#BTSkizo in the making |
Setelah berhempas-pulas dan peningsaiko, gua decided releasekan #BTSkizo vol#1 ni guna tulisaaaaan jer... Macam biasa |
Antara pages minizine #BTSkizo |
Cover #BTSkizo |
Apapun, konsep #BTSkizo tak banyak beza dengan evolusi minizine #SerembanTunnel yakni "Masih Tak Puas dengan TaipoGrafi". Cuma untuk isu pertama ni, gua tulis jer semua tanpa susunsusun buat corak lembu atau unta macam yang dalam minizine kat Seremban. Simboliknya di sini ialah konon nak tiru gaya Al-Quran atau buku novel, yang kalau kita buka, hanyalah sekadar tulisan yang tidak kita fahami. Kita kena paksa diri dan baca.
Dalam isu ini, setiap ayat dalam page itu adalah standalone quot. Tapi ia dicantumcantum sehingga memenuhkan ruang dalam sebuah page hingga jadi sebuah statement yang rambang. Sekali lagi, ini adalah meniru konsep AlQuran yang mana setiap ayatnya adalah hikmah dan jika ayat-ayat tu dicantum-cantum, ia menghasilkan hikmah yang baru.
Minizine ni biasanya diberi PERCUMA jer pada sesapa yang beli prodak #zineskizo atau sesapa yang sudi singgah dan ambik tahu amender yang berlonggok-longgok atas jalan ni. Harapannya masih sama iaitu menyebarkan budaya zine dan menunjukkan betapa mudahnya nak buat (mini)zine.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment