Monday, December 30, 2013

Terima Kasih, semua...

Tersekat,
Terikat,
Tertekan.

3 keadaan yang boleh buatkan mana-mana organisma untuk masuk ke region 'self-defense' dan membiarkan survival instinct mengawal keadaan. Jika satu-satu organisma tu boleh masuk ke region ini andai didedahkan kepada tiga unsur tersebut selama sedetik, aku patut dah memegang parang di tangan kanan dan kapak di tangan kiri sekarang kerana telah berada dalam keadaan itu selama lebih 5 tahun.

Apa yang membuatkan aku nampak normal hanyalah ubatan dan kekuatan minda. Tanpa dua benda ini, sudah tentulah jumlah orang gila dalam Malaysia dah bertambah seorang dua tahun lalu. Cumanya, sampai bila aku nak bergantung pada ubatan? Dan sampai bilakah mindaku mampu mengawal api yang membara dalam dada, ditambah dengan keadaan hidup dan dunia yang tak nampak macam menuju ke arah yang lebih baik saban hari, ni?

Yang membuatkan ia semakin memuncak ialah, aku tak dapat luahkannya pada sesiapa. Tiap kali aku membuka mulut, mereka cuba menafsir dengan pandangan dan kefahaman mereka sendiri, kemudian menimbulkan kongklusi-kongklusi pramatang. Dan bila aku bertindak luar dari jangkaan mereka (kerana mereka salah faham), mereka kata aku tak serupa bikin. Mungkin cara penyampaianku yang salah. Atau cara otakku berfungsi yang salah. Apapun, yang peliknya, orang selain mereka mudah saja menaakul sebab-musabab perbuatanku.

Dan kini, setelah setahun aku mengambil pendekatan yang tak pernah aku lakukan ini, aku semakin jelas dengan keadaan diri dan mereka yang sekelilingku. Aku semakin terang dengan apakah erti diriku pada mereka dan bagaimana mereka melihat dunia ini. Walaupun kenyataan ini amat memeritkan jiwaku kerana mereka semua adalah orang-orang yang aku sayangi, namun tuhan pastilah lebih menyayangi mereka. Dn sudh pastilah, apa yang Dia tentukan untuk mereka itu adalah yang terbaik. Serupalah juga apa yang Dia dah tentukan untuk aku ini, layak untukku.

Maka terus meneruslah aku memendamkan keadaanku ini, sehingga selama-lamanya.



Monday, December 16, 2013

#serembantunnel3 minizine launch at #arts4grabs 15 Dec 2013

Walaupun #serembantunnel3 dah pawer, gua tetap tak puas ati. Dan demi mengetest kepawerannya, gua isik satu kotak kasut mana ntah gua jumpa dengan minizine-minizine #serembantunnel Vol 1, 2 dan yang terbaru: #serembantunnel3 (Vol 3). Gua packing jugak tikar, alas, n zine2 berkaitan dan sedikit #paranoir sebagai perencah dan susun semua tu pulak dalam kotak besar. Lepas tu, dah nak dekat senja petang Sabtu 14 Dec 2013 tu, gua berkelana ke KL, berbekalkan RM2.

