Tuesday, March 27, 2012

Ibu Yang Skizo

Bilik bersalin pada petang tu, tenang. Beberapa orang nurse dan bidan tergelak-gelak melawak di tepi kaunter, menunggu saat tukar shift. Bunyi 'ting' tanda lift dah sampai ke tingkat 6 Hospital Ampuan Najihah Seremban, mencelah disebalik hilai ketawa. Pintu lift terbuka dan dua mamat berpakaian seragam putih, menghambur keluar. Sebuah stretcher terkandung seorang wanita menyertai pembantu perubatan tadi, keluar dari lift. Mereka menolak stretcher dengan tergesa-gesa ke dewan bersalin, setelah melepasi pintu kaca otomatik. Dengan muka pahit, akak-akak nurse dan bidan dengan pempaham turut serta masuk ushar apacer melalui pintu dari belakang kaunter.

-----------

''Mira takut'' kata Mira sambil menggenggam tangan Abu yang merenung tepat ke matanya.
''Jangan takut. Abang ada kat sebelah'' jawab Abu cuba menenangkan. Abu dan Mira berada dalam bilik bersalin. Ini adalah anak pertama mereka. Patutnya due. Lagi sebulan, tapi tadi water dah broke. Bukaan pun dah agak mencemaskan dengan kontrapsi berfrekuensi semakin tinggi.

''Harap maaf ye cik Abu, kami terpaksa minta encik Abu minta diri dulu kerana kami nak lakukan sedikit pemeriksaan kecil'' kata nurse berbangsa Singh dari belakang. Abu berpusing memandang nurse yang bercakap. Nurse buat muka toya sambil lelap-lelap mata nak menekankan yang dia series, ni.

''Sekarang?'' tanya Abu sambil angkat kening. Mira menggenggam erat tangan kanan Abu. Pucat hujung jari kelingking Abu dibuatnya.

''Ye, encik. Sekarang'' jawab nurse Singh. Abu mencium dahi Mira. Mira buat muka ngengada takmau lepaskan macam dalam movie. Abu pun buat muka 'please be strong' macam dalam movie jugak. Mira buat muka manja dalam kesakitan nak beranak, tu. Abu membalas dengan...

''Encik, sila keluar sekarang. Doktor dah sampai'' kata nurse Singh memotong stim Abu dan Mira. Abu menyelak tirai kubikel bersalin. Terus ajer doktor-doktor dan misi menyerbu masuk ke dalam kubikel bininya macam langau.

Abu pandang ke kiri. Kelihatan kapel-kapel lain sedang menenangkan diri masing-masing untuk menempuhi saat bersalin si isteri. Ada tirai kubikel yang tertutup, dengan bunyi-bunyi alat yang mentrace degupan jantung baby dalam perut ajer yang kedengaran. Abu pandang ke kanan, kelihatan cuma ada dua kubikel ajer lagi sebelum pintu keluuar ke dewan lain. Kubikel bininya tertutup. Kubikel sebelum kubikel bininya terbuka. Kelihatan seorang minachi sedang dalam posisi nak bersalin dengan wayar-wayar tersambung kat perut dan lengannya. Minachi tu nampak sugul. Tak kelihatan pulak machaa yang boleh dikatakan sebagai suaminya sepanjang Abu dalam dewan ni tadi. Mungkin suaminya kat bawah cari parking atau suami dia kerja ke apa. Tapi Abu terasa macam ada sesuatu yang tak kena. Minachi tu tanpa henti mengusap perutnya yang busung. Tetiba kedengaran bunyi Mira menjerit. Abu takbley tahan sabar terus mendekati tirai kubikel bininya. Sibbaik tak terlanggar nurse singh yang kebetulan nak keluar jugak. Nurse tu tersenyum kepada Abu.

''Tahniah encik Abu. Encik mendapati putri yang comel'' kata nurse singh itu potong stim. Abu menerkam ke dalam kubikel bininya...

------

Bersambung

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

The Selfish ME

What do you do when you are facing the darkness alone? Who do you turn to when you got no one? What can you say to the people around you about the state you're in without making them feel as if they have something to do in causing it?

When I was a kid, there was this jeram I go whenever i'm feeling low. There's this big rock where I would sit on it for hours and just talk about my issues. I just need to let it out. The talking process usually helped me in finding new ways of viewing my issues or popping up the solution itself.

