Thursday, December 2, 2010

Dia skizo ke aku yang skizo 3

mula dari sini


Sekembalinya aku dari surau, aku agak tenang sedikit. Cuma bila aku lalu depan biliknya yang memang berada di bahagian depan rumah kami, aku mencri dengar kalau-kalau masih ada suara-suara dalam biliknya. Kedengaran:


"Kang susah payah kita nak pergi cari spot nak buangkan mayat dia" cakap suara garau.
"Alah, kita buat cam biaser ar. Cuka haritu pun banyak lagi kat store" jawab suara yang macam awek tu. Kemudian aku dengar banyak suara berbalah secara serentak dalam bilik tu pasal method-method yang pelik. Aku naik seram memikirkan topik perbualan mereka. Mesti mereka sedang merancang kat mana nak tanam aku setelah aku mati terminum racun dalam Ali Cafe tadi...

Aku tak mengendahkan perasaanku melainkan terus bukak pintu depan dan hempas kuat-kuat bagi mereka yang berbincang tu dengar dan sedar kepulanganku. Seketika, bilik itu senyap. Aku terus ke bilikku.

Di bilikku aku perasan mug berisi minuman yang dihidangkan oleh bekas housemate aku tu. Aku pun angkat mug tu dan taruk atas meja. Aku ambik sedikit sampel untuk dibawa ke makmal esok. Aku budak medic. Jadi, makmal kat U ni dah macam makmal makbapak aku. Nantik aku nak buat ujian alkohol,ketamin, Rophynol, etc...

Lebihan minuman tu, aku ingat nak pulangkan ajer pada mamat tu. Aku pun bawak cawan berisi lebihan minuman beracun tersebut dan berjalan ke arah biliknya. Belum aku sampai biliknya, pintu depan di buka dan kelihatan beberapa orang berpakaian polis lengkap menerjah rumah kami. Aku kaget berdiri sambil membalancingkan badanku agar minuman di tanganku tak tertumpah.

Serentak itu juga bekas housemateku keluar dari biliknya...


"Tu dia bang. Dah banyak kali dia cuba nak bunuh saya" kata housemate ku. Aku yang berdiri tegak itu ditangkap oleh dua orang abang polis. Seorang mengambil minuman dari tanganku.


"Cuba abang check kandungan dalam minuman tu, mesti ada racun. Dia dah plan lama dah nak bunuh saya" kata housemate ku lagi. Amender, ni?


"Eh? Amender, ni bang? Saya tak salah! Dia yang cuba nak bunuh saya!" nafiku. Baru aku perasan mug yang aku pegang ialah mug kepunyaanku yang dah lama housemate aku tu pinjam. Debaranku bertukar jadi panik. Abang polis yang memegang mug itu memerhati kandungan minuman Ali Cafe di dalamnya sambil menghidu-hidunya. Dia membawa mug keluar. Aku dibacakan hak ku dan dibawa ke balai.

Di balai polis, bekas housemateku itu membuat laporan kononnya aku cuba membunuhnya pada malam itu denagn cara membubuh racun dalam minuman. Aku pula membuat laporan dengan mengatakan bahawa mamat tu yang sebenarnya nak bunuh aku. Tapi bukti menunjukkan bahawa mug itu adalah kepunyaanku. Dapatlak mereka jumpa sepeket Ali Cafe yang baru dibuka dalam bilikku. Begitu juga dengan bungkusan yang berisi racun tikus yang teah dikisar. Aku blank. Malam tu aku tidur dalam lokap.

Mungkin malam tu penjenayah cuti atau semua orang tengah outing, lokap takde orang. Jadi aku dok lokap sensorang. Tengah malam tu, masa aku tengah mamai nak tido, aku rasa aku terdengar ada suara memanggilku. Aku toleh ke kiri dan ke kanan. Takde orang. Namun aku tetap mendengar bisikan memanggil namaku. Aku bangun dan mengushar dari celah jeriji ke arah tingkap yang berada di luar lokap. Aku agak bunyi itu datang dari sana. Sedang aku sibuk menunyitkan kakiku cuba mengamati panggilan tersebut, suara itu memanggilku dari belakang. Dari dalam lokap.


Aku menoleh. Aku terpandang sekujur tubuh di dalam kegelapan lokap itu. Takeh jadi, ni. Adakah itu hantu penunggu lokap? Adakah itu Durja Ningsun? Atau adakah...?

Ye. Lembaga itu berwajahkan aku yang bermekap macam badut. Dia berkata:


"Kau skizo, bro"

Aku meracau-racau dalam lokap tu hingga aku pengsan kerana dilempang oleh abang polis otai...

The End

10 comments:

± said...

sape sangka mamat berimej baik cam kau yang sebenarnya skizo...kahkahkah

Ka-Ching said...

mmg x sangke die skizo heh...hahaha

Irwan said...

artikel sebenar lebih panjang lagi. Tapi sebab aku dah bosan semalam, aku matikan ajer dengan cepat. Lagipun aku nak ajar si Al camana nak commit harakiri pada sesuatu yang dia dah mulakan...

± said...

waahhh... Al commit harakiri?patut la dia senyap jer lepas dia dapat apa yg dia nak dari aku 2 hari lepas

Al said...

Ahakssss
sampai kesini plak dah

Scuba,
sila sambung cite ni walaupon ak x nampak kaitan dgn cite ak

Dark,
sila bukak emel
arini br ak sempat

[PaaN1904] said...

best ar cter cenggini..! ak suka baca..~

Saif As-Solihin said...

hahaha.. x ley blar r cter nih...

hans said...

hahahahahahaha
memang skizo
sempoi la story nih
sambung lagi lah
buat dia hidup balik
ekekeke

P/S : Nasiblah Tak Kemalangan Tadi! Kalau Tak Satu Hal Pula!

P/S : Perasaan Bila Disoal Umur Anda?

merlot said...

siot jer....

dya adriza said...

Eh! bez la. sambung la lagi weyh,, nak bc lagi. blog ko bez. aku nk follow la..