Friday, February 11, 2011

Ayam hutan yang skizo

Sedang aku tertunduk-tunduk mengendap diorang, bahu aku di tap dari belakang.

"Hoi! Buat apa, ni?!"
kata suara dari belakang. Kelihatan hewan yang aku dok endap dari tadi bertempiaran melarikan diri. Nak ajer aku halakan laras senapang ni kat sapa yang kuang ajar kat belakang ni. Aku merendahkan muncung senapang dan berpaling.

"Amender, kau ni? Aku baru nak squeeze.."
kataku sambil buat aksi jari nak menarik picu senapang.

"Kau takleh sembarang main tembak jer apa yang bergerak. Kita masuk utan tadi nak tembak apa?"
tanya member aku.

"Ayam utan"
kataku.
"Yang kau nak tembak tadi, apa?"
tanyanya.
"Babi" jawabku pula.
"Kan lain tu?" teguhnya.
"Takleh ker?" tanyaku lagi.


"Kau dah lari niat. Takut pape jadi"
katanya sambil mengisyaratkanku mengikutnya.
"So, kita kena stick to the plan jer la? Kalau datang nak ambik gambar, takleh ambik pucuk kayu manis?"
lawakku. Aku mengelakkan pucuk senduduk yang merintangi jalanku. Member aku jalan beberapa langkah di depan.

"Lebih kurang laa"
jawabnya pendek. Dia membelok ke kanan mengelakkan pokok sebesar pemeluk yang tegak ditengah jalan kecik ni. Kelihatan lumpur kering terlekat di batangnya. Digaru kerbau agaknya.

"Kat sini kau jumpa sarang dia aritu, kan? Belah mana?"
tanyanya sambil melihat ke kiri dan ke kanan. Aku angkat senapang dan menunjukkan arah ke kanan dengan muncung senapang tu. Dia cepat-cepat menahan laras itu dari naik.

"Dalam utan takleh tunjuk jalan pakai senjata"
katanya. Aku merendahkan senjataku. Banyak, tips yang dia ni tau ni...

"Apsal?"
tanyaku.
"Nantik kena serang dek lebah!"
jawabnya pendek. Dia terus ke arah celah semak yang kanan dan menyelak-nyelak hujung semak yang merentang lorong itu. Aku mengikutnya sambil ushar-ushar bahagian atas takut ada ular lidi. Aku geli sikit ngan ular, ni...

"Syy-Syy"
katanya sambil angkar penumbuk amcam dalam citer askar. Dia menyangkung. AKu pun ikut nyangkung sekali. Dia tunjuk ke satu arah. Aku nampak. Di kejauhan kelihatan dua ekor ayam liar sedang terkais-kais di pangkal pokok jambu hutan. Aku terus ambik position dan aim. Apa plannya ni? Kalau sekor, tembak. Kalau dua ekor, sapa tembak yang mana?

"Kau ambik yang hijau, aku ambik yang balung merah"
kata member yang pun dah ready nak fire. Aku membidik ke arah yang berbalung hijau. Penglihatan sekeliling ku jadi gelap. Aku tunnel vision dan apa yang kelihatan cumalah hujung laras senapang, conet kat hujung senapang tu, dan ayam hutan nun di kejauhan. Aku sedia meletakkan jari di picu.

"On three. One..."
kata memberku seakan berbisik.
"..two...." Aku mengemaskan picitanku ke atas picu.
"..three..."

PRANGG!


bunyi senapang meletup hampir serentak. kelihatan seekor dah lari. Tak kena, ke? Yang merah terus ter sommersault ke belakang dan terkujur. Kami meluru ke tempat kejadian dengan aku terus mengejar si hijau...

3 comments:

Niz said...

eh? habis dah?
lagi?

Dark Half said...

banyak jugak ye pantang larang memburu..kena ada adab. patut la byk kes tertembak member sendiri yg disangka babi hutan

Irwan said...

tu lah pasal...inilah motivasi entry ini..

jangan sangka kita dah masuk hutan pastu bley buat sesuka hati cam kita gi KLCC atau TErminal one.

Ini penting sebab kalau Malaysia ada rusuhan cam Mesir, kena tau adab ni kalau nak lari ke dalam hutan...hihihi