As I grew older, I learned to keep my issues to myself. Learned to bottle it down, keeping it in a safe only to be opened when I'm under influenced to explore possible solutions. But my life is never easy. So many surprises and shits keep popping up that there were times when I feel empty when I didn't have any problems.

Nowadays the stress, the shits and the problems are getting more intensed. Plus the fact that I am still in the stage of recovering from a huge business failure, I get agitated easily when shits from work, financial, friends or family come knocking all at the same time, at the wrong time. And at times like this, I wish I could go back and sit on the big rock. But I don't even have a car to go to work, so I dont really share my shits much.

Then came twitter. Straight away I am hooked on it and I start expressing all the thoughts in my mind. I don't really care whether the readers understand or not as long as I get it out.

The end.

Eh?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Lanyak yang skizo

Dia : Kan gua dah cakap, lanyak jer
Aku: Mana boleh main lanyaak jer. Ni pasal orang dulu main lanyak la kita dok ngadap benda ni, sekarang
Dia : orang lain rilekkk, buat dekk jer? Lu jer yang kecohkecoh sorangsorang, apahal?
Aku: ntahlah. Aku memang berkulit sensitip, skett
Dia : piiraaah! *tepuk bahu*
Aku: haha. So bila kau nak gerak, ni?
Dia : abes borak ni, gua gerak arr
Aku: abes tu, kita jumpa lagi tak?
Dia : ek elleh, lu? Lu ingat ni drama 3minit ke nak emo-emo? Dah tentulah tak tentu lagi kita jumpa ke tidak. Ni kan cerita LU. Lu yang hero. Gua watak sampingan jer. Sebagai hero, lu takleh emoemo. Lu kena teruskan, dan tetap teruskan, walaupun lu sebenarnya tak tau untuk apa semua ini. Itulah kemanusiaan. Eh?
Aku: eh?
(Kami ketawa)
Dia : kau paham maksud aku, kan?
Aku: .....
Dia : haa? Dah! Dah! Jangan nak emo! Gua chow dulu! Ada aral kita jumpa lagi....
Aku: ...
Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Gampang

...sial punya internet koneksi. Membuatkan konek gua hilang ereksi...

Dah dua artikel power gua cuba post kat blog ni pakai blogger-droid, hilang masa cuba upload. Hampassss!

Published with Blogger-droid v2.0.1

Amaninas and maggnetic building blocks

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, March 6, 2012

Angkasawan yang skizo

Abu memang nak jadi angkasawan sejak dari kecik. Pada Abu, keangkasawanan adalah seluruh hidupnya. Bahkan lahir lahir lagi bapak Abu; Encik Abdul Tahir nak bagi nama Sheikh Muzaffar kat Abu tapi bomoh cakap nama tu tak serasi nantik panas, maka tu sebablah nama Abu sekarang ialah Abu.


Kat sekolah menengah lagi minat Abu terhadap angkasa lepas dan Star Wars memanifestasikan patternnya. Apalagi bukti nak cakap kalau Abu adalah Presiden Kelab AngkasaLepas kat sekolah sejak tertubuh, sampailah Abu keluar sebab dapat asrama penuh. Tengok ajer kat bilik Abu, dah macam satu babak dalam StarWars. Rasa insecure pulak kalau tak pegang lightsaber ketika berada dalam bedroom Abu.


Masa kat U, keangkasawanan Abu semakin mengambil tempat. Abu terpilih dalam program perintis angkasawan muda dimana kat situlah dia layak masuk ke akademi angkasalepas yang masa tu terletak some where secret kat celah-celah gaung di Kuala Kubu Baru, Selangor. Dapatlak instructor tu orang French, Abu pulak menyembur-nyembur air liur bley cakap perancis, hmmm makin uplah kebarangkalian Abu terpilih kalau ada apa-apa pemilihan nak ke bulan.


Masa kat akademi tulah Abu bertemu dengan Mira, awek dunia akhirat Abu. Tak banyak rekod kami tentang Mira. Abu pun tak banyak citer pasal Mira. So kita boley skip bab ni, lagipun ada banyak scene lucah.


