Friday, July 10, 2015

#zineskizo dari dulu hingga kini

Mari kita amati, kenangan-kenangan yang dah kita perolehi dengan #zineskizo :
Zineskizo di #SerembanTunnel
bulan puasa, 2013

Kelihatan #theAmaninas Nina dengan Aya kat belakang berlari-lari

#SerembanTunnel tu kat sini, laaa
By today, tempat ni bukan rahsia lagi, tapi hanya yang
bersosial media jer yang tau, tempat ni ada hashtag nya
Minizine #SerembanTunnel berkonsepkan typography bertemakan
zine, life dan dunia jalanan. Rakaman saat-saat gua di Serembantunnel

Kalau sapa pernah ke #SerembanTunnel akan tahu yang muka depan
minizine yang semak dengan tulisan tu, adalah lakaran interior
Terowong Pejalan Kaki KTM Seremban

Typografi dipilih sempena nak menggambarkan, betapa mudahnya
nak buat zine di zaman gajet dan printing glossy ini...

Ambik gambar dengan idola masa memula pergiatkan semula dunia zine
#BookMaggotz pada 2012

#zineskizo yang asal pre-millenium. Nombor 1 sampai 5.
Cuma isu ketiga jer takde. Mana ntah komik tu

NIlah pakej beli zine dapat tiset yang meletupkan #zineskizo
masa launching dulu. Tak cukup tangan gua melayannya.
Apapun, TERIMA KASIH kepada semua yang sapot

...banyak lagi order yang tertangguh, sebenarnya.
Dah dua tahun, dah. Aduyaiii

Semua ni handmade bang..Gua sorang pulak tu...






Antara helaian fotostet yang perlu dilipat untuk dijadikan #zineskizo yang lengkap

#Boco adalah medan pertama #zineskizo keluar dari scene underground
ke scene ART dan literature


#Zineskizo #Five #Sick dan #Tu7uh yang epik.
Buku handmade, walaupun gua kata ia adalah zine

Ye, cubalah Google #Zineskizo
Boleh search juga di FB, Insta, Twitter lagilaa




#Bro Black. Ni adalah gambar pertama yang gua ambik dari dia.
Gua jumpa dia dulu atas jambatan #SerembanTunnel Pada saat
post ini ditulis, beliau dahada kedai dalam terwong tu. Bagus!!



Gua dengan BroBlack

Tu Bro Ujang.
Romantik, berangin tapi all-in-all sempoi punya brader

Gua pernah cerita pasal trip #komplotSeni dengan #Zineskizo ke
Terengganu dalam 1 malam? Perghhh wa cakap luuu

Kiri tu Kimok. Yang atas hamparan tu, Amin, anak Bro Black

Antara awek yang sudi belajar busking kat #serembanTunnel .
Sapa tau, kami dengan awek tu jadi satu episod epik dalam
perjuangan kami di terowong lagenda itu

Selepas setahun di Seremban, gua melebarkan sayap ke stesen
Bandar Tasik Selatan or kembarnya: TBS

Tercengang-cengang orang tengok amenda orang jual buku fotostet
tepi jalan. I mean...atas jejantas/jambatan

Pengunjung utama, of courselah remaja dan student...



...dan awek-awek yang tertarik dengan kemachoan gua. Eh?


Ni pulak adalah #Paranoir
Zine puisi hasil #SerembanTunnel

Zine puisi guna typografi untuk memberikan lebih impak pada isik

Ni muka gua setelah tak tido dua malam. Tu kat Terengganu, tu,
dalam trip dengan #komplotseni

Kalau gua ada kat #Serembantunnel , biasanya Amin akan melepak sekali


Bro Blacklah yang memperkenalkan gua pada busking

Bila time takde orang, beliau akan melalak sensorang. Tersentuh gak hati
gua kengkadang


Kalau tak, biasanya Bro Black akan bizi.
Adaaaa jer orang nak datang lukis gambar

Well, ramai jugak yang datang melepak baca zine, sebenarnya..

....awek pun ramai gak. Biasa...


Ni cover minizine #SerembanTunnel #2
 

Sebuah zine dalam pembikinan. 

Taraaaa! Minizine #BTSkizo pulak sempena gua kat BTS







Hari pertama gua kat BTS, gua overnight kat sana.
Ni kat Nasi Kandar tu, layan teh tarik pada paginya...


Gua pegi BTS naik komuter.


