Wednesday, August 17, 2011

#CelakaParty

Satu kelemahan bebudak dalam party celaka ini, ialah mensi yang berjelajela. Dalam Twitter, had jumlah perkataan sekali send ialah 140 patah perkataan. Kegemaran bebudak dalam #celakaparty ni yang mention setiap mamat dalam geng tak siap ni menyebabkan ruang nak taip mesej yang nak disampaikan jadi terhad.
Walaupun ada apps Twitter yang sambung 2-3 tweet jadi satu, mata jadi kayro melihat @ berbijikbijik dalam tweet tu.
Tabiat ini pernah ditegur oleh cofounder, merangkap PRESIDEN baru party ini sejak semalam; @akuskizo yang memang menyampah dan tak layan sangat tweet tweet yang ada mensi berjela. Beliau yang juga seorang yang kacak, intelligent, dan hebat diranjang juga memberitahu, dia dah bagi idea camana nak pendekkan tweet, tapi sorang pun takmau ikut.
Melalui caranya itu, orang yang mahu menyertai party yang menyemakkan server Twitter ini, hanya perlu meletakkan tag #celakaparty di bio nya, kemudian memfollow @JantanCelaka, @akuskizo, @arJUJUmand, @Aizubs @Uncle_Lah @zsazsan @hidhir @mas_IFP untuk mendapatkan arahan arahan atau RT yang khusus untuk party. Dengan cara ni, semua orang satu dunia boleh menyertainya dengan hanya menaip "celakaparty" di ruang 'who to follow' dalam twitter page. @akuskizo pula, yang juga merupakan seorang teknokrat yang seksi dan berjaya, yang berblogging dan mengomplen sesuka hati, dari sehalushalus semut, hinggalah ke ancaman peningkatan suhu bumi, telah mengabadikan nama party ini dalam Google dan internet, dengan membuat posting yang gempakgempak dalam blognya, agar bila orang taip 'celakaparty' dalam google, orang akan jumpa.
Pergerakan subversif ini semakin menjadijadi sejak masuk bulan Ramadhan. Jumlah follower party ini semakin ramai dan semakin common para tweeps dalam Twitterjaya untuk mencarut dan bincang bendabenda yang selama ini taboo di Malaysia. Biasanya tweet mereka bermula sejak sahur, pastu main good morning good morning sampai tengahari, bincang nak buka apa sampai petang, petang pulak mengumpat orang orang yang mereka jumpa sepanjang hari atau di bazar ramadhan atau 'baram' atau 'param' dalam bahasa twitternya.
Setelah bersahutsahutan mengucapkan selamat berbuka, diorang senyap sekejap setelah azan maghrib. Tweet tweet mula masuk balik bila ada yang mula mengusik.
Bersambung lagi

No comments: