Monday, December 27, 2010

Aku nak emo harini

Petang itu aku agak berangin. Kejadian di tempat kerja tadi membuatkanku rasa fedap dan givap dengan semua ini. Aku dah malas. Aku dah tak peduli. Untuk selebihnya hari ini, aku nak ikutkan emosi.

Pemanduan pulangku agak slow dari kebiasaan. Aku nak layan rokok yang aku pau dari pakgad tadi. Abang-abang technician normal hour yang melintasi, membunyi-bunyikan hon mereka membakar, mengajakku berlumba hingga sampai ke traffic light, macam biasa. Tapi petang ni aku buat bodo. Pandang pun tidak. Mereka meneruskan perlumbaan hari ini tanpaku.

Huh!

Bodoh! Susah payah aku memikirkan jalan untuk meningkatkan taraf mereka dalam kilang ni, susah payah aku menghantar proposal dan meyakinkan manager-manager cam bagus tu untuk meluluskan projekku demi mereka. Bila sampai kat mereka untuk dilaksanakan, mereka buat sambil lewa pula. Mereka buat acuh tak acuh. Ingat macam semua ni tak berguna. Hinggakan aku nyaris-nyaris terpotong kapla disebabkan mereka. Mangkuk punya abang technician. Aku harap ada dua-tiga ekor yang mampos accident sebab berlumba kat depan tu.

Aku berenti di traffic light. Pemandu kereta sebelah yang berbangsa Cina dengan aweknya memandang ke arah aku. Mungkin bunyi stereo keretaku agak kuat. Atau asap dari Nusan yang aku hisap menerjah ke dalam kereta mereka. Aku tak peduli. Biasanya akulah yang kena menghormati orang lain, kenapa tidak hari ini diorang pulak yang kena menghormati aku? Aku kuatkan lagi volume stereo. Dan aku kepul-kepulkan lagi asap yang keluar dari mulut dan hidungku. Aku duduk menyandar mencari ruang yang selesa. Lampu baru merah. Ada dua simpang lagi baru sampai turn aku.

Kemudian ada sebuah kereta berhenti di sebelah kiri keretaku. Aku melirik malas padanya. Oh? HR Manager rupanya. Dia tersenyum padaku. Sebab dia lagi besar dariku, terpaksalah aku menguntumkan sebuah senyuman senget. Dia mengisyaratkan agar kami membelok ke kiri, singgah dulu ke kedai minum. Aku menggeleng tanda tak mahu. Dia berkerut tanda kecewa. Aku buat muka tak puas hati tanda tak nak juga.

"Jom arrr" kata dia dari keretanya.
"Ok laaaaa, tapi jangan menyesal" kataku.

Kelihatan dua bijik kereta bagi signal ke kiri nak masuk ke arah Fasa 3...

---------------



"Apo kono eh kotaaaatt yo mukokau ni, Amir?" mula HR Manager.
"Takde mende, Abawan. Aku tension sikit lah harini" jawabku. Aku dengan dia ni memang rapat. Eh. Dia ni memang rapat dengan semua orang. Maklumlah HR MAnager. Tapi aku tak pasti pulak adakah semua orang main aku-kau dengan dia cam aku. Ahhh. AKu tak pedulik semua tu petang ni...

"Biasolah tu. Isnennn...Machaa! Order! Kau nak minum apo, Mir?" tanya Abawan, si HR Manager. Kelihatan seorang machaa menghampiri meja kami setelah dia terkumat-kamit terhangguk-hangguk menghafal pesanan dari meja sebelah.

"Nescafe tarik, lah" jawabku pendek. Mataku mengantuk tapi aku taknak tidur. Petang ni aku nak main basketball kat Tepian Gelanggang. Aku nak main physical dan siku semua orang.

"Minam nescafe ni selalu ni, tak baik untuk buah pinggang" kongsi Abawan. Aku memandang padanya.

"Chaaa, kasi itu nescafe kaw-kaw punya. Tak kaw kang, ngan kau-kau aku tea" kataku sambil menarik muka tak puas hati pada machaa. Machaa yang dah biasa digertak begitu hanya tersenyum dan berlalu sambil terkumat-kamit mengingat setiap pesanan.

