Monday, November 8, 2010

Batuk


Hampir semalaman aku tak dapat tido sebab diserang batuk. Tekak aku terasa gatal sejak senja semalam lepas aku balik dari kerja. Masa solat Maghrib dan Isyak pun tak selesa, asyik terbatuk-batuk ajer. Pagi tadi, badan aku rasa semacam. Tekak aku sakit dan aku asyik terbersin. Hingus mengalir bagai nak rak. Habis pyjamas aku  aku lap dengan hingus. Kepala ku rasa berbuai. Mataku terasa pedih. Aku rasa; aku demam.

Pukul 845pagi, aku dah tercegat di depan pintu klinik. Kelihatan seorang misi India mundar-mandir di balik kaunter sedang setup registry dan sebagainya sebab nak bukak kedai. Ruang di cermin luar dia tulis klinik akan dibuka pada pukul 915pagi. Aku ada lagi 30 minit. Lepas bagi mesej pada bos cakap aku MC, aku terus ke kedai mamak kat sebelah.

Kena kopi tarik dan roti telur. Layan sokkabar yang masih baru lagi. Takleh nak baca detaildetail. AKu nak cepat. Badan tak sihat. Mesej dari bos kata OK, asalkan aku bawak surat MC. Lepas makan, terasa nak isap rokok. Tapi membatalkan niat sebab lepas ni nak mintak MC, kata sakit tekak, tapi mulut takkan berbau rokok lak. Aku terus memanggil mamak untuk buat bayaran. Angkat-angkat tangan, buat tak tau. Angkat-angkat tangan, buat tak tau. Aku naik fedap. Nak pegi kaunter, takde orang. Semuanya sibuk jadi waiter. Aku cuba mengelak untuk gunakan skil tu. Tapi apa boleh buat? Terpaksalah aku mencuit buat bunyi macam tikus. Dan semua orang pandang aku dengan serentak dan aku melambai pada macha sambil membuat bulatan angin dengan jari telunjuk kanan.

Sesampainya di klinik, aku tengok dah ada 2-3 orang dah duduk kat tempat menunggu. Masing-masing rupa cam nak mampos. Aku ke kaunter nak daftar nama. Setelah sign-sign, aku pun duduk join mereka. Patutnya aku yang dulu. Ni dah dapat nombor 5. Lagi dua tah kat mana. Aku mula resah. Padahal aku bukan ada paper nak buat pun lepas ni. Aku cuma tak suka menunggu.

sambil menunggu, aku perasan kakiku menggeletar macam ekor anjing yang bergoyang macam anjing tu tengah excited. Aku memegang kedua kepala lututku untuk menghentikan gigilan itu. Kelakar pun ada jugak. Pintu bilik doktor dibuka. Seorang Nepal dan tokeynya keluar dari bilik doktor. . Ah..So, dah tinggal lagi 3 orang. Kalau seorang ambik masa 15 minit (kalau kes tak serius), maka giliran aku akan tiba dalam 30-45 minit lagi. Aku menjeling ke jam di dinding. Sekarang dah pukul 945. Maknanya pukul 1015-1030lah timing aku. Aku on kan stopwatch di henpon ku.

