Salam. Nama saya Atan. Saya ni sedara Abu. Apsal semua orang dok agungkan Abu? Ada apa dengan Abu? Siapa Abu? Siapa yang nak tahu?
Harini saya nak bercerita tentang anda. Ya! Anda.
Anda yang sedang membaca entry ini. Anda yang sedang tahapahapantah dibuatnya dalam blogosphere ini, mencari sesuatu untuk diberikan erti, yang dah baca perenggan ni, sampai ke sini. Tahukah anda bahawa anda sedang melakukan perubahan dalam hidup anda, pada saat ini? Ya! Anda sedang berubah!
Anda bukanlah orang yang sama dengan anda yang semalam. Anda pada hari ini adalah anda yang baru! Kenapa? Ye! Kerana anda sedang membaca ayat-ayat ini.
Anda sedang berubah dari satu perkataan ke perkataan yang lain. Anda sedang berubah dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Tahukah anda apa yang anda sedang lakukan? Ye! Anda sedang membaca!
Dan bukankah MEMBACA itu amalan MULIA? Maka ANDA IALAH SEORANG Yang MULIA! Kenapa? Kenapa anda seorang yang mulia? Kerana anda dah baca sampai di sini. Anda patut berpuas hati. Dah 200 lebih perkataan yang anda dah baca. Dan apa yang anda dapat? Ye! Apa yang anda dapat dari perubahan-perubahan dalam kemuliaan ini?
Ye!
Ye!
(Atan ada sawan babi. Interview terpaksa dihentikan untuk mengejutkan Atan semula.)
Ehhem!
Kat mana kita tadi?
Ye!
Anda patut berpuashati dengan diri anda sendiri kerana anda seorang yang penyabar dan baik hati. Anda adalah seorang pembaca yang unggul kerana cuba memahami entry ini sampai membaca nya hingga ke hujung sebegini. Anda tak rasa begitu? Adakah anda tak rasa berpuashati dengan diri anda sendiri? Adakah anda rasa tak paus hati dengan saya?
Ye!
Ye!
(Atan sawan sekali lagi. Kami dah malas dah)
No comments:
Post a Comment