Semalam, masa gua menganalisa tweet-tweet gua, gua dapati satu tweet yang mencurigakan. Well, walaupun setiap tweet gua memang mencuriga dan mengesyakikan, namun tweet yang berlaku pada pukul 4.00 pagi itu lain macam bunyinya:
Bermula dari tweet tersebut, gua mula mengamati garismasa si mamat ni semula. Takde apa yang abnormal selain perubahan mendadak mamat ni dari seorang bastard yang nak tumbangkan dunia, kepada seorang mat tabligh yang mencurigakan. Dan pemakiannya yang serba berjubah dan berkupiah putih.
Hati Hati jika ternampak mamat ni |
Setelah dikaji, didapati nama mamat dalam gambar profail yang digunakan oleh tweethandle kita ni, dikenali sebagai Munafik Besar, pada masa gambar itu dipopularkan, satu masa dulu. Yang menariknya, satu masa itu adalah lebih kurang dalam bulan Ramadhan macam ni jugaklaa, tahun lepas. Mari kita amati buktinya:
Pada mulanya, gua tak nampak jalan cerita yang sedang berdenyut-denyut macam spider sense dalam benak gua ni. Gua buat dono je lah. Tapi, masa gua baca balik timeline mamat ni, gua perasan yang dalam bionya tertulis bahawa dia ni ialah seekor jin Islam yang menakluki tubuh si tweethandler ni. Gua mula jadi paranoid.
Pada malam 19 Ramadhan, mamat scuba yang terkenal dengan habitnya melakukan eksperimen 'out of body' kristos sensorang masa stok putus, telah melakukan kristos eksperimen dalam keselesaan ruang tamu rumahnya selepas baru pulang dari kerja agaknya. Masa dia tengah out of body, badan fizikalnya yang tertinggal di rumah, telah dimasuki oleh seekor jin Islam yang kebetulan on the way nak pergi terawekh di masjid TTJ. Jin tersebut samada sedar atau tidak dia ada dalam body si scuba tu, gua pun belum pasti lagi.
Patutlah perubahan mendadak si scuba ini telah menyebabkan kucar kacir kepada sebuah party politik yang baru membangun dan sweet; #celakaparty. Presiden celakaparty dikatakan telah menegur scuba dalam beberapa siri unmensi, namun semuanya itu umpama terkencing di daun keladi ajer pada beliau.
Beliau terus menerus menggunakan akaun si scuba yakni @akuskizo hingga ke saat laporan khas ini ditaip. Dikatakan tweet-tweetnya di malam hari sejak sepuluh terakhir Ramadhan ni agak hardcore dan mengkucar-kacirkan beauty sleep ahli-ahli #celakaparty. Mungkin lepas ni gua nak ajak dia ngeteh kejap kat kedai mamak. Mungkin juga gua akan sambar nasik sepinggan dengan ayam seketul buat bersahur, kot.
Latest complaint dari ahli MT #celakaparty yang sedang terlantar sakit: Uncle Lah |
Pepehal pun, demikian saja laporan gua pada malam ini. Gua nasihatkan agar semua follower @akuskizo berhati-hati dengan apa yang si mamat arab tak kena mungkin dakyah Islamiah. Ni nak pegi kedai mamak pun dia belanja. Rasuah latu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment