Sunday, November 28, 2010

Dia skizo ke, aku yang skizo?

Mula dari sini..

Aku ada seorang kawan. Dia bekas housemate aku. Bila aku kata bekas, bukanlah bermakna dia ada hubungan istimewa dengan aku ke, apa. Kami cuma berkongsi menyewa sebumbung semasa belajar. Sungguhpun serumah, kami takde langsung hubungan yang erat. Sekadar hmm-hmm, hai-hai jer. Macam orang serumahtangga. Jadi, hubungan aku dengan kawan aku tu, adalah normal.

Mula-mula duduk serumah, aku rasa cam OK-OK jer dengan mamat ni. Dia pun cam ramah-ramah jugakla. Biasa arr. Baru lagi. Lagipun masing-masing masih dok sibuk mengadjust diri dalam dunia pengajian tinggi serta tempat pengajian yang berada di pinggir kota KL. Dia budak KL. Gaya dan lenggok bahasa pun cam orang KL. Bahkan masa kitorang serumah pergi outing sesama nak beli barang rumah sikit pun, dia yang jadi penunjuk jalan. Banyak gak shortcut nak elak traffic jam yang dia tau. Maka kuatlah hujahnya bahawa dia seorang budak KL. Tapi AKU suspek something sebab pernah terdengar dia cakap loghat Perak dengan parentsnya tu dalam henpon. Aku diamkan ajer. Mungkin dia macam kawan Mandailing ku yang dok Seremban tapi cakap Mandailing dalam rumahnya dengan bininya.

Apa yang aku nak cerita pasal dia ni, dia suka main gitar dan aku rasa, dia kadang-kadang menunjuk-nunjuk skil dia menyanyikan lagu sambil main gitarnya itu. Suara dia memang sedap. Dia pun pandai main gitar sebab petikannya memang sebijik cam dalam lagu ori. Yang SKIZOnya, dia malu nak main gitar depan kitorang. Dia cuma melalak sensorang dalam biliknya dan akan berhenti bila ada orang di sekitarnya. Bila orang suruh dia teruskan menyanyi, dia refused. Kononnya dia malu. Dia cuma berani meraung-raung bila sensorang. Aku cakap meraung-raung sebab dia suka benar nyanyi lagu Linkin Park dari album Hybrid Theory secara unplugged. Bila dia tarik, suara dia sebijik macam Chester. Kalau nak tau camner rupanya Chester masa tarik, tengok video ni. Jadi aku nak tengokla rupa dia pulak, sebab SEBIJIK bunyinya dari bilik aku. Tapi bila kita bukak pintu dan nak tengok dia nyanyi dan main gitar secara live, dia akan terus stop dan menyambung menghisap rokok yang memang sentiasa menyala di sisinya. Dah naik bau snooker dah bilik diorang ni...

Masalahnya, kami berkongsi rumah hanya bertiga. Dan si jin disko sorang tu, masuk U sebab nak pergi disko dan batang hidung tak pernah lekat kat rumah. Nak dijadikan cerita, bila si jin ni masuk dan layan kepala dengan mamat kita ni tadi, mama tu bloeh lak terus menyanyi. Bila aku tanya, dia kata dia malu dengan aku. Apa yang dia malu pun aku tak tau. Tapi aku tak kisah sangatlah sebab memang aku jer dalam rumah ni yang 24jam pakai ketayap Raihan. Ketayap ni nak cover rambut jer, sebenarnya. Aku minat dengan gitar-gitar ni. Dan aku suka gak lagu-lagu Linkin Park dalam album tu. Album lately jer yang tahapahapa....

Aku tak kisah sangat dengan semua ni hampir setahun. Dia pun buat benda tu kadang-kadang jer. Cuma bila dia main gitar dalam biliknya tu, memang seolah-olah nak bagi aku dengar dari bilik aku, lah. Tapi sebab suara dia memang sedap, aku rasa mamat bekas housemate aku ni menganggap jiran-jiran pun suka dengar dia melalak-lalak tiap pagi weekend tu, agaknya. Sibbaik jiran orang non Malay. Kalau orang Melayu, tentu dah lama team tabligh mengkhususi kami.

