Tuesday, February 8, 2011

Perkara Yang Budak lepas SPM kena tau.


"orang baru masuk pompaif, dia dah cerita pasal lepas SPM plakkss"


Yeayyy...SPM dah lepas. Result tak kuar lagi tapi itu perkara kedua. Yang pertama sekarang ni ialah, kita dah bebas. Kita dah boleh cari kerja, kita dah boleh lepaklepak dan balik malam. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang bebudak lepas SPM kena tau demi mengoptimakan keseronokan masa alam selepas SPM ni.


1) Jaga hati mak bapak

Korang kalau nak membuta lewat malam pun, jangan buat bising. Bila dok rumah atau nak keluar, pakailah pakaian yang elok-elok. Dan bila pepagi tu, bangunlah awal sikit (walaupun akan sambung tido pada pukul 11 nantik). Ni semua basic. Lepas tu korang kena sentiasa uptodate dengan apa yang sedang mak bapak korang sedang usahakan. Macam bapak kita kalau dia tengah sibuk nak betulkan gate depan ke. Atau mak yang sibuk dengan railing langsir bilik depan yang tak berbetulkan lagi sejak 1998. Kasi setel benda-benda yang floating dalam hidup mereka dan korang tengok camana layanan diorang terhadap korang pulak lepas ni. Sebab kalau korang nak mak bapak korang sporting, korang kena sporting dengan diorang dulu. Sebab diorang King dan Queen. Dan diorang yang beli dan masak makanan kita selama ini dan untuk beberapa bulan lagi ni...


2) Sentiasa uptodate dengan keadaan kengkawan.
Mesti ambik tau apa yang kengkawan kita tengah buat. Ada yang apply U. Ada yang nak masuk Poli. Ramai jugak yang ambik kursus itu ini atau pergi kerja kat McD atau AnW. Dapatlak kengkawan yang makbapak kita kenal. Sebabnya adalah semua kengkawan kita ni akan menjadi kayu pengukur kepada mak bapak kita dalam mengerahkan tenaga kita setelah mereka fedap dengan muka kita nantik. Jadi kita kenalah sediakan sesuatu sebagai alasan yang menunjukkan bahawa kita sedang on top of the situation dan situasi kita adalah lebih superior dari keadaan kengkawan kita tadi. Tapi kita kena betul-betulla superior. Jangan cakappp jer lebih, habuknya tarak.


3) Pastikan dah ada plan, sebelum nak huha.
Sebelum nak terlibat dalam tour ke semua rumah kawan di seluruh Malaysia atau buat band atau apa saja yang memerlukan komitmen yang tinggi, kita kena sediakan dulu pelan rancangan kita untuk alam selepas SPM kita ni nantik. UNtuk orang yang nak sambung belajar, OKlah. Senang. Tapi untuk mereka yang dah fedap dengan buku dan guru, korang kena ada rancangan tentang apa yang korang nak buat selepas ini. Nak keja ke. Nak ambik kursus ke. Nak bisnes ke. Mesti kenalpasti step atau langkah yang korang kena buat dalam mencapai plan itu. Contoh macam kalau nak bukak bisnes kedai burger:

a) Buat stall disamping cari tempat yang stratejik
b) kaji kelojikan market vs harga kos yang kena diurus
c) marketing plan
d) jadual bukak kedai.

Plan yang terbaik ialah plan yang terperinci setiap stepnya. Sebab nantik masa kita nak MELAKUKAN step tu, mudah kita nak ingat apa titik butirnya. Bila dah ada plan ni, simpan baik-baik dan barulah boleh enjoy dengan sebenar-benarnya. Kalau takde plan, nantik enjoy tu tak lepas. Ada jer benda yang tak kena. Lepak air terjun tapi pikir apa nak buat lepas ni. Amender? Buang masa weyhhh..



4) Cari duit sendiri
Kalau nakkan kebebasan yang sebenar, carilah duit. Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit. Bila ada duit, kita boleh enjoy. Bila ada duit, kita boleh senyapkan sikit dengang-dengung yang kedengaran dari mak bapak kita. Bila ada duit juga, kita boleh dapat awek atau sekurang-kurangnya melepak di tempat-tempat yang terdapat awek.

