Thursday, April 19, 2012

Frustrated Lover yang Skizo


Adra dah fedap. Dia tak percaya Yujin sanggup buat cenggitu padanya. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Adra terhadap Yujin sejak form four ke form five, hanya siasia. Adra melangkah longlai mengelakkan gerigi eskalator. Dia ke Kedai Sopan.
Fazla takde pagi tu. Beliau keluar pegi bekfes dengan awek kedai Levi's depan. Dah dua minggu Fazla cuba nak tekel awek tersebut. Mungkin sebab body Fazla belum cukup gym? Atau keta BLM Fazla tak cukup stiker fengtau atau spoiler sidai kain? Entahlah. Yang penting, awek tu memang sumer orang kat Terminal 1 ni, aim. Fazla sebagai wakil Kodai Sopan menjurus pemuda Melayu DUN Paroi, juga tak terkecuali dalam pertandingan tak langsung menekel awek kedai Levi's. Tapi kita bukan nak citer pasal Fazla. Atau awek kedai Levi's. Kita nak citer pasal Adra yang patah hati dan sekarang dia dah keluar dari Kodai Sopan. Adra nak cari Fazla sebenarnya tapi sebab Fazla takde, Adra blaa. Adra menuju ke arah wayang. Yakni tingkat atas...
Sampai di tingkat atas, kedai game mahupun kedai buku Popular belum bukak lagi. Yang bukak ialah kedai baju lelong yg belah kanan sekali tu. Selama Adra menjadi kutu rayau dalam kompleks Terminal 1 Seremban ni, tak pernah dia masuk kedai tu. Harini, tah kenapa nak dijadikan cerita agaknya, Adra masuk ke kedai tu.
Dalam kedai tu, dipenuhi dengan deretan hanger pakaian serta patung memperagakan cadangan pemakaian pakaian yang dijual. Adra berlalu laju melintasi kawasan bra dan spender pompuan yang merupakan bahagian depan kedai. Beliau takde tujuan sebenarnya tapi Adra bergerak ke bahagian seluar slack lelaki dan dengan spontan berlakon seolah-olah mengushar seluar tatkala amoi kedai yang sedang busy melipat kain menyapanya. Adra tak tau nak jawab apa. Sebab dalam kepalanya semak. Pikirannya kacau. Dia terbayang tubuh Yujin dibogelkan oleh Scuba, kawan baiknya sendiri. Dia tak sanggup melihat Yujin ketawa suka dalam imaginasinya itu. Adra meronta-ronta mengusutkan pakaian yang disusun, sambil diperhati keras oleh amoi tadi...
Adra bersembunyi dalam changing room. Dia bukak hempon. Adra kuis2 skrin hempon dan bukak timeline twitter. Dia baca timeline Yujin. Nyata-nyata hubungan Yujin dengan Scuba semakin cam sial sebab mereka dengan selambar flirting publicly di twitter macam Adra yang memang semua orang satu Seremban tahu sedang 'going-out' dengan Yujin? Adra rasa nak hempas jer hemponnya tapi dia sayang... Adra menyangkung. Dia sesak napas kena panik attack. Dia rasa dunianya semakin sempit. Memang arr sempit. Dalam changing room, kaan?
Adra nak keluar dari fitting room. Tapi dia tak mampu nak mencapai lock pintu kubikel dalam kedai tu sebab dia sedang mencangkung, sesak napas kena panic attack la konon. Adra meronta-ronta ala-ala macam dalam drama dalam tibi tu part masa hero kena racun or hero nak mampos or benda camtu. Tapi dia tak mengeluarkan bunyi. Ccuma berkriuk di lantai fitting room.
Tibatiba, Adra mati. Sekian.
Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Fadzlin Basir said...

hahahaha. sad ending!

Irwan Mohamad said...

Watak Adra dimatikan sebab beliau givap. Kalau dia nak cuba lagi, mungkin cerita ni panjang lagi dan di zinekan. Eh?

Hahahaha