Bila dah power skil tinggi-stop, turun-stop, melalui kaki dan kepala, kita ke stage yang seterusnya. Kita berlatih mengembungkan diri pula.
Si BU kena kembalikan dirinya ke keadaan asalnya. Dia kena kembali merasai bahawa dia sedang berbaring di atas lantai. Moderator kena bantu dengan mengingatkan BU jangan layan perasaan gempak main tinggi-stop dengan kaki tadi. Moderator kena fokus dalam mempercepatkan keadaan sebab banyak lagi stage nak kena master.
Semua step ni kena master untuk first timer. Bila dah pernah rasa, mesti dapat kuasai skil ni punya. So, next time masa anda berkristos, sekejap jer anda dah out of your body. Hehehehe.
Bila BU dah tenang, moderator kena bagitau BU untuk membayangkan tubuh BU berkembang, macam semakin mengembung. Perasaan mengembangkan diri ini agak lain sikit feelnya berbanding skill terbang tinggi rendah tadi. Skill mengembung ni menyuruh kita memfokus ke seluruh badan dan mengembangkannya serentak. BU kena bayangkan dia sedang mengembang dan memenuhi ruang dalam bilik tempat dia berbaring.
Kalau BU susah sikit nak tune masuk dalam skil mengembang ni, tu memang biasa. Dia akan ambik seminit dua. Tapi bila dah dapat, kadang-kadang feeling mengembang tu terus berkembang sehingga si BU jadi cemas. Sampai dia ter snap dan membuka matanya. Rilek. Kena kontrol pengembangan camana dia kontrol tinggi rendah tadi. Boleh. Senang jer. Kena fokus sikit. Moderator kena menenangkan BU sebab BU yang first timer akan cuak dengan feeling-feeling yang intense ini.
Bila BU dah master skil kembang kuncup, maka BU sudah bersedia. Kita bersedia untuk belajar skil seterusnya...hehe
bersambung...
4 comments:
mcm belon plak ek? agak2 meletop x kalau kn jarum?
takkk...
aku risau 1 jer...takut takbley kontrol mengembang. cam kata chummy, suddenly blast like a balloon..huhu..
interesting...x sabar nak tunggu sambungan
dia takkan burst. betulll cuba try...
Post a Comment