Monday, January 27, 2014

#JackJack

Ingatkan bila Aya dah masuk Taska, Abi akan ada lebih masa nak fokus pada #zineskizo nya yang tertangguh. Ngam-ngam lepas Aya settle down kat tempat baru, dan Nina sembuh demam, babysitter #JackJack pulak kata beliau dah tak dapat jaga #JackJack sebab dapat tender buat kueh. Nak tak nak, #JackJack berada di bawah pengawasan Abi. Dan ini membuatkan kehadiran Abi di #serembantunnel hampir mustahil.
Apapun, sejak makin rapat dengan #JackJack ni, Abi semakin mengenalinya. Abi dapati #JackJack adalah jauh lebih pikap dari Aya (Aya punya pikap pun dah taklarat nak layan kengkadang), dan #JackJack bukan saja manja malah dah tahap mengada-ada.

Dia nak kita berada dalam skop pemerhatiannya sepanjang masa. Dan bila kita hilang dari pandangannya macam time ke toilet atau ke bilik sebelah nak ambik pakaiannya, dia akan meraung dan menangis macam orang kena rotan.
Kalau kakak-kakaknya bila Abi cakap 'jangan', mereka akan stop, #JackJack seolah tak paham bahasa. Bila kita cuba tegah dia naik tangga atau usik tivi misalnya, Ali pandang kita dengan muka blank tapi tangan atau body partsnya yang lain tetap juga meneruskan agenda jahatnya. Part ni yang paling Abi bengang. Degil dengan sengaja.
#JackJack juga disyaki mempunyai kuasa luarbiasa. Yang lain taktau lagi tapi Abi rasa #JackJack ada kuasa mindcontrol walau masih lemah. Apa taknya. Bila kita marah dia, dia akan buat muka cute. Lepas tu kita akan lupa pasal marah lantas terus menggomol pipinya yang bulat tu.
#JackJack adalah kesayangan semua. Alhamdulillah, sungguhpun semua barang dalam rumah ni (dan tivi) adalah "Aya punya", Aya tak kisah bila disuruh berkongsi dengan #JackJack . Nina pun lagi laa OK. Nina sayangkan Aya dan #JackJack

2 comments:

Sarah said...

comel nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Irwan Mohamad said...

trimas