Friday, April 8, 2011

Akulah budak tu



Akulah budak itu
Budak kampung yang bagi surat padamu
Yang melambai-lambai masa kau melintas di depanku
Yang bodyguard kau tolak masa aku nak salam denganmu.

Akulah budak itu
Yang kau keronyokkan suratnya.
Surat mintak bantuan.
Surat yang dah 6 kali hantar,
4 kali kena rejek,
Sekali kena ketawa,
Dan yang sampai katkau ni pula,
Dah berkeronyok di bawah meja.

Akulah budak itu
Budak yang tak berguna tu.
Pandai mengayat tapi malas cari kerja
Belajar tinggi tapi nak makan pun nak bersuap juga
Cakap berguruh berdentam dentum
Tapi sampai sekarang hujan
Tak turun-turun juga.

Akulah bUdak itu
Alah, kau bukan taktau
Macamacam style orang zaman sekarang,
Kau sendiri pun apa kurang,
Kaki belit, rolling temberang
Cuma kau skala besar,
Aku lebih kecil dari skala,
Dan aku kacaukau ni pun,
Sekali sekala juga

Akulah budak itu
Bakal menantumu

2 comments:

nurkaloi said...

wahhh ahaha

ku bukan budak itu

Unknown said...

Ni sajak dari KJ kepada PM dulu ni...