Tune gitar dah OK |
Jari pulak yang lari tune... |
Gua busking pun bukanlah macam orang lain. Orang lain ada microphone dan amp, gua guna tekak dan keadaan geografi jer. Orang lain berdiri, siap ada stand untuk buku lirik, gua duduk tepi jalan dengan kertac chords berselerak. Orang main gitar mahal dengan skill-skill plucking Hotel California pebagai, gua melalak semua lagu-lagu yang chordnya simple strumming chord jer. Tapi, Alhamdulillah, penerimaan orang ramai amatlah menggalakkan.
Banyak perkara baru yang gua discover semasa busking ni. Kebanyakannya dah gua kongsikan kat akaun twitter (@akuskizo). Banyak juga perkara yang takboleh gua nak cerita, takmau orang mendapat pemahaman yang salah, lantas menimbulkan fitnah. Benda-