"Apa masalah kau ni Mir?" tanya Abawan dengan nada mesra ke-HR Manager-an nya. Dia memang terlatih dengan semua ni. Dan aku selalu gaklah mengadu kat dia kalau ada apa-apa kemusykilan secara profesional atau peribadai pada dia ni. Tapi bak aku kata di mula tadi; petang ni aku nak emo.

"Apa masalah abang sibuk nak tau masalah saya?" snap aku tibatiba. Muka Abawan berubah umpama terkejut dengan jawapanku. Burung merpati yang sedang terhangguk-hangguk mencari makanan di jalan tar di depan meja kami berterbangan dalam keterkejutan. Aku mula terasa bangang dan bodoh pula. Ini bukan kebiasaanku. Aku biasanya seorang yang terkawal dan berbudi bahasa.

"Prema dah bagitau kat aku tadi. Cuma aku nak dengar dari mulut kau sendiri" kata Abawan lagi. Dia cuba nak menepuk perlahan bahu kiriku, taktik nak menenangkan orang yang sedang marah. Aku mengelakkan tangannya itu. Abawan langsung tak nampak bengang dengan kerenah kebudak-budakanku. Aku semakin terasa malu dengannya. Dia senyum lak lagi. Machaa datang berlari membawa minuman kami. Abawan berterima kasih dan menghulurkan minumanku padaku.

"Kalau tak kaw, kita tambah nescafe lagi, k" pujuk Abawan. Aku semakin terasa bangang. Kami meneguk minuman kami. Abawan masuk ke dalam dan ke kaunter. Dia terus bayar agaknya. Seminit kemudian, dia kembali. Dia menghulurkan sebatang rokok yang telah dinyalakan. Merokok bukanlah kebiasaan kami. Tapi Abawan bekas jurutera. Aku rasa dia paham dengan tekanan kerja yang sedang aku alami. Dan merokok merupakan placebo yang paling popular dikalangan jurutera untuk mengurangkan ketegangan yang dirasai. Aku menghisap puntungku dalam-dalam dan buat O. Abawan buat O jugak dan O dia lagi clear.

"Kau kena asingkan, antara benda yang kau NAK buat dengan benda yang kau KENA buat" kata Abawan. Aku mula tunduk ke lantai.

"Kita kerja kat kilang ni, buat perniagaan, bukannya pusat kebajikan atau institusi pengajian" katanya lagi.

"Kita digaji bukan untuk mengubah hidup orang. Kita digaji untuk mengurangkan kos dan pembaziran, meningkat keuntungan serta daya saing syarikat kita" kata Abawan sambil membuat O lagi. O asap itu melalui depan mataku yang masih terpacak ke lantai.

"Jangan marah kepada mereka yang tak mahu mendengar. Jangan bengkek kalau mereka main-main. Kau kena matang. Tak payah nak sound-sound, tak payah nak jem-jem. Sapa yang ikut, kau hargai. Sapa yang tidak, kau gariskan nama mereka dan aku akan ganti dengan yang baru" kata Abawan sambil buat O pulak ke arah langit.

"Ada yang anggap kerja itu adalah career. Ada yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Ada yang  sampai tak tahu limit antara life dan kerja, ada yang sekadar lapan sampai lima"

"Dan kita, kena pandai kawal perasaan kita" punch line Abawan.
"Sebab hanya kita yang dengar cakap kita"

"Kalau camtu, kenapa Abawan cakap pasal ni dengan saya?" kataku sambil buat muka tak puas hati.

Abawan menghembuskan O asap itu ke mukaku pula. Kemudian dia beredar meninggalkanku.

Kan aku dah cakap. Aku tak nak.

Aku nak emo petang ni...

3 comments:

± said...

kdg tu mmg sedar time emo,byk benda2 bangang akan dibuat secara otomatik dan di luar sedar...tapi takkkkk,gua nak emo gakkkkk..

Irwan said...

emo lahhhh...jangan bergaduh cukuppp

Ka-Ching said...

errr emoticon???