Monday, November 29, 2010

Dia skizo ke, aku yang skizo?

 mula dai sini...


..Tangtang tulah henpon aku berbunyi. Dari ringtonenya, aku tau itu adalah mak aku. Aku jawab dulu henpon tu...

Setelah setel hal mak, aku nak mula solat balik. Henpon aku letak dalam poket baju Melayu yang sedang aku pakai. Baru nak mula balik, tangtang tu jugaklah bekas housemate aku tu mula melalak. Aku tau lah besok dia ada paper dan mungkin dia tensi malam ni...tapi jeritannya pada masa ini mengganggu aku. Aku pun takleh tahan. Aku keluar bilik nak sound dia. Tapi aku masih ingatkan diri aku agar menegur dengan hikmah...

Sesampainya di depan pintu bilik dia, aku nak mengetuk pintunya. Sekali lagi aku terdengar bunyi orang berborak dalam bilik tu. Tapi kali ni, aku agak seram sikit...

"..housemate kau tak marah ke kita melalak kekuat memalam ni?" tanya satu suara yang garau.

"Who gives a shit?" jawab satu suara lagi yang seakan-akan suara housemate aku.
"Kalau dia report kang, dah kita kena pindah lagi" kata satu suara lagi. Suara yang ni macam suara budak-budak sikit. Cam suara awek pun ada jugak...

"Ahhh..Gasaklah...Kau nak aku buat apa? Kalau korang sumer TAKUT sangat dengan dia, aku boleh buat sesuatu pada dia kasi dia senyap" kata suara yang macam housemate aku tu...Aku dah goyang. Aku pekapkan telingaku pada pintu...

"Ko nak buat apa?" tanya suara yang garau tadi...
"Macam biaser.." jawab housemateku agaknya. Kemudian aku dengar bunyi macam orang tuang air dalam gelas. Kemudian bunyi macam orang bukak sepeket serbuk minuman 3-in-1 dan masukkan isiknya dalam gelas tadi. Aku tak nampak. Tapi ni semua adalah imaginasiku dari bunyi yang aku dengar dari luar...

"Takkan kau nak racun dia pakai taktik TU lagi?" kata suara yang belum aku kenalpasti dari suara-suara yang aku dengar sebelum ini..Aku dah mula sangsi...

"Nasib ar...Cara ni efektif, apa?" jawab suara yang macam housemate aku tadi. Kemudian bunyi macam ada tapak kaki mendekati pintu. Aku panik. Aku pun berundur ke bilikku dan berpura-pura seolah-olah baru nak keluar...

Kelihatan housemateku keluar dari biliknya...

"Eh, Wan? Ko nak pi mana?" tanya nya. Dalam kedebaran dadaku, aku menjawab:
"Aku nak gi solat kat surau jap"

"Laa...Aku baru buatkan air untuk kau..." jawabnya sambil menghulurkan sebuah nug berisi minuman panas. Kuat bau Ali-Cafenya. Dia memang tau aku kalah dengan minuman Ali Cafe ni...Tapi aku lebih bijak..

"Eh. Timer kasih. Kau taruk dalam bilik aku dulu la...Aku kejap jer. Dah solat kang aku balik..." jawabku bijak.

"Alaaa..Tegukla sikit dulu..." katanya. Aku terkedu. Aku menyambut mug yang dihulurkannya. Aku sip sikit minuman tu, tapi tak meneguknya. Aku senyum dan menghulurkan kembali mug itu padanya.

"Aku taruk dalam bilik ko, ek" katanya.
"Hmm" kataku sambil berlalu. Diluar, aku meludahkan air itu. Lidah aku terasa kebas. Lain macam jer air ni...Balik nantik aku nak buat ujian toksikologi pada minuman yang dia kasi kat aku tu...


Aiseh...bersambung lagi....hehehe

5 comments:

Dark Half said...

last skali rupa-rupanya mimpi...hahaha

~* chirpy_chummy *~ said...

ye ke mimpi? takot lastnye x de ending je ni...

nekmo said...

haha..siap nk wat ujian g..hehe...
mimpi??tol ke mimpi?

Aoi@riena said...

haishh..smbung lg... sabo je la aku...

Irwan said...

eh..ni bukan mimpi punya...