Sunday, March 23, 2014
Saturday, March 22, 2014
#zineskizo : From #SerembanTunnel to BTS to Pantai Batu Buruk Terengganu and back again. In a weekend. Unplanned. With #KomplotSeni
Petang tu aman jer, di #SerembanTunnel. |
Cuaca panas. Bro Black terpaksa pakai spek itam. Ternyata, tak membantu dalam meningkatkan mutu nyanyiannya. |
#zineskizo pada hari itu dapat serangan mengejut dari Kimok of #KomplotSeni |
Dengan muka sedih, Kimok minta sedikit "ruang". Gua ingat dia ada problem ke apa. Gua pun OK kan ajer. Tetiba... |
...dia bentang tikar dia dan start jual zine. Hampeh punya budak! |
Dipendekkan cerita, Kimok dan #Karl (kawan yang baru jer kami kenal pada hari itu di #SerembanTunnel) ikut gua ke BTS |
Berbekalkan sekotak zine dan rambut baru, Kimok merangka ayat-ayat cinta yang bakal dituitnya... |
Macam yang gua post sebelum ni, sambutan #zineskizo di BTS adalah amat menggalakkan. Walaupun yang banyak terjual adalah #Trizinety dari #KomplotSeni (sigh) |
Masa hari tulah dua ekor ni lepak sekali. Sekadar hiasan. |
Malam tu, atas sebab teknikal si #Karl, kami bermalam di BTS. Ini bukan Kimok. |
Dipendekkan cerita lagi, pagi Ahadnya, kami dah berada di Pantai Batu Buruk, Terengganu. |
Stok #zineskizo dan minizine dah habis terjual kat BTS semalam. Yang ada cuma zine dari #KomplotSeni Maka kewujudan kami ini dinamakan #JKG (Jelajah Komplot Ganu) |
Gua masih ayu dan macho. Walau tak berapa cukup rehat. #FollowersPerluTahu |
Kami diserbu oleh student Tourism pimpinan Cikgu Yana of Poli Muazam Pahang. Mereka semua, taktau apa itu zine. Kecuali Cikgu Yana. |
Peminat dan pengikut #KomplotSeni |
Dipendekkan cerita lagi, setelah habes semua, gua kembali ke #SerembanTunnel |
...lepak dengan Bro Black. |
Friday, March 21, 2014
Minizine sempena #SerembanTunnel di Bandar Tasik Selatan #BTSkizo
#BTSkizo in the making |
Setelah berhempas-pulas dan peningsaiko, gua decided releasekan #BTSkizo vol#1 ni guna tulisaaaaan jer... Macam biasa |
Antara pages minizine #BTSkizo |
Cover #BTSkizo |
Apapun, konsep #BTSkizo tak banyak beza dengan evolusi minizine #SerembanTunnel yakni "Masih Tak Puas dengan TaipoGrafi". Cuma untuk isu pertama ni, gua tulis jer semua tanpa susunsusun buat corak lembu atau unta macam yang dalam minizine kat Seremban. Simboliknya di sini ialah konon nak tiru gaya Al-Quran atau buku novel, yang kalau kita buka, hanyalah sekadar tulisan yang tidak kita fahami. Kita kena paksa diri dan baca.
Dalam isu ini, setiap ayat dalam page itu adalah standalone quot. Tapi ia dicantumcantum sehingga memenuhkan ruang dalam sebuah page hingga jadi sebuah statement yang rambang. Sekali lagi, ini adalah meniru konsep AlQuran yang mana setiap ayatnya adalah hikmah dan jika ayat-ayat tu dicantum-cantum, ia menghasilkan hikmah yang baru.
Minizine ni biasanya diberi PERCUMA jer pada sesapa yang beli prodak #zineskizo atau sesapa yang sudi singgah dan ambik tahu amender yang berlonggok-longgok atas jalan ni. Harapannya masih sama iaitu menyebarkan budaya zine dan menunjukkan betapa mudahnya nak buat (mini)zine.
Selamat mencuba!
Thursday, March 20, 2014
#zineskizo di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan
Bukan rahsia lagi...
Suasana biasa dari sudut mata gua... |
Suasana luar biasa bagu kebanyakan masyarakat Malaysia... |
Pandangan ke arah tasik, dari smoking area, Terminal Bersepadu Selatan |
Antara pengunjung awal #zineskizo di BTS. Supported by Kimok of #KomplotSeni |
Apis, local pada BTS agak kagum dengan scene zine yang amat asing padanya |
Kawan-kawan Twitter dan peminat seni zine yang turut sapot |
Awek-awek yang selalu melepak sekali dengan gua. Wani, Hujan dan Fareza Teka sendiri yang mana satu mana satu |
Biasanya gua ke BTS naik kemuter...So kalau nampak tu... |
Sesampai jer, ritual gua ialah pekena kopi kat Nasi Kandar TBS |
Lepas minum, terus bentang hamparan merah keramat #zineskizo |
Antara kawan-kawan dan kastemer yang tak lepas peluang rakam suasana BTS di petang hari. Yang kanan sekali ialah Uncle Kenny, busker yang main harmonika, tu... |
Biasanya gua akan stay hingga last komuter, pukul 1100pm. Atau sebaik barang-barang sold-out. Selalu gak soldout. |
Kalau dari komuter, camnilah pandangannya korner tempat keramat #zineskizo di stesen komuter Bandar Tasik Selatan ni |
Reverse angle pulak |
Ni pemandangan dari atas. LOL |
Biasanya hamparan merah ni akan dihiasi dengan minizine yang berwarna warni. |
...dan ia dijaga oleh gambar sejenis jin penunggu yang agak saikotik jika ditenung masa badmood. |
Lagi kawan-kawan yang sudi melepak sekali... |
Subscribe to:
Posts (Atom)