Wednesday, November 10, 2010

Evolusi nasyid Malaysia dan let P Ramlee RIP

Ni baru betulbetul lagenda. Sehari 5 kali suara dia keluar TV


Setelah tersedar dan bertaubat, aku telah join scene nasyid pulak. Masa tu, scene nasyid ni masih underground. Takdelah nama band-band besar dalam arena nasyid. Sebagai orang yang taktau apa-apa, aku pikir, aku kena mula dari bawah. Kebetulan pulak, aku berroom matekan seorang budak yang orang gelarkan Ustaz. Dia ni kiranya pandailah dalam hal agama sikit dan selalu menjadi rujukan bebudak student dikalangan kami. Dapatlak dia ni sekolah agama dulu. Bahasa Arab pun cam power jer.



Melalui dia, aku mula kenal dunia nasyid. Masa tu Raihan belum keluar mainstream. Lagu nasyid, kalau tak band nasyid lama, mesti lagu kalau tak sembahyang atau lagu dipondok kecil. Cuma budak-budak Islamik jer yang uptodate dengan pilihan band nasyid. Room mate aku nilah yang menjebakkan aku dalam kancah nasyid. Dialah yang brainwash aku dengan lagu kumpulan Inteam yang cerita pasal mendirikan rumahtangga tu. Pastu kumpulan brothers popular sebab ada Yassin. Tapi ni sumer masih underground lagi.



Tibatiba, Raihan keluar album sulung. Pergh. Lagu pulak best best. Room mate aku pun apa lagi, makin kuat lah menyalakkan lagulagu nasyid dalam bilik atau dalam bilik seterika. Lawak jugaklah aku menyaksikan gelagat seorang mamat yang orang panggil sebagai Ustaz. Kalau siswi yang admire kat dia tu tengok camaner memek muka Ustaz masa dia korus lagu brothers tu, mesti diorang perbaharui syahadah diorang.



Lepas Raihan, mulalah naik kumpulan nasyid. Band-band underground mula menampakkan diri. Camacam nama dan perjuangan yang ada. Tapi dalam banyak-banyak tu, Raihan dan Rabbani orang sumer iktiraf sebagai class of its own. Dapatlak Raihan meletup di seluruh dunia (thanks to ex Al Arqam network). Dan masa ni pun aku dah mula naik menyampah dengan band nasyid. Beser arrr..Akukan poser.



Dan impak influence kumpulan nasyid dalam budaya tu, kita boleh lihat di Malaysia sekarang. Ramai yang tak segan silu pakai kupiah ke hulu hilir sebab Raihan popularkan kupiah Raihan. Dan majlis-majlis keramaian pun ada alternatif lain selain menjemput DJ yang dok putarkan lagu lama atau lagu karaoke. Dan album album nasyid dan alunan zikir memenuhi pasaran tempatan sebab market dah ada. Budakbudak pun dah ramai yang berani mengaku dia minat band nasyid itu atau ini dan banyak jugak budak U buat team nasyid mereka sendiri. Bahkan dek semua ini, kita dapat Faizal Tahir.



Dan antara yang paling hebat, paling terkesan aku dibuatnya ialah keberuntungan Allahyarham Ustaz Rabbani dalam memonopoli tender azan kat TV. Series aku jeles. Itulah lagenda baru Malaysia. Dah pegi tapi macam masih hidup lagi. Biarkanlah P Ramlee rest in peace. Please.

2 comments:

Dark Half said...

mungkin apa yg aku nak komen ni takde kaitan sgt dgn entry ni cuma bila kau sebut Faizal Tahir teringat band nasyid Mirwana. dorang penah kontroversi pasal dressing code kan?nak2 bila baca pulak kat blog F.O.A harini,OBECOMIC #27 - Maher Zain. Sentuh ttg isu diskriminasi penyanyi nasyid dalam & luar negara.aku pun pelik gak dgn masyarakat mesia ni.kalau yg dtg dr luar,diagung-agungkan regardless culture yg dibawa

Irwan said...

kita kat mesia kan ada budaya mengutamakan tetamu..setended arrr