Thursday, January 27, 2011

Kenalan yang skizo


Selalunya kita tersedar kita beruntung masa kita tengah cam sial. Kita terasa betapa nikmatya berlidah bila kita ada ulser kat kelilingnya. Atau rasa best giler duduk Malaysia masa tengah kena tahan kat kastam Amerika. Sebab tatkala ini, aku-rasa-apa-yang-aku-cuba-nak-kau-rasakan itu, dan aku rasa macam tu terhadap kau.

Aku baru tersedar betapa bertuahnya aku mengenali manusia macam kau kerana tanpa orang macam kau, aku takkan menghargai sebuah kebaikan, nilai kesopanan atau keberadaban. Aku lebih menghayati erti akan sebuah kewarganegaraan dan kemelayuan yang jitu pun asbab berkenalan dan bergaul dengan kau. Aku tak pernah jumpa satu contoh buruk yang perdana seperti kau. Kau memang di kelas engkau tersendiri.

Dan yang menambahkan lagi kekagumanku pada saat ini ialah akan kedegilanmu untuk kekal meneruskan kebodohan mu walaupun kau tahu apakah apa sebenarnya yang dah berlaku serta orang semua dah tahap tak kisah dengan kecibaianmu. Kau tetap nak menyibai lagi dengan merembat bembarang orang dan kasi bungkus semua orang punya laptop dan henfon sekali dengan carjer. Ashtray Abu pun kau tapau.

Puas aku menafikan dakwaan housemate kita yang lain pasal siapa kau sebenarnya. Kerana padaku kau berhak mendapat 70 kali prasangka baik sebab kau seorang muslim. Siap dah bertepek kat atas batang hidung aku pun aku selalu buat dekk jer. Tah kenapa. Dengan orang cam kau ni aku terasa kejap ajer. Lepas tu aku cam takleh hidup lak tanpa mengambik tahu pasal kau.

Mungkin sebabnya seperti yang aku katakan tadilah. Kengkadang aku perlukan orang cam kau untuk sedar betapa beruntungnya untuk berada dalam hidup rutin harian yang membosankan seperti hidup aku ini.

3 comments:

. said...

dia ada masalah kewangan kot..
huhu

± said...

bagusnya kau kerana belom membunuh kenalan tersebut

Irwan said...

ni sumer ubermench punya angkara...kikiki