Kenapa kau ada kat sini? Apa yang kau buat? Apa yang kau nak? Apa yang kau harapkan? Jika kau mengambil masa untuk berfikir akan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan di atas, maka kau tak layak berada di sini. Kerana kau tak tau apa yang kau sedang buat dan apa yang kau harapkan setelah kau buat benda ni sumer. Kau membuang masa kau. Baik kau pergi buat sesuatu untuk kumpul duit dan kawin ke, apa ke...
Nak berkawan? Ye ke? Kalau betul kau join underground pasal nak kenal-kenal orang, nak tambah list kawan, nak tambah ilmu interpersonal skill, kenapa masa kau pergi gig, kau sekadar duduk dalam kumpulan KAU jer? Kenapa tak pergi kenal-kenal semua orang dan bertukar-tukar salaman? Kalau takat nak duduk ramai-ramai dan buat lawak bodoh dan gelak ramai-ramai kuat-kuat dengan harapan orang akan pandang kau, baik kau dan kawan-kawan kau lepak kat kedai mamak jer. Takyah susah-susah join underground atau pergi gig. Dok rumah layan youtube atau myspace lagi mudah. Duit pun tak membazir. Dah la camtu, bila ada orang tersalah angkat tangan kat kau (sebab dia ingat kau member dia. Maklumlah, muka kau muka tipikal), kau buat muka "taik" pulak macam kau ni PM atau superstar. Baik kau tanya diri kau akan apa yang kau kata dengan apa yang kau sedang lakukan.
Kau join underground pasal muzik? Ye ke? Boleh tengok koleksi demo kau? Apsal kau taknak beli demo yang jual kat depan pintu gig tu? Oh, bukan genre kau. Kau genre apa? Cuba nyanyi satu lagu favorite kau sikit. Apa band favorite kau? Apa bezanya kau dengan peminat Siti atau Britney?
Kau join pasal ideologi dan knowledge? Apa yang kau tau pasal ethic? Apa pekdahnya ilmu etika kepada kau kalau kau tak percaya kepada peraturan?
Dan bila kau dah tau ideologi dan benda2 tu sumer, pasti kau bagitau kat member, kan? Supaya kau nampak knowledgeable dan lebih otai dari orang lain kat scene kau. Barulah kau boleh bercakap pasal vegan, SxE, punk, gig, etc. Barulah cool masuk gig bila ada otai yang angkat tangan kat kita.
Atau pasal zine? Yang ni aku sokong. Untuk kau, kau bacalah isu no3. Beli, baca dan promotelah Schizophrenic. Hahaha
No comments:
Post a Comment