Thursday, January 13, 2011

Bagaimana nak menkristoskan diri 4

Ada kes BU gambarkan dirinya seekor alien...

Sekarang kita dah ada skil terbang, turun, dan mengembangkan badan. Benda ni penting sebab dalam dunia 'maya' sebentar nantik, selain berjalan, berlari, bertumbuk atau beromen, kita juga boleh terbang, masuk dalam dinding, berubah macam chameleon dan banyak lagi ikut kreativiti macam dalam cerita Matrix tu. Seriesss....Dah cuba lom? Korang tak cuber, tu sebab tak caya...

Kita kembali. By now, sepatutnya kita dah tinggal si BU dengan moderator saja. Tukang urut kaki dan dahi dah berenti selepas BU master skil terbang ikut kepala dan kaki tadi. Jadi, tinggal moderator dan BU. Moderator bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan BU dan membawa fokus BU kepada topik pengembaraan. BU pulak kena sentiasa bagitau apa yang dia rasa/nampak sepanjang pengembaraannya di alam sana...

OK. Mulamula, BU kena bayangkan dia berdiri memandang kepada sebuah pintu. Apa-saja jenis pintu. Pintu bilik, pintu sliding, pintu. BU kena bayangkan ada sebuah pintu di depannya.

Bu kena describe apa yang dia nampak. Pada mulanya, imaginasi pintu itu tak berapa jelas. BU cakap apa yang dia nampak, moderator tanya lagi details benda yang dilihat oleh BU itu. Macam kat bawah ni:

Moderator : dah dapat sebuah pintu?

BU : Ye. Pintu bilik aku pandang dari dalam bilik. Dah berabuk dah poster Cypress Hill kat belakang pintu, tu. Eh? Seluar corduroy aku! Kat situ rupanya!

Moderator :
Fokus pada pintuuu! Nampak tombol pintu?
BU : Ye. Bulat berkilat warna chrome. Kunci tak lock. Lubang lock tu cam dah rosak sikit, tapi ok lagi. Spring ajer longgar.

Moderator :
Apa warna daun pintu?
BU : Warna biru laut. Ada kesan lubang paku tempat aku cuba nak taruk hanger dulu. Ada jugak kesan stiker-stiker jajan dan tag tanda harga yang aku lekatkan. Ada jugak kesan taik idung yang dah keras.  Edge pintu yang belah belakang macam dah reput. Warna biru dia dah loose.

Moderator :
Cuba dekati pintu tu
BU : OK dah
Moderator : Cuba pegang tombol tu.
BU : OK...Dah
Moderator : Kau nampak tangan kau? Kau rasa tak kau memegang tombol pintu itu?
BU : Ye. Sejuk tombol pintu ni terasa.
Moderator : Baiklah. Pandang ke depan. Buka pintu itu.
BU : Waaahhhhh....
Moderator : Apa yang kau nampak?
BU : Tak nampak apa-apa....
Moderator : Sekarang kau...

bersambung....

4 comments:

± said...

rajin btol kau mencalit taik idung kat daun pintu XD

Irwan said...

itu lawak jer dark (sambil mengcover lubang hidung)

± said...

tauu..saje je. aku tertarik gaya penceritaan ko tu...memang detail lah BU kena explain

Irwan said...

kena detail..kalau tak orang yang try benda ni this weekend akan merewang...