Masa kat akademi tu jugak Abu semakin jelas dengan keinginan dan cita-citanya. Abu ingin menjejakkan kakinya di permukaan bulan. Berlari-lari slow-mo dari kawah ke kawah mengumpul bijik-bijik batu untuk saintis dunia buat stok geligeli, bergambar dan maintain posing sebab semua di CCTV kan, mereportkan segala aktiviti yang dibuat semasa berada di luar roketnya...hmmm. Kengkadang Abu boley tersenyum sendirian melayan fantasi 'bulan' madunya...


Dipendekkan cerita, tah camana memang dah luck si hero cerita ni agaknya, Abu pun berpeluanglah nak ke bulaaan. Dipendekkan lagi cerita, Abu dah sampai kat bulan dengan selamat. Sekarang tibalah agenda memijak permukaan bulan buat kali pertama seraya memacakkan bendera Malaysia sambil jari tunjuk finger 1Malaysia boleh.


Dengan hati hati pintu roket dibuka umpama satu scene ending sebuah movie balik raya di mana seorang anak menanti pintu depan dibuka oleh ibunya cuma si anak dalam situasi kita ini berpakaian lengkap seorang angkasawan siap ada bunyi nafas macam Darth Vader.


Setelah pintu roket terbuka, Abu dengan slow mo-nya melangkah turun dari tangga roket ke permukaan bulan. Takdelah se slow-mo yang disangkakannya sebab ketika nak turun tu, Abu tersungkur dan dahinya tersadung di pemegang tangga roket dalam halaju yang agak mencemaskan jugak. Sibbaik tak pecah helmet angkasawan dia. Kalau tak, buat malu negara, jer...


Abu melakukan rutin-rutin yang telah dirancang dan terus saja bertindak mengumpulkan segala jenis mineral untuk bahan permainan saintis bumi. Pastu Abu melakukan ritual wajib seorang warganegara Malaysia tatkala sampai di bumi asing, yakni mengibarkan bendera negara. Kalau bukan headset dia bersambung pada talian ke 5 negara, dah tentu dia azan serta iqomat sepam dua. Bukan apa, takut lepas azan kang, teruk pulak dia kena bahan sebab kat bumi pun, Abu bukan semayang sangat.


Bila Abu dah setel semua tugasnya, dia berpusing nak masuk semula ke roketnya. Masa on the way tu, sempat jugakla Abu buat lawak slow-mo dengan crew angkasawan yang lain dengan pura-pura terjatuh masa terlompat-lompat tu. Bila dah lebih kurang beberapa hasta nak dekat dengan roket, tetiba Abu berdiri tegak. Crew dalam roket sumer heran dan mewalkie talkie Abu, bertanyakan apahal?


Rupanya Abu sedang tahan kentut. Berkerut-kerut dahi dia disebalik topi keledar angkasawannya. Dan efek penahanan itu amatlah pelik rasanya kerana biasa tahan kentut dalam keadaan bergraviti. Rasa macam nak sendawa pun ada. Setelah kuntum Abu reinitialized, Abu pun nak mula terlompat-lompat nak kembali ke roketnya. Sempat jugak dia mengerling pada meter oksigennya yang menunjukkan suitnya ada stok oksigen untuk lagi 6 jam.


Abu angkat kepala dan mengalihkan pandangannya ke roket. Misi sempurna dan apa yang bermain di pikiran Abu sekarang ialah nak pulang ke bumi dan pekena teh tarik. Dia dah boleh bayangkan pangkat dato', sponsor-sponsor kopi 3 dalam satu, serta artis-artis wanita berpusu mengerumuninya setelah dia touchdown di KLIA nantik. Sedang Abu terlompat-lompat dalam angannya...


Roket Abu meletup depan matanya. Abu terhumban sejauh 10 meter dek ledakan letupan. Kelihatan juga dua crew roket yang terdiri dari warganegara Rusia dan China terhumban keluar dan mampos. Abu cuba mendapatkan mereka tapi memang nyata mereka dah mampos. Abu cuak. Dia pandang cebisan roket yang tinggal. Abu ushar bendera Malaysia yang dipacakkannya tadi. Abu blank. Dia panik. Sistem komunikasi suitnya tak berguna sebab pemancar sumer ada kat roket. Ni roket dah takde.


Abu menjerit sekuat hatinya namun suaranya cuma bergema dalam suitnya saja.


The End...


Published with Blogger-droid v2.0.1