Aku mengerenyekkan mataku. Terasa keningku bercantum dengan lipatan di hidung. Bukan bahang mentari yang dah meninggi yang mengganggu tidurku. Bukan laungan ibu yang sambil mengetuk pintu, mengungkit-ngungkit akan jasanya mengandungkan aku. Badmood agaknya.
Aku terjaga kerana desakan ketidakbekerjaan itu semakin terasa. Ye. Aku baru lepas SPM. Dan ye. Aku dah apply nak masuk U. Besar kemungkinannya dapat sebab result aku cemerlang. Dan aku ingat, sementara nak sambung belajar ni, aku nak buat apa yang aku nak buat. Bangun lambat, contohnya. Tapi takbley.
Aku terjun dari katil dan terus ke depan pintu. Maklumlah. Hati mak kena jaga. Dia yang masak makanan kita. Kita saja buat-buat bising masa nak bukak pintu bilik.
Mak berpaling sebaik saja melihatku dah bangun. Tapi mesin gan masih beroperasi. Aku download senyap-senyap pesanan dan arahan dari mak yang turun bertalu-talu bagaikan tweet masuk ke henpon yang baru dionkan.
.
.
.
Motor abah dihidupkan.
Aku memulakan perjalanan.
2 comments:
heheheh....budak lpas spm memg kene keje
kalau tak keje, akan dikejekan
Post a Comment