Wednesday, December 8, 2010

Dia skizo ke aku yang skizo? 4

Mula dari sini...


Aku dengar bunyi pintu biliknya ditutup. Aku rasa macam nak masuk dalam dan confront dia pasal apa yang dah terjadi. Tapi aku terhenti bila aku terdengar suara dari bilik dia. Aku sambung menyangkung balik.

"Hahahaha" bunyi ketawa housemate aku. Darah aku mula panas. Telinga aku terasa berdesing.

"Padan muka dia" kata housemate aku tu lagi.
"Gempak tak idea aku?" kata suara yang macam awek tu.
"Ni lagi bagus dari membunuh dia cam biasa" kata suara yang garau.
"Kau dah semakin bijak" kata housemate aku pula. Kalau darah aku ni macam air yang sedang dijerang, aku rasa ia sedang menggelegak sekarang ni. Aku tunggu lagi.

"Apa plan kita lepas ni?" tanya suara garau tu pula.
"Kalau dia diikat jamain, camana? Mesti dia akan datang cari kita" kata suara yang tak dikenali. Aku mula cam kenal dengan suara yang ni.

"Orang yang disyaki membunuh, susah nak diikat jamin. Lagipun, kita dah susun bukti bagi dia nampak bersalah" kata suara yang macam awek tu. Aku takleh tahan. Darah aku membuak-buak dah rasanya. Aku bangun dan menuju ke dalam rumah. Aku bukak pintu depan dan tutup senyap-senyap. Aku berdiri di depan pintu bilik bekas housemate aku tu, nak terjah masuk. Pandanganku macam berpinar-pinar. Aku tak pasti pinaran itu berpunca dari kemarahanku difitnah atau akibat menyangkung lelama sangat kat luar tadi. Aku menendang pintu biliknya. Kelihatan housemate aku sedang duduk bersandar di atas katilnya sambil menghisap rokok, dengan gitar dipangkuannya. Dia terkejut dengan kehadiranku.

"Wan? Camana kau...?" tanyanya terkejut.

"Kau ingat aku tak tau?" kata aku.
"Tau apa?" tanya housemate ku itu. Dia nak bangun dari katilnya. Rokok di tangannya dibuang ke dalam bekas Pringle.

"Kau set-up aku. Aku dengar segala perbualan kau" kataku.
"Perbualan apa?" tanyanya kehairanan. Aku pun rasa cam bodoh pulak sebab memang takde orang lain dalam bilik tu sekarang melainkan kami berdua.

"Ahhh! Kau jangan nak tipu aku. Aku tau kau yang rancang semua ni" kataku. Housemateku yang tadi buat muka hairan, tibatiba berubah muka jadi macam tersengih mengejek. Dia memandang tepat padaku.

"Hahaha" ketawa housemateku. Aku mula cuak.
"Jadi, kau dah tau?" keluar suara yang macam awek tu dari mulutnya.
"Apa yang kau boleh buat?" kata suara yang garau pula dari mulut housemateku lagi. Aku tak terkejut. Memang sah, housemateku ini seorang skizo tahap tinggi.

Tibatiba dia menghayun gitarnya ke kepalaku. Aku tahan dengan tangan kiri. Berderai gitar tu pecah. Aku sepak perut dia. Gitar yang dah berderai dua tadi terlepas dari tangannya. Dia tersadung ke atas katilnya. Berdengung-dengung bunyi tali gitar bergeser-geser dengan bucu katil. Aku terkam dia dan cuba mencekik dia. Dadaku berdebar-debar bagai nak rak. Ternyata, aku bagaikan mendapat kekuatan yang ghaib. Housemate aku tu tak berdaya menahan cekikanku. Dia meronta-ronta. Tangan kirinya yang merewai-rewai tu, terkena kat muka, tepat ke hidungku. Rasa macam hidung aku nak patah. Pandanganku jadi kabur. Aku melepaskan cekikanku dan nak berundur ke belakang, tapi terjatuh dari katil.

Mamat tu pulak datang menyerangku. Dia capai bahagian batang gitar yang patah dan swing kat aku. Parrrr! Kena tepat kat muka aku. Berdamaa kejap. Tapi tangan kiriku memegang bahagian yang hinggap kat muka aku tu dan menyentapnya kuat. Mamat tu terhambur ke arahku dan jatuh di atasku. Tah camana, tangan kananku mencapai bahagian gitar yang satu lagi dan melilitkan tali gitar yang masih menyambungkan dua bahagian yang dah pecah tu di lehernya. Tali E kecik dah putus. Yang tinggal cuma tali E dan C yang tebal tu. Aku terikkan lagi lilitan di lehernya. Mamat tu meronta-ronta. Tangannya menggapai-gapai. Mulanya dia mencekik leherku. Tapi cekikan itu semakin lemah. Aku tarik lagi lilitan tali gitar tu. Siap aku lilit satu round lagi keliling lehernya. Mamat tu cuba nak menahan lilitanku. Matanya terbeliak. Dadaku berdebar. Dia meronta-ronta macam ayam kena sembelih. Lidahnya terjelir. Aku rasa macam puas hati. Kekuatan ghaib itu datang semula.

Tak sampai seminit, bekas housemate aku tu berhenti meronta-ronta. Dia dah mati agaknya. Aku melonggarkan tarikanku di lehernya. Aku menolak tubuhnya ke tepi. Aku tersandar di dinding keletihan.

Tah kenapa, aku keluar dari bilik tu dan pergi ke arah bilikku. Pandanganku jadi berpinar. Kepala aku berdamaa kepeningan. Ada darah dipipiku akibat kena batang gitar tadi. Aku tak dapat pikir benda lain selain nak berbaring atas katilku. Aku masuk bilik, tutup pintu. Mataku hanya terpandang katil. Aku terus menyampakkan diri di atas katil.

Sedang aku meniarap atas katil tu, aku rasa puas hati. Puas hati yang tenang. Punyalah tenang sampai aku biarkan rasa letih mengusai diriku. Aku mula terasa keletihan akibat apa yang dah berlaku ni. Mataku yang mamai, memandang-mandang ke sekeliling. Aku memandang ke meja study. Aku rasa nak tutup lampu, tapi tak larat. Aku blackout....


bersambung semula...(ambik napas jap)

7 comments:

[MiSs1904] said...

best3!! xsabar nk tnggu sambungan..~

Al said...

hahah
bersambung lg
xpe2 pikir baik2 dulu nk sambung ape

sorg mangsa da habes
mgkn ade mangsa lain lg ek..

Ka-Ching said...

dah macam citer hindustan adegan gaduh2 tu huh...neves ni hahahaha

Dark Half said...

pastu member dia yg mati terjerut tali gitar tu idup balik dan menjelma sebagai hantu.mamat ketayap jadi bertambah skizo akibat gangguan yg non-stop dan akhirnya dihantar ke hospital bahagia selama-lamanya

[MiSs1904] said...

oloh..takkan tu je smbungnnye..~

Ka-Ching said...

dark camne da mati idup balik jadi antu? ko jampi yer dark? haihh....haha

Irwan said...

kalau mati idup balik..maknanya orang tu dah sampai mahsyar dah tu...perghh...ada unsur ukhrowi la dalam sambungan kau...


Semuanya salah...citer ni takde la gempak camtu sangat...