Tibatiba datang seorang ibu dan dua orang anak berbangsa India ke kaunter pendaftaran. Si ibu berbahasa Tamil dengan misi di kaunter. Kemudian si ibu menyuruh anak-anaknya duduk di kerusi tempat menunggu. Kemudian terdengar bunyi kerusi digerakkan dalam bilik doktor. Aku merenung stopwatch di henponku. dah 8 minit. Pintu bilik doktor terbuka. Pesakit keluar dari bilik. Walaupun aku tau lepas ni bukan giliranku, aku memasang telinga seolah-olah mengharapkan lepas ni misi tu akan sebut namaku. Tapi ada juga sebahagian dariku yang budget ada sesuatu yang tak kena yang ada kena mengena dengan kehadiran ibu dan dua orang anak berbangsa India tadi. Aku merenung misi yang berdiri di pintu, sedang membetulkan sesuatu di belakang pintu. Kemudian ku renung pula si ibu tadi. Kelihatan beliau juga memandang kepada misi itu. Aku pandang misi tu. Misi tu sedang pandang si ibu. Aku pandang si ibu. Si ibu memandang misi dengan wajah penuh pengharapan dan terseksa sebab dua orang anaknya sedang tak duduk diam. Aku pandang misi. Misi tersenyum sambil mengangguk sedikit kepalanya tanda isyarat sesuatu kepada si ibu. Aku tak sedap hati. Aku pandang si ibu dan si ibu sedang bingkas bangun dan memimpin anak-anaknya untuk masuk ke bilik doktor. Hei? Apa ni? Aku pandang misi dan kelihatan misi sedang menyambut dua anak si ibu tadi dan mempersilakan semuanya masuk. Diorang potong que aku!..Weiiiii.....Tibatiba jer kepalaku berdenyut, tekakku gatal, dan panas badanku naik. Aku rasa akulah yang paling sakit sekali dan rasa macam nak mati dah ni. Yang benarnya; aku sakit hati...

20 minit berlalu setelah si ibu berada dalam bilik doktor. Badanku mula rasa seram sejuk dan aku rasa macam nak matikan ajer kipas yang berpusing ni. Kesejukan itu terasa bagaikan jarum menyucuk setiap liang romaku. 21 minit berlalu. Aku tak dengar apa-apa yang berlaku dalam bilik selain bunyi budak-budak maraung-raung (anak si ibu tadi agaknya) bunyi macam orang nak dera dia ke apa. 21 minit setengah..Perkataan 'lembap', tak asi, kronisme melintas di kepalaku. Tapi aku tak dapat nak fokus sebab aku tengah demam dan dok terbatuk-batuk. Sibbaik batukku kering. Kalau batuk berkahak, sekali batuk, bunyi berkahak, tapi tak ludah pun kahak tu. Senyapppp jer. Kenyang telan kahak sendiri...Wekkk

22 minit stengah. Apa ni? Si ibu tadi tak keluar-keluar tadi. Walaupun aku bukannya nak cepat atau sebagainya, tapi aku rasa macam tak puashati sebab diorang potong que aku. Aku memerhatikan sekeliling. Belek-belek majalah. Ni majalah dulu yang aku dah belek habis masa aku datang mintak MC last time dulu...



23 minit. Arggghhhh!!!! Tibatiba aku rasa rimas. Aku bangun dan jalan mundar-mandir dalam ruang menunggu. Aku toleh jam di dinding. Dah pukul 1005pagi..Bila, giliran aku ni? Harapharap orang seterusnya bukan kes serius... Aku mengusha orang orang yang sedang menunggu di sekelilingku. Sumer nampak cam pelakon, jadi kita budget 20 minit sorang.

35 minit. Weeeiiii!!! Buat apa kat dalam tu? Orang dah nak sihat dah dok menunggu kat luar ni, weiii?!! Jam dah pukul 1035pagi. Aku yang datang paling awal tadi, dah tengahari baru dapat. Tu pun sekadar nak ambik sehelai kertas...

Setelah sampai giliranku, aku yang dah loosen muka demamku tadi terpaksa buat muka demam balik. Pintu bilik doktor terbuka dan misi India tu keluar. Dia menyebut namaku.
Aku bingkas bangun. Belum dapat aku berdiri tegak, pandangan ku berpinar, rasa cam nak pitam. Semuanya gelap.


Sedar-sedar dah pukul 530 pagi dan aku kena bangun subuh. Kejap lagi nak kena pegi keja. Batuk dah OK. Hishhhhhh...

3 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

get well soon..

Dark Half said...

cett...dia mimpi je kot,cumi?hahaha
tetiba terpikir,bila masa kau start keje?ke buat awning lagi...

~* chirpy_chummy *~ said...

ye ke? mimpi ek? xpe laa..kalu mimpi pn, get well soon gak laa.. get well dlm mimpi tu ek.. heee~