Thursday, January 27, 2011

Kem yang skizo by TukangKomen


Ini contribution dari 'ubermench' gua. A very personal and recent one...

Aku heran. Selalu dia tak camni. Dia yang aku tau bukan camni. Lagipun, tulisan dia di blog adalah setiap hari. Dan dia kata dia update dari CC. Mesti dia ada duit nak bayar hutang aku...

Bukan aku perlu sangat pun duit tu. Tapi aku cuma harap agar setiap kali aku menalipon tu, angkatlah. Janganlah biarkan aku pulak yang skizo. Memanglah aku talipon nak tanya pasal apa plan kau dengan hutang kau pada aku, itu ajer. Kau pun tau aku takleh nak desak kau sangat sebab aku yang bodoh gi pinjamkan duit kat kau apasal? Aku takleh lah nak terasa lebihlebih pasal tu dan menyampakkan silaturrahim serta segala kenangan manis kita bersama sewaktu di U dulu semata-mata ketidak beringgita-an mu? Mungkin harini hari kau. Aku sudah pastinya takmau esok itu adalah hari aku pulak...

Apa-apahel pun, aku doakan agar Allah selesaikan segala masalah kau dan mencurahkan limpah rahmat serta rezeki dunia akhirat kepada kita semua dan semoga itu semua menambahkan lagi takwa kita pada Nya.

Selagi kau bernyawa, aku harap kau bayar ler. Tapi bila kita semua dah mati nanti, aku HALALkan ajer.

yang benar,
014-tekan-tekan-tak-hangkat






ruangan henfon ditutup. tak puas hati jangan call. sms jer. nantik aku post.
out

1 comment:

Dark Half said...

gua jugak berharap akan ada ubermench seperti lu. kahkahkah
mesej2 yg subliminal camni la yg aku lemah ni. arghhh!