Kepada yang mengikuti akaun Twitter gua, pasti tak terlepas dengan berita yang Tshirt kultus #zineskizo yang selama ini TAK DIJUAL, dilelong pada harga RM20 termasuk postage. Ye. Hari Khamis lepas, pihak pengurusan #zineskizo telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Plan S.
Plan S ialah pelan tindakan yang bertujuan mengumpul dana untuk membolehkan semua diliberi #zineskizo dapat dihantar sebelum Raya. Memang diakui, diliberi #zineskizo sejak May mengalami sedikit kelewatan seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum ini. Pihak gua telah cuba menyetelkan masalah ini diamdiam. Belakang, masa print tshirt, hasilnya tak cantik dan ada beberapa copy dalam batch #Tu7uh tu yang mukasuratnya berselerak. Semua masalah ini membuatkan pengurusan #zineskizo yang sememangnya tak berduit, melaksanakan Plan S dan respons yang diterima amatlah menggalakkan. Punyalah galak hinggakan ada saja DM troll diterima tanpa henti sejak Kames malam. Mana taknya, tiset kultus #zineskizo yanp selama ini tak dijual, ditawar pada harga RM20 sehelai. Termasuk postage pulak tu.
Namun, atas desakan pihak berwajib dan rakan-rakan seperskizoan yang lain, tiset kultus kaler hitam ditarikbalik dari jadi alat dalam plan S. Sebagai ganti, #TeeRayaSkizo diperkenalkan...
#TeeRayaSkizo adalah koleksi tiset-tiset dari #zineskizo yang berwarna ceria. Designnya sama dengan tshirt kelab, cuma kaler tisetnya yang CERIA dan menginspirasikan serta harganya RM25 sehelai. Cuma ada 10 helai untuk batch pertama dan berikut perinciannya:
"Gelombang Merah" - tshirt berwarna merah darah dengan gambar berwarna putih. Cuma ada 2 helai dan duadua saiz M.
"Gelombang Biru" pula adalah design putih di atas tshirt kaler biru. Ada saiz S dan M.
Seterusnya ialah "Gelombang Hijau" yang terdiri dari dua helai tee bersaiz S. Yang terakhir ialah "Gelombang Kuning" dan saiznya satu S, satu lagi L. Tiset kuning ni, designnya berwarna merah.
Ada dua player solo dalam #TeeRayaSkizo ni: "Tanpa Nama" berwarna kelabu dan bersaiz M. Yang sorang lagi ialah Encik Chenta yang merupakan tshirt pink dengan tulisan merah.
Lelongan #TeeRayaSkizo bermula jam 10pm 26 July lepas dan akan diteruskan sepanjang Ramadhan. Setakat posting ini ditaip dua jam selepas launching, #TeeRayaSkizo dah tinggal 8 helai. Harap-harap dapat habiskan sebelum tengahari agar gua boleh beli tiset lagi dan rolling lagi sampai gua berguling-guling. Jadi, tolong sapot usaha gua ni dengan membeli #TeeRayaSkizo atau membantu dalam menyebarkam tweet-tweet promosinya.
Cara nak pesan masih sama. Mensi @akuskizo di twitter atau sms nama a sebenar dan twitter serta alamat ke 0173711659.
Ayoh! Selamatkan #zineskizo!
P/s: pakej #Sick + #Tu7uh for RM50 dan dapat FREE TSHIRT masih diteruskan, cuma tshirtnya kaler hitam. Harap maklum
2 comments:
aku tak berapa faham dengan konsep tshirt ni. kalau yang ada simbol visit malaysia tu aku paham la maksudnya pengeluar baju ni bangga dan nak semua orang visit negara beliau. part yang lambang m.u tu ape cer??? mcm tiba-tiba je? konsep 180 degree berubah.
Yang MU tu nak cover peminat MU lah obviously..LOL
Post a Comment