Nak cari duit, kenalah kerja. Ada macam-macam kerja kat luar sana. Aku suka jadi trader. Kenalpasti satu produk yang korang percaya (yang takde expiry date kalau boleh) dan pasarkan. Macam majalah, baju atau apa saja. Triknya dalam jadi trader ialah jangan simpan inventori besar-besar. Nantik pening.

Nak lagi senang, pergi kerja fastfood.


5) Sentiasa asah minda
Ini penting kepada mereka yang nak sambung belajar. Otak kita ni, kalau dalam 3 hari tak diasah, dia akan mula tumpul. Contohnya ialah seorang welder, kalau dia tak welding selama 3 hari, pada hari keempat masa dia nak mula welding balik, dia kena ambik masa sikit nak cari tune. Mata pun silap-silap boleh pedih balik macam mula-mula dulu. Orang yang nak sambung belajar lagi la. Janjang beritma tu kalau tak prektis buleh lupa. Jika A maka B kalau tak di usik pun akan jadi oh-tidak.

Satu cara lagi nak asah minda ialah dengan membaca suratkabar atau majalah. Uptodate dengan perkembangan semasa. Paling best ialah uptodate dengan perkembangan bolasepak dan sukan. Kalau kat kampung, kami kena uptodate dengan politik dan artis. Pointnya di sini ialah menjadi seorang yang uptodate. Bukan update FB.


6) Cari kawan baru
Kengkawan lama kena jaga. Kena sentiasa tulis sesuatu dalam wall mereka. Tapi kita kena juga luangkan masa dengan mencari kawan baru. Mungkin kengkawan yang layan jenis muzik yang sama. Atau suka team bolasepak yang sama. Atau yang uska pada Rozita Che Wan yang sama. Tak kisah. Carilah sebab nak mengeal dan memahami orang lain. Sebab dunia zaman sekarang, kita takleh dah nak dok sensorang dalam pulau kita ajer. Kita kena kenal mengenal dan bertegur sapa.

Tapi jangan sibuk dalam hal yang bukan hal kita atau kenal orang dengan terlalu dalam. Sebab dalam hal perhubungan di akhir zaman ni, tak kenal maka tak benci so keep a safe distance...Terutamanya bila berkenalan dengan orang yang dari lain jantina.

Digalakkan juga menambahkan bilangan kawan dari pelbagai bangsa. Kengkadang lepak sekali dengan diorang dan join aktiviti diorang. Macam main bola keranjang atau melepak sekali dengan macha di kepala simpang (setiap petang Sabtu diorang suka mabuk kat tempat ni)


7) Tambahkan skill kemahiran hidup.
Antara skil yang perlu ada untuk seorang lepasan SPM adalah:

a) Tau memasak dan buat satu jenis kueh.
Ini penting demi menempuh alam bekerja nantik. Paling basic tau masak cekodok. Korang kata cekodok tu senang? Cuba korang beli tepung cekodok tu dan masak satu round, aku nak tengok? Kejap saiz macam keruping pisang goreng. Yang besar pulak, tengahnya pulak tak masak. Yang masak pulak, kalau tak hangus, keras macam batuan laterit.

b) Tau basuh dan lipat kain
Kita cakap pasal basuh kain cara manual. setakat lompap semua dalam mesin basuh, anak aku pun tau. Lepas basuh, kena tau cara menyidai sebab salah cara menyidai, baju akan cepat lusuh dan berbau hapak. Nak kena sembur Fabreeze pulak. Dah angkat, kena lah tau melipat dan menyusunnya elok-elok. Kalau tak kang tak tau mana satu dah basuh, mana satu belum basuh. Korang gelakkan aku pasal tips ni? Aku pun gelakkan gak tapi bila aku tengok ramai kengkawan PHD aku ada masalah ni, aku mula rasa risau dengan nasib Malaysia...

c) Ambik lesen kenderaan
Tak kiralah lesen keta atau motor. Lagi baik kalau ada lesen GDL (kalau layak) sebab boleh buat duit.

d) Skil bermasyarakat
Skil ni boleh diasah dengan memperbanyakkan join ceramah dan kenduri kendara. Bila kat majlis kawin, janganlah asyik nak jadi tetamu kehormat ajer. Sekali-sekala, turunlah padang dengan jadi tukang basuh pinggan atau tukang clear meja.
Skil ni kena istiqomah. Bukan buat sekali lepas tu renew ajer macam lesen keta. Kena buat. Dapatlak bila terima jemputan KHAS dari kengkawan yang kantoi lepas SPM ni...


