Rindu. Satu perkataan yang bahaya kepada mereka yang hangat bercinta. Perkataan yang digunakan untuk memancing awek yang baru dikenali. Bila orang mengatakan mereka rindu pada kita, kita rasa dihargai. Bila kita mengatakan rindu pada seseorang, biasanya kita saja-saja jer cakap camtu.
Orang yang sedang hangat bercinta, bila berpisah, tak boleh memikirkan tentang pasangan mereka. Contohnya pasangan laki bini yang tak pernah berenggang, sekali bini kena pergi kursus induksi contohnya, mereka tak digalakkan melayan perasaan takut diserang kerinduan. Kerinduan yang sebegini, adalah amat intense dan dalam sehinggakan boleh membuatkan seorang wanita menangis, atau seorang lelaki menggila. Sebab tulah mungkin, masa bercakap dalam talipon, pasangan laki bini kena saling support each other to be strong masa berjauhan. Jangan dok layan perasaan, walhal menggatal nak cuba benda bukan-bukan.
Rindu adalah perasaan perasan yang akan menjadi-jadi semakin ia dilayan. Asalnya benda takde pun. Tapi dok dipikir-pikir, dibelek-belek, dikaji-kaji, ditambah pulak dengan elemen horny dan fantasi, maka perasaan rindu itu boleh menguasai seseorang. Dan ia boleh sampai tahap mempengaruhi kelakuan dan pemikiran seseorang, bergantung kepada tahap ketahanan individu.
Kadang-kadang, perasaan rindu boleh dimanipulasi untuk menimbulkan suasana. Maklumlah, hidup seharian manusia memang membosankan, maka selalunya kita akan melakukan sesuatu untuk menghabiskan masa. Antara yang boleh kita lakukan ialah manipulasi perasaan rindu untuk menimbulkan ghairah untuk melakukan sesuatu. Contohnya seorang mamat yang dah lama tak balik ke kampung halaman sejak parents dia meninggal. OOOh, mentang-mentang lah makbapak kau dah takde, batang hidung bahkan Hari Raya pun kau taknak jejak kaki ke sini, kan? Rumah mentua kau kat pekan depan tuu ajer. Dah lalu tu, singgah sini "say hi" ke apa kat kitorang, apalah salahnya. Maklumlah, dah jadi orang Key Elll. Jadi, nak mengelakkan situasi sebegini, kita kena timbulkan desakan untuk balik kampung atau bertemu semula dengan teman lama, dengan mengimbau cerita atau kenangan manis dulu-dulu, bagi membangkitkan kerinduan, lantas menimbulkan dorongan untuk melaksanakannya. Kalau tak buat camni, kita ni dok keja, tido, keja, tido, bayar bil, shoping, tido, keja, tido....Binatang pun ziarah-menziarahi woiii.
Akhir sekali, kenalilah perasaan rindu dan gunakan dengan ceremat. Sekian, terima kasih.
3 comments:
aaaa setujunyeee dengan statement2 tu..
rindu mmg makin menjadi2 bile dilayan, mmg kadang2 sampai nangis.
serious betul apa yg you tulis.
sentaphatimaknak. huhu..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Hanya berkongsi apa yang pernah dilalui...
oke sangat setuju dengan semua statement!!
Post a Comment