Dah duitnya RM2 jer, maka perjalanan dari Seremban Selatan ke Seremban kenalah naik komuter sebab kalau naik teksi, komankoman reganya RM3. Bas pulak, masa tu dah petang Sabtu, so gua tak letak harapan menjulang akan kewujudannya dalam plan gua. Plan gua: angkat kotak berisi zine dan kelengkapan, menapak ke stesen komuter Sungai Gadut. Ada dalam sekilo meter jugakla jaraknya, melintas jalanraya, kereta, macha tak pakai helmet serta construction yang tah bila siapnya.
And i did just that. Sampai-sampai stesen komuter, orang ramai. Ada nak pegi Sahalam, ada nak ke KL Sentral. Lagi ramai yang menghantar jer rupanya. Dalam komuter, gua terus ambik gambar kotak. Ada beberapa Vietnam yang dok kat tempat OKU, mengushar gua dengan muka macam dorang warga, gua yang turis. Gua pedulik apa?
Perjalanan ke Seremban petang tu suram. Kepalahotak berputar laju, memikirkan ayat-ayat pemikat, dan entrance yang nak digunakan dalam memastikan terjualnya beberapa keping minizine or bonus: zine tu sendiri. Duit dah tinggal limaposen. Gua selukseluk poket depan belakang celah wallet. Vietnam ushar jer gua. Gua ushar mereka. Mereka ushar tempat lain. Takde. Memang limaposen jer duit dalam tangan sekarang.
Sampai di #serembantunnel , gua terus ke kedai Bro Amat. Beliau tengah lepak-lepak nak tutup kedai dengan muka mengantuknya. Zul Skizo baru bla, katanya. Dengan muka bersemangat dan menyalakan sebatang nusan yang tinggal dua batang jer masa tu, gua cakap kat Bro Amat plan gua untuk malam tu. Dia yang dah duatigakali dengar gua bersungut pasal nak buat benda ni, hanya merestui pasrah jer gua dengan idea yang dilabel gila oleh adik kedai Inai.
Kontekpunyakontek, Zul Skizo pun sampai dan lepak kejap dengan kami. Beberapa minit lepas tu, Syed plak. Gua pun bagitau plan gua dan menunjukkan pada Syed (yang semakin mula berminat dengan minizine) minizine #serembantunnel3. Cerita punya cerita, gua berjaya mengumpul RM20 dari kawan2 #serembantunnel petang tu sebagai modal. Gua terharu dan bersyukur. Dan sebagai tanda kesyukuran, Bro Amat, Zul Skizo dan gua pegi minam jap kat kedai kat Petronas tu.
Selesai minum, dah nakkat pukul 9pm. Terus gua panjat bas SKS dan gerak ke KL. Perjalanan lancar, driver bawak bas terbangterbang cam beser. Sampai di KL, suasana masih rancak dengan orang lalulalang, melintas jalan atau sajasaja berdiri situ sebab tau gua nak lalu. Anyway...
Plan asal gua nak ke dataran, bentang tikar dan mula konvert minizine yang Syed kasi kat gua pada hari sebelumnya kepada minizine standard #serembantunnel . Tapi orang bley ramai pulak. Maka terpaksalah gua lepak mundarmandir melayan orang jual lampu yang dorang tembaktembak ke langit tu.
Berhampiran dengan kolam air pancut bulatbulat tu, ada orang busking. Gua pun layanlaa.
Dari jauh, tetiba perasan ada member antara member-member busker tu. Gua pun pegi salamsalam. Cerita punya cerita, gua dapat tau yang berhampiran dengan HSBC ada persembahan Raja Band, acara battle of the band kelolaan DBKL yang disertai oleh rockers-rockers 70 to 90's sebagai juri dan persembahan. Gua pun berminat. Lagipun, plan untuk tempat nak crash belum ada. Gua pun ke HSBC.
Sampai di sana, jumpa lagi ramai member dan plan untuk crash dahada. So gua pun melepak melayan persembahan yang dah nak ujung-ujung masa tu: rentetan lagu kaver jimi hendrix yang siap main pakai mulut pebagai tu. Pergh.
Dalam tengahmalam, member pun sampai dalam Kelisa lowerednya dan kami menuju ke Sahalam dalam pecutan yang menakutkan melalui Lebuhraya Persekutuan.
Pagi esoknya, semua bangkit dah nak tengahari. Sedar-sedar, mandi-mandi terus gerak ke KL. Perjalanan dimudahkan, siap dapat parking baek (free) kat basement Pejabat Pos Dayabumi KL. Terus berkejar ke Annexe sebab masa tu dah nakkat pukul 2pm.
Kat #arts4grabs, lengang. Orang tak ramai. Gua ambik kesempatan nak setup-setup bembarang #zineskizo kat booth &zinecollector di bawah tangga. Lepas salam-salam dan edarkan flyers @BJseremban kat semua booth berkaitan, gua pun turun mengopi di mamak Annexe.
Petang tu, team @sirraimi dan &projekGila nya ada buat prologue untuk Teater mereka bertajuk #WaliUntukKu  pada pukul 4pm. By 330pm kawasan mamak dan Annexe mula dipenuhi dengan muka-muka familiar, berebut-rebut kerusi dalam blackbox kat small stage kat area event tu.
#WaliUntukKu cool jugak arr. Gua takreti teater teater ni so gua taknak komen. Lagipun, ni karya member dan dipersembahkan oleh kawan-kawan juga yang kebanyakannya first time buat bendabenda macam ni. Ingatkan sekadar layan twitter jer...
Dah petang-petang sikit, gua pun mula usung crowd #zineskizo dengan cerita-cerita #serembantunnel dan minizine dan launching #serembantunnel3 . Hasil sapot kengkawan melayan celoteh gua time tu, membuatkan orang ramai cam tertarik dengan booth zinecollector, melepak dan ambik-ambik gambar cam maot, dan nampak seolah-olah kami ni macam satu group yang freaking serious dengan bendabenda fotostet ni. Apapun, gua puas ati sebab sempat jugak menerangkan cara nak baca isik perut #serembantunnel3 pada semua sampai tak sempat nak ambik-ambik gambar camwhore pesumer.
Semua setel menjelang malam dan setelah salamsalam kat tingkat atas, kebanyakan kami melepak kejap kat mamak Annexe. Dah nakkat 9pm, semua bersurai. Gua bla naik komuter.

