Monday, January 31, 2011

Bektuderfiucer yang skizo


Orang nampak aku macam orang tua tak sedar diri. Aku bukan artis. Aku bukan pelukis, puitis, penyajak, penyair atau penulis blog sekalipun. Aku hidup bukan kerna nama. Duludulu aku masih tercari-cari. Sedemikian lamanya aku telah temui. Dan sebelum aku tinggalkan dunia remaja dan masuk ke alam dewasa, aku nak tinggalkan beberapa pesanan kepada aku sendiri jika aku terbaca balik benda ni satu hari nantik.

Aku nak pesan pada diri aku agar menjaga kehormatan diri dan hiduplah dengan ada jati diri dan pegangan yang sejati. Janganlah hidup dalam kepura-puraan demi sesuap nasi, atau demi harap akan dibalas di kemudian hari. Aku berpesan kepada aku agar sentiasa ingat siapa aku sebenarnya, sapa mak bapak aku dan kat mana aku berada. Aku kena lempang mukaku sendiri kalau aku masih tertanya-tanya tentang apa benda yang aku cakapkan ini.

Aku nak pesan pada diri aku agar menjaga dengan baik keluarga yang Dia amanahkan padaku itu. Itulah simboliknya harapan yang aku dok kejarkan sejak dari kecil, jadi janganlah hancurkan dek kealpaan atau kelemahan diri yang suka menurut nafsu dan baran. Aku berpesan kepada kau wahai diriku agar mencubit pipimu dan berkata hei aku: kau bukanlah bermimpi!

Aku nak berpesan pada diriku agar menjaga dengan serius aan jasmaniku yang semakin mereput. Bahkan tatkala mesej dalam botol ini ditulis pun, keadaan fizikal kau amatlah tidak mengizinkan. Kau ajer yang pura-pura cakap kau OK sedangkan kau tau kau tak OK. Berapa lama dah kau tak makan ubat? Kau nak mampos ke apa?

Dan last sekali aku nak berpesan pada aku sendiri agar terus kekal dalam melakukana apa yang aku percaya. Hidup ini kosong jika tiada integriti atau perjuangan, maka perjuangkanlah dengan sepenuh jiwa dan kudrat. Tapi always work smart. Work hard when necessary.

Sebagai penutup, aku harap masa kau membaca pesanan ni satu hari nantik, keadaan kau adalah berjuta kali lebih baik dari keadaan kau sekarang ini sebab kalau tidak, maka, aku rasa masa tu tentu kau tak dapat nak baca benda ni kat sini langsung pun, punya. Ye tak?


2 comments:

Dark Half said...

best jugak buat cam time capsule.pastu tanam kat pokok pisang belakang umah

Irwan said...

aku saiko siot. Aku post entry beftudefiucer. Pastu supernatural pun cam ada unsur bektudefiucer.

aku bektudefiucer la.

cuba korang taip bektudefiucer lelaju. cool woooh