Wednesday, November 10, 2010

Mentua skizo

"Bila aku stress, aku terbayangkan benda pelikpelik..."

"Bangg..Mak dah sampai" teriak bini aku dari bawah. Aku buat memek muka cam tak dengar depan cermin walaupun aku tau takde sapa yang nampak selain aku. Bunyi pintu depan ditutup kasar dan bunyi anak-anakku yang baru balik dari mengambil mentuaku kedengaran sampai ke tingkat atas. Aku takleh tangguh lagi. Setelah praktis memek muka happy dan senyum depan cermin, aku turun ke bawah, menyambut mentuaku. Sibbaik sorang jer yang datang. Kalau yang ex army jeneral tu datang sekali, lagi siksa weekend aku nampaknya. Kalau diorang dah habis war sesama laki bini, both of them team up kenakan aku pulak.



Mak duduk dengan kami selama seminggu. Ayah mentuaku keluar 7 hari sambut takazah. Diorang ni family tabligh. Aku ni jer yang tah camana boleh sangkut dengan minah purdah. Member-member dah pesan dah risiko bermentuakan karkun, tapi aku tak pedulik dengan alasan dalam hatiku kononnya nak buktikan kesungguhanku pada awek yang dah tunjuk rupa dia tanpa purdah tu. Namun, di saat ini, sambil merenung wajah mentuaku ini, aku terasa jugak kemenyesalannya.



Mula-mula aku ditegur sebab hanya berpelikat di meja makan. Aku pun boleh tak terpikir plak yang makan malam kami pada malam ni ada mak mentuaku. Aku bley cam beser pakai kain pelikat yang ditarik hingga ke bawah paras tetek jer. Sekali kena sound daaa...Aku OK lagi. Sebab memang salah aku yang blank-blank ni pun...Bini aku bley ketawakan aku pulak. Buat muka cam vindicated pulak...



Kemudian pasal tengok TV. Calon Anugerah Skrin ditayang kat RTM3, dan kami sekeluarga memang dok layan slot ni ganti citer Smallville. Kengkadang kami tengok movie pada malam Ahad sebab nak kasi bebudak tidur awal. Bini aku tak berapa berkenan sangat dengan hubungan aku dengan TV tapi, akukan veto.



Veto tak veto, kena jugak aku pada malam tu. Dari jenama TV, saiz TV, sampailah ke pakaian Pang Chinn Fei dalam melaporkan temuramah dengan Rosmah tu dikomennya. Tah kenapa mood aku nak tengok citer lepas ni cam semakin pudar. Bini aku pulak dok layan jer komenkomen mak. Mungkin pada bini aku ini ialah kemesraan mereka anak beranak, namun pada aku, aku rasa cam nak isap rokok.



Aku ke naik ke atas, ke port aku di beranda. Aku naik ke atas tembok dan memparkingkan sebelah buntutku di atas simen tembok. Koyak mencirit aku akibat posisi tak seles itu. Bahagian dalam buntut pun terasa sejuk berlaga dengan plaster tembok. Aku betulkan position atas tembok beranda tu. Posisi camni selesa dan layan sikit nak isap rokok. Asap stret ditiup ke atas. Takdelah masuk ke dalam rumah. Aku nyalakan seabatang dan menarik puntung tu dalam-dalam. Nikotin, tar dan racun tikus mula memberikan kick dalam kepala hotakku. Ada rasa weng jugak lah sikit-sikit. Dua tiga sedut jer, dah habis sebatang. Aku terus sambung cucuh ke batang kedua. Masa sibuk mencucuh, kedengaran bunyi lampu bilik air dari bilik utama dinyalakan. Mungkin bini aku. Aku terus fokus dalam mencucuh puntung kedua. Apsal susah narr lak nak nyala ni?



Hmmmhhh..Baru nyala. Aku meng adjust-adjust api puntung dengan menyedut manja sikitsikit. Setelah komfem api rokok menyala dengan stabil, aku menyampakkan puntung yang pertama. Baru aku berpaling nak betulkan position aku atas tembok, aku terkezut dengan kehadiran tibatiba mentuaku di sebelahku. Agaknya dia nak buat lawak menyerprisekan aku yang isap rokok atas tembok, tapi sebab aku terkejut, aku telah terjatuh dan berguling-guling atas atap, sebelum mempulun ke bawah dan terhempas bedebik macam nangka busuk. Adeeiii..Tangan kananku terasa kebas sebab menaham impak masa aku jatuh tadi. Aku takleh jatuh sebelah kiri. Sebab tangan kiri pegang puntung rokok yang baru dinyalakan tadi, agaknya.



Mak terus tinggal dengan kami sampai sekarang.

5 comments:

kemm said...

hahaha.. mmg skizo.. aduii yaii sabar ye..

Dark Half said...

pandai btol mentua sound tanpa berkata-kata..impact smpai jatuh tergolek dog..hahaha

~* chirpy_chummy *~ said...

harharhar..."serperaiiisssssssssssss!!!" nx tym bt la adegan hindustan tros..golek3..tanpa henti..teehee

Irwan said...

in laws: they have unique ways to sneak up on you

Ka-Ching PreLoved said...

ade pengalaman sendiri hak hak hak