Tuesday, February 1, 2011

Matnor yang Skizo





"Orang tak paham aku camner, Wan. Aku tak kesah dorang nak cakap aper" kata Matnor sambil mengesat hidungnya. Dia duduk kat belakang sebab anak aku duduk kat depan. kami dalam perjalanan nak ke Family Store nak beli diapers anak masing-masing.


"Aku umur 16 dah kawen" mula Matnor. Aku melirik padanya melalui cermin pandang belakang.


"By umur aku 17 aku dah ada sorang anak" sambung Matnor sambil memandang keluar kereta. Terpaksa berenti sebab traffic light warna merah. Suasana lembab sebab hujan. Dah dua hari dah dok hujan.


"Dah dua hari dah dok hujaaannn jer ni" kataku. Aku membetulkan kedudukan anakku sebab keta dah mula nak jalan.


"A'ah. Camni jelah dua harini. Aku takde trenspot ni sesah nak beli barang. Duit kan buleh pegang lelamer. Kang dia tinggal sen-sen jer kang. Her-her-her..." lawak dan gelak dari Matnor. Aku turut melisankan ketawaku.


"Owhhh. Anak kau yang sulung tu yang nak masuk MTD tu?" tanyaku.
"A'ah. Alhamdulillah lah Wan. Ado gak yang menjadi eh" kata Matnor sambil buat isyarat syukur dengan tangannya.


"Mak kau sihat?" tanyaku lebih dalam.
"Sehat. Dier duduk nia haaa kat taman dekat ni jerrr" jawab Matnor sambil menunjukkan simpang yang baru kami lewati.


"Ayah kau?" tanyaku lagi.
"Aku taknah tengok camner ruper ayah aku, Wan. AKu taknak tengok. Adik kedua aku tengok. Aku taknak jumper" jawab Matnor seraya menarik muka hanginnya. Kali terakhir aku tengok dia muka hangin camni masa runner budak kilang bearing nilai cakap tak jadi datang sebab berat sangat dah kena pump dengan tokey.


"Lek la mattt" kataku cuba mencuit luka yang lama.
"Aku pun dah tak kisah dah Wan. Dah camni cerita aku. Orang tak paham, jauhkan diri dari aku. Orang tengok aku kaki mabuk, perut buncit. Mata merah isap ganja. Aku ada anak bini Wan. Aku orang baik. Kau pun kenal aku camner, kan?" rungut Matnor dalam nada yang sungguh menyayat hati aku. Aku mengusap anak sulungku di tepi. Sayang, anakku sayang...

Memang betul. Matnor ialah mamat Melayu yang paling boleh pakai yang pernah aku jumpa. Dia tau segala shortcut dalam Seremban ni. Dia kenal segala network dalam pasaran hiburan dari untuk kaki pancing hingga ke sabung ayam. Dari jual tebu sampailah jual tanah. Dia juga punctual dan detail. Cuma dia ni dipandang serong sebab dia pernah buat silap masa dia remaja: ditangkap khalwat.

Namun padaku aku melihat apa yang berlaku padanya telah mengehadkan keganasan yang mungkin berlaku sekiranya Matnor TIDAK berkahwin. Syukur juga sebab Matnor seorang yang bertanggungjawab dan sefaktab manapun dia, dia tetap tak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.


"Kau ngan bini baru kau ni camner?" tanyaku lagi.
"Dia OK. Dah ader anak dah sorang. Kau dah tengok gambar, kan?" tanya MAtnor bangga. Aku dah tengok gambar tu. Comel. Baby tu ikut idung Matnor yang mancung tapi lubang idung cam obvious sikit. Cam watak pokemon pun ader jugak aku tengok. Ishh. Tak baik.


"Aku ngan mak aku jer cam tak berapa nak buleh masuk sangat. Dia cam line-line jaga reputasi sikit. Maklumlah. Laki baru dia" kata Matnor cam dah biaser.


"Aku pun dah biasa bawak family aku dari muda, Wan. Dah takde bender dah" kata Matnor mula mengerek cam biasa.


"Aku tengok pun sekang kau dah slow" kataku melayan.
"Mano tak slow, eh? Poghot dah mombuyong haa. Dok minaammmm yo kojo eh" lawak negoghi dari Matnor.

Kami ketawa dalam keta.

2 comments:

± said...

sesuatu kejadian faktab yg terjadi pd kita tentu ada hikmahnya

jobo=poyo
chembeng=cepat nangis
minam=??

ape weyy?

Irwan said...

kiut la kau ni dark...

minam = minum



cerita matnor ni cerita paling sedih dan paling real aku pernah dokumentarikan...

watch out for the continuation...