Tapi semasa pertengahan tempoh pengajian, dia mula berani melalak malam-malam pulak. Aku mula rasa tak selesa. Semuanya bermula selepas aku sound dia secara berhikmah pada satu malam tu. Dia pun minta maaf. Tapi 3 minit jer lepas aku kembali ke bilikku dan mengunci pintu, dia bantai retalliate agaknya dengan meraungkan lagu yang macam nak sound aku. Aku kasi chan la kasi sabar sampai lagu tu habis...

Tapi lepas aku sound tu, makin kerap pulak aku dengar bunyi-bunyian dari biliknya. Kengkadang, masa aku dok layan TV dalam bilik aku, aku confirm terdengar suara dua-tiga orang dok berborak dalam bilik dia. Mulanya bila aku tanya dia, dia kata mana ada. Aku tak kisahkan lagi. Tapi ada sekali tu, aku baru balik dari kelas yang dibatalkan, dan aku masuk ke dalam rumah secara senyap. Masa aku lalu di depan biliknya, aku seriously terdengar macam dia dok berborak pasal assignment dengan 3 atau 4 orang. sebab bunyinya macam diorang tengah berdebat pasal something. Aku cari point nak suruh dia bukak pintu. Maka aku pun ketuk pintu. Bila dia bukak pintu, aku offer lah sedikit makanan yang aku beli padanya. Dia nak ke taknak, lepas tu aku tanya dengan siapa dia berborak tu. Dia menafikan dengan mengatakan dia dok tengah main gitar. Aku pun curi-curi ushar ke dlaam melepasi bahunya. Nampak memang cam dia dok sensorang dalam bilik tu. Abis tu, yang aku dengar suara lagi 3 tu, mana dia?

Aku kongsikan pengalaman pelik aku itu pada kawanku yang lain. Mereka agak skeptik dengan ceritaku atas alasan cerita dalam blog aku pun banyak cerita rekaan. Sebab mereka kenal juga dengan si housemate aku ni. Bahkan diorang tak sangka pun yang mamat tu terer main gitar sebab perwatakannya yang clumsy-clumsy dan blank-blank tu. Jadi mereka sebelah mata, kan kata-kataku dengan menganggapnya satu parody yang tak menjadi. Aku tak puas hati. Aku perlukan bukti..

Semuanya terjadi secara kebetulan. Malam tu, aku tengah qiam, baruuuu nak mula solat...



Scuba: "The End...hahahaha....Bersambung...."

8 comments:

Anonymous said...

Saspen tul la dia ni....
aku rae yg ko dengar suare 2-3 orang tu die on tv kot???
ade tv lam bilik die. ko yg x tau haha

Ka-Ching said...

bile nak sambung lg ni???

huishhh...

ANISRAHIM said...

alamak..ape ni..haha..ade smbg2 plak..aishhh..

VanillaKrimSoda said...

cesss.. wat suspen...
dh xcited dh tuptup bersambung... hampes...
haha..

± said...

kalau aku jadi kau,memang dah lama aku skizo ada housemate camtu. mungkin dia mmg ada tv dlm bilik cam kata cik anon, ke dia tgh hafal dialog drama utk screen test yg kau x tau...tak pun, dia record suara dan gorengan gitar org lain, pastu play kuat2 utk jadikan kau bertambah skizo..hehe

Irwan said...

tak...aku lupa lak nak stress kan bahawa mamat ni takde TV lam bilik dia. kalau ye pun TV, kita tentu boleh bezakan bunyi orang bercakap dengan bunyi dari TV, ye tak?

~* chirpy_chummy *~ said...

kwn2 dia nyorok bakang pintu kot..tu pasal x pasan.

Nekmo said...

weh..suspennye..!!! borak dlm tpon ke??
ada org suka ckp sorunk2...huhu...
bro..cite lagi..cepat2...