Yang baju biru tu adalah UNcle Kenny, residen kat BTS.
Alhamdulillah, pada hari ini beliau sdah memeluk Islam...

Kalau kat BTS, gua akan henjut sampai last kemuter: 1130pm

Dulu-dulu gua port kat korner atas jejantas area stesen Komuter

Kalau gua tak taburkan zine atas hamparan...

...gua taburkan minizine yang kalerful. Paham sekarang kenapa
minizine gua semua ada kaler?

Yang kiri adalah Falah, yang kanan adalah #Zulskizo
EPIK.

#Zineskizo #SICK














Letihla pulak nak tulis caption ni bebanyak sampai bawah.
Ahh...korang skroll jer lahhh



Budak ni on the way nak ke Melaka. Melalui dia lah gua terpikir
nak busking kat Melaka or outside Seremban, other than KL


Bro Black dan Peter: sponsor utama tali gitar time gua busking,
sampailah ke hari ini. Kedai Peter yang kat bawah tangga kat KM Plaza tu

Ni masa gua buat demo pembikinan #zineskizo kat Kompleks Seni, KL

Gua plan nak demo tep longkang jer. Tengok ujan pulak.
GUa gerilla jerlah dalam kompleks...Hahahaha


Antara peminat yang berminat nak beli bila dah siap

Ada gak peminat yang beli dari pos, datang mintak otograf.
Terharu gua bila tengok beliau siap balut dengan plastik.
Cam buku teks dah beb


Dulu kat gig atau event. Azam gua melalui #SerembanTunnel
adalah membiasakan masyarakat Malaysia tengok orang jual
zine, kat tepi jalan.... Ye, buka pintu rezeki baharu...

Buku Jalanan Seremban pun pernah sudi singgah kat #SerembanTunnel






Aya selalu ikut gua pegi #SerembanTunnel

Masalah kat #SerembanTunnel adalah panas, hujan dan angin.
Tu yang gua terpaksa pasag kanvas. Sebab kadang-kadang Aya datang



Ada permintaan nak buat satu zine chord. Sejak dari tu lah gua mula
berjinak dengan busking. Sebab nak test lagu-lagu yang akan gua
muatkan dalam zine tu nantik. Tungguu....hahaha. Masih test lagi...



Minizine untuk anak-anak gua



Gua tak suka anak gua ikut. Tapi pada masa Aya datang #SerembanTunnel tu,
maknanya dah takde pilihan lain benarlah tu...





Ni bukan Aya. Ni Anna, seorang Russian yang biasa lepak kat BTS.
Sebulan lepas gua kat BTS, beliau takde dah kat sana. Kabarnya
dah continue her journey to Venezuela, ke mana ntah..

Cover #Zineskizo #Five : Kompilasi zine-zine asal premilenia
dalam bentuk buku handmade

#Zineskizo #Sick : kompilasi cerita pendek yang berkisarkan skizofrenia

#Zineskizo #Tu7uh : Cerpen pasal 4 sekawan yang terjumpa teknik
pelik yang telah membawakan mereka lebih dari sekadar perjalanan
yang mencemaskan. Siap ajar teknik tu pada pembaca, dan link ke video
youtube untuk sesapa yang berminat nak tau lebih lanjut.
Banyak lagi kenangan pahit manis yang tak terakam kat blog. Biasanya gua rakam kat Twitter jer. So agak membantu jugak kalau search hashtag #zineskizo #Serembantunnel #Tu7uh kat Twitter, sebenarnya. Tapi, sebab nak pendekkan pencarian, lu cari jer kat Google. Tu sebab awal-awal lagi, tiset epik percuma #Zineskizo tertulis perkataan ajaib itu. Hahaha...

Apapun, gua dok tangguhkan kebangkitan kembali #zineskizo sebab selepas gua start kat Bandar Tasik Selatan, gua dapat kerja kilang semula. Selang setahun lepas tu, gua ke Muar pulak. In fact, post ini ditulis di pejabat gua di Muar time bos gua tengah cuti. Hahahaha... Gua berazam untuk sambung kembali lagenda #zineskizo ni demi menyediakan esok yang lebih baik untuk anak-anak dan keturunan gua. Tunggu...

Dan semua ini, takkan berlaku, tana sokongan dan penyaksian dari korang. Ye. Anda. Yang membaca benda ni samada dengan sengaja atau tidak. Anda adalah sebahagian dari hidup seseorang. Jadilah, sebahagian yang positif, dan menceriakan. Ciao!

No comments: