengadap tasik tu. Lama gak gua lelap. Sampailah part ada band yang vokalisnya pompuan nyanyi korus yang berbunyi: I got machine gun in my head.
Gua catchup dengan geng-geng @BijiPress. Jualbeli berjalan dengan lancar nampaknya dengan puak ZSN seolah menapau semua duit elaun student yang berkunjung. Gua jeles. Gua check #zineskizo...
Malangnya, satu pun tak jalan lagi. Menurut pemerhatian, orang yang datang ke meja akan ushar dua buku @BijiPress dulu, satu Arjuni, satu Normasia dulu daripada #zineskizo. Zine gua, diorang ambik, belek-belek, lepas tu lempar ke tanah dan pijak-pijak seraya berlalu sambil ketawa sambil menudingkan jari mereka. Eh? Itu imaginasi gua. Zine gua diorang ambik dan terus tanya harga. Sebut jer RM25, diorang buatmuka. Awek salesgirl akan cucuk dengan kata: Kalau ambik dua, free tshirt, untuk menarik kembali minatnya. Tapi tak berjaya. Semua ketidakberjayaan ini membuatkan bakteria belacan yang gua makan dua hari lepas, mengamuk. Gua bergegas ke tandas berhampiran. Dalam tandas, sambil meneran gua menuit menjual zine.
By senja, semua orang dah muka melekit. Para penjual nampaknya gembira dengan hasil setakat ini. Gua malas nak tanya awek-awek yang tolong jual zine gua. Buku dorang laku macam goreng pisang. Zine gua tak jalan. Gua rasa macam nak pitam. Mamat A dan B mula berbisik mengetawakan usaha penatlelah gua malam tadi. Tetiba gua sesak napas. Pandangan gua berpinar. Akhirnya gua pun, isap rokok.
Masa isap rokok, ada sorang mamat beli #zineskizo pakej #Sick n #Tu7uh. Pastu ada sorang awek beli #Tu7uh. Gua miss yang sorang lagi. @kopi_bean86 pun datang ambik pesanan dia haritu. Alhamdulillah. Ada jugak sen gua nak balik Semban Satan kejap lagi.
By dahnak magrib, segala huha kat pentas dah berenti dan akan disambung semula jam 8 nantik. Ada lagi 3 performance ke apa. Tapi semua nampaknya dah menapau bembarang masing-masing. Termasuk team @bijipress. Gua, naktaknak terpaksalah beransur jugaaaaakkkk....
Tulah dia, laporan untuk hari ini. Kembali ke Sri Pentas bersama PangChinnFei. Pang? Awak di sana? Pang? Pangpangpang. Hahahahaha.

Haishhhh...

Published with Blogger-droid v2.0.10

4 comments:

nizang said...

assalamualaikum. aku nizang. yang beli zine ko kat boco 8. aku akan review zine2 ko di blog aku

bedroompublishers.blogspot.com

aku pun buat zine Mosh. dan ada tulis buku Aksi Reaksi dan Punk Rock. Salute pasal ko bind sendiri zine and tak sangka pulak ko dah buat perzine dari 1995. zaman tu banyak muzik zine. lepas2 tu bnyk zine2 hc/punk. tapi zine2 personal ni aku suka. mcm Common People, pastu aku suka Sandwich, Biodegradable Material, etc.

zine ko isu 5 ada lg?

alifdalmim said...

kau makan hari tu tak kasi aku sikit pun. kau cakap, "jemput makan" tapi kau tak hulur kat aku sepam dua. kau kejam :(

Irwan said...

oh? luu laa Nizang? aiseh meng. salute!
nantik gua nak bincang satu projek yang perlukan blessing ko.


Alaaa Kasemmmmmmm....ahahahaha

nizang said...

pergh blessing bagai. okey.