Penutupnya ialah, terimakasih pada @hilmiakmalhalit @sirraimi @zinecollector @projekgila @ikemalhafizi @abangberk @syed_alsagaff kerana sapot kamu semua. Kamu, telah membuatkan ini, satu kejayaan.

Gua berakhir dengan RM80 lebih, malam tu. Walaupun berdiri dalam komuter dari stesen KL ke Sungai Gadut, gua puas hati. Gua puas hati sebab ada kawan-kawan yang tanpa dirancang ke apa, boleh membantu, diterima sebagai sebahagian dari scene yang kretif dan cool, isteri yang memahami dan anak anak yang cute #tetiba, #serembantunnel , #zineskizo , dan opkos, YOU.

Terima kasih sekali lagi.

#serembantunnel MiniZines

Sejak pelancaran minizine #serembantunnel1 pada Nov 2013, perjalanan #zineskizo di Terowong Pejalan Kaki KtM seremban ni menjadi semakin menarik. Menarik sebab reganya singgit jer satu. Dan sebab ia telah memulakan penyakit baru dalam scene zine Malaysia yakni penyakit minizine.
Malas gua nak cerita sejarahnya kat sini.
Apapun, semalam kat #arts4grabs di Annexe Central Market Pasar Seni Kuala Lumpur, telah dilancarkan secara rasmi Vol 3 of #serembantunnel minizine: #serembantunnel3

Masih menggunakan konsep taipografi sketch, #serembantunnel3 menyampaikan mesej2 pendek dan jelas melalui pagesnya:
Page 1 and 2: pasal seni jalanan dan kejumudan masyarakat dan kita terhadapnya.
Page 3 : pasal jangan bersendiri dan takrif 'duit' vs 'rezeki'
Page 4 : pasal semangat tentang sesuatu scene
Page 5 and 6 : pasal mengaku bila ada masalah

Dan mengekalkan tradisi volume-volume sebelumnya, isik perut #serembantunnel3 kalini mengetengahkan satu teknik dalam story-telling dalam kraf pembuatan buku, apa yang gua panggil sebagai ratmaze.
Ratmaze ialah cerita yang buatkan pembaca kena pilih jalan cerita seterusnya melalui listografi ke mukasurat sambungan. Gua pernah dengar jer yang buku sebegini wujud dan memang dah lama nak buat buku macam ni sebagai salah satu isu dalam #zineskizo. Tapi, dah berapakali dah gua cuba, gagal.
Melalui #serembantunnel Vol 3, gua berpeluang menggunakan alasan 'cerita pendek' untuk mempamerkan kecoolan style 'ratmaze' ni. So gua mempersembahkan satu cerita, yang camana pun pembaca pilih, dia akan berakhir dengan sajak suruh tido, tu. Cerita ni, patutnya dibaca pada pukul 10+ malam, lepas setel semua urusan dunia dan akhirat. Tapi, kalau dah terpegang, teruskan ajerlah melayannya. Harap korang semua terhibur, sepening gua membuatnya.
Oh ye. Untuk lebih enjoy ratmaze ni, minizine #serembantunnel3 ni kena dilipatkan mengikut nombor page tu. Bab ni, gua serahkan pada IQ korang memikirkan camana cara melipatnya. Kat #arts4grabs semalam ada tunjuk. Senang jer. Ikut nombor page kat tepi tu.

Apapun, semoga mesej dan perjuangan #zineskizo di #serembantunnel serta scene Zine malasyia semakin marak dengan minizine pulak.
Pawerrr...

Kalau pegi CM, bawak balik sovenir.
Pegi Melaka bawak balik cencaluk,
Pegi Johor bawak balik barang dari JPO,
Turun Seremban,
Kena beli minizine.

Search #serembantunnel dalam twitter dan google.
Semoga town Seremban, kembali hidup!
SEBARKAN!
Terima kasih dan have a good day.

:-)

The Amaninas at home

Baru semalam rasanya, bangun tengah malam buatkan susu, sendawakan, mendodoikan mereka tidur kembali.
Harini, time Abi baru lepas marah Aya dan Nina sebab sepah-sepahkan rumah, Abi terpikir balik betapa cepat Amaninas membesar.
Dan Abi bersyukur, tak kiralah camana pelik bunyi dan keadaannya, kerana berada di sisi kamu semua, menyaksikan semua ini...
Terima kasih Amaninas.
Terimas kasih Umi.
Terima kasih mak.
Kerana bersabar dengan Abi.