8) Sentiasa ada satu beg galas yang berisi kain baju dan perkara penting
Benda ni amatlah mustahak kepada anak-anak derhaka atau yang kantoi tak jaga semua yang di atas. Manalah tau silap haribulan kena halau pulak. Bila ada benda ni, senang. Bapak tiri halau je kang, kita masuk bilik, ambik beg dan tidur rumah kawan dua tiga hari. Mesti mak kita goyang dan bapak tiri kita jadi villain. Lepas ni dia akan pikir dua tiga kali nak halau kita. Hehehe


9) Kena ada rumah member tempat kita crash landing.
Maklumlah, kengkadang overdose pulak enjoy malam-malam. Kalau balik rumah kang, kena bambu, jadi kita crash kat rumah kengkawan dulu. Nak pendek kan cerita, kita carilah kengkawan yang mak bapak kta caya. Dan member kita tu pun dah paham dengan perangai kita. Kalau balik lambat, dan taknak balik, bolehlah lepak umah dia dan pagi nantik baru balik. Bila parents tanya, kita petiklah nama kawan yang mulia tadi. Paling kuatpun mak bapak kita tanya dua tiga das lagi lepas tu dia pun puas hati. Dapatlak alasan kita kukuh macam study atau belajar forex atau main MLM. Padahal malam tadi pergi join Seekers buat filming kat rumah hantu....


10) Kena ada kepakaran.
Masa lepas SPM nilah kita nak buat benda yang kita nak buat yang kita dok tangguhkan sejak lepas UPSR dulu. Katakan kita suka melukis, masa nilah kita asah bakat melukis tu. Kalau kita suka menulis, kita buatlah blog. Paling cikaipun kalau kita ni mat rempit, kita kenalah tau serba sedikit pasal motor dan sproket. Tak kisahlah. Kita kena ada sekurang-kurangnya satu skil. Benda ni tak jadi masalah kepada mereka yang tak belajar tinggi...

Yang belajar pandai, jangan harap kat CGPA atau sijil awak tu ajer. Kena tambah lagi skil supaya takdelah kita ni sekadar mangkuk yang tak reti betulkan mesin basuh walaupun ada degree dalam elektrik/eletronik. Tambah lagi skil macam skil bahasa lain, atau menaip atau menembak ke. Apa-apa je lah. Tambahlah kelebihan diri sendiri selain sekadar cakap, makan, berak dan meyepahkan plastik pembungkus jer pandai...


11) Eh? Dah seblas? Banyak lagi ni...
Sebab artikel ni dah panjang sangat, aku berenti takat ni dulu, Sesapa yang nak cari idea lagi apa nak buat lepas SPM, korang bolehlah emailkan serba sedikit background korang kepada aku dan aku akan cuba bagi solusi sebaik yang boleh.

Bila aku ada masa, laaaa...Ok? Challo!

12) Beli, baca dan cerita pasal zine schizophrenic

7 comments:

Al said...

nmpaknya xde bebudak lps spm bace blog ni...

Irwan said...

takper..nantik aku BW kan entry kat blog budak SPM...

sampah said...

kenapalah kau tak tulis entry ni masa tahun 2002? kalo tak takdelah aku jadi sampah sekarang ni.

Irwan said...

kau sampah yang boleh recycle ke, idak? kalau tak bley recycle, aku akan buat satu entry untuk golongan sampah masyarakat macam kau...tunggu...


semua orang ada peranan masing-masing. Even the pigs!

sampah said...

ok aku tunggu.

ingat. aku tunggu.

diode s said...

berguna nihh berguna nihh

Unknown said...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Satu perkongsian menarik tentang panduang untuk pelajar habis SPM. Jemput juga ke blog saya JY Write tentang 5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM

JY Write