Saturday, February 12, 2011

Akuskizo yang risau.

Blog ni kureng sambutannya. Dari sudut trafik lantas terus ke sudut earning. Adakah temanya kurang sesuai? adakah ia masih belum dapat diterima lagi oleh tahap pemikiran masyarakat Malaysia? Adakah ia memang takkan dapat diterima langsung sampai bilabila? Aku jadi skizo bila entry-entry panjangku takder komen.

Kalau dapat komen pun bila dah hujung minggu. Masa aku tak ber online. Kalau ber online pun, biasanya aku dah tak minat nak bincang topik yang aku postkan pada hari Rabu haritu. Sebab biasanya internet hujung minggu aku adalah free dan aku utilizekan sampai tak tidor 2-3 hari. Biasanya aku jadi mangsa FB. Lepas tu masuk wad sebab paranoid.

Mungkin juga kerana trafik ke blog aku ni sikit? Mungkin sebab sekarang aku banyak menyibuk di blog orang, jadi takde masa nak tumpu ke blog akuskizo ni. Namun, even setelah aku buat 2 entry heavy duty untuk minggu ini pun, trafik masih tak memberansangkan. Antara sebab yang aku nampak ialah:


1) Entry terlalu panjang sampai takut orang nak baca.

Aku cakap kat korang, apa yang korang boleh buat ialah korang zoom in zoom outkan browser bagi tulisan dan blog nampak ceria kat mata. Tengok the big picture. Scroll atas sampai bawah tengok setiap entry. Kau akan nampak ada tulisan besar dan bold sikit dan cuba baca tulisan tu ajer. Hahaha.

2) Takde info, fictious dan tahapahapa

Cerita dan info dalam akuskizo adalah fiksyen. Takde kene mengene antara satu samalain atau sesapa yang lain. Takde pengajaran yang berfaedah dan lebih kepada nak memporakperandakan ummah. Kami adalah kuasa yang ditakuti itu. Kamilah musuh itu! Huargghhh!!! Sila 'like' kami di FB dan follow blog kami di BOTS maxis. Hahaha.

 

3) Aku dah berkurun tak blogwalk marathon. 
Selalunya aku link arahkan trafik ke pbp atau tukang komen ajer. Trafik blog ni pun hasil derma dari blog DarkHalf, Al, Cik Chirpy, dan geng-geng kelas 1 Mawar tu lah...hehehe. Lagipun, bila aku online, aku lebih ke FB sekarang. Wa dah sakit,la weyhh. Update blog pun main autopost. Yang jawab komen korang tu pun sebenar auto reply bots. Giler ah.. Tweet, tumblr, flickr jer sekarang...

4) Aku taknak tulis pepanjang lagi. Bukan ada orang baca, pun...


Wait! Tapi bila aku tengok recent visitor map, blog ni lebih broad pembacanya. Gambar titik-titik pembaca tu lebih luas taburannya berbanding pbp atau tukang komen yang betul2 attack kat malaysia. Ohhhh...I see...

Now I know..

I know what I have to do...
I will give-in to DarkHalf's recomendation, now...




gggg

2 comments:

± said...

hahh? rekomen apa pulak ni?
aku rasa kau kena slow down sikit la..tau la idea kau mencanak2

aku tgk geng yg btol2 BACA blog orang adalah minoriti tapi diorang tetap baca smpai habis. kau perlu menyibukkan diri kat tempat diorang kalau kau nak ada yg amik pot apa yg di publish kat sini

there's nothing wrong with the entry

Irwan said...

kau rekomen aku supaya buat entry pakai BI...

Aku try pakai BI dulu sebelum menyemak kat tempat orang...