Atan baru balik ke rumah sewanya malam tu. Dia meletakkan beg di tepi sliding door sebelum menyeluk poket depan begnya itu. sambil dia leka mencari kunci rumahnya, dia ditegur dari abang dari rumah belah kanan:
"Selamat Hari Raya! Baru sampai ke?" sapa brader tu sambil angkat tangan macam nak salam walhal jarak Atan dan brader tu tak memungkinkan berlakunya aktiviti sivik seperti dalam kebanyakan budaya manusia. Atan yang tak berapa berkenan dengan orang yang bertanya soalan bodoh macam tu, terpaksa letgo sebab ni masih dlam bulan Syawal. Atan azam nak maintain lama sikit keimanan yang diperolehinya dari bulan Ramadhan baru-baru ni. Atan budak baik. Atan nak jadi baik.
"A'ah. Abang tak balik kampung, raya?" tanya Atan. Dia dah jumpa kunci rumahnya. Atan berdiri nak mengacukan kunci nak bukak ointu. Sambil menonyoh kunci, sambil Atan memandang ke arah brader yang masih senyum kerang busuk terpinga-pinga dengan soalan spontan dari Atan.
"Ohh. Abang, abang balik kejap jer ni. Ambik barang akak kau jap. Lepas Maghrib kang, abang gerak balik Rembau, laa" jawab brader tu tak reti nak melawak lagi dah.
"Ok lah bang" kata Atan sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia mengangkat begnya tadi. Atan angkat tangan kat brader. Brader angkat tangan kat Atan. Brader masuk ke dalam rumahnya. Atan masih lagi membongkok nak angkat begnya. Atan ushar ke rumah sebelah kiri pulak. Atan baru terpikir...
Orang tua sebelah ni, tak balik raya ke?
...bersambung...
No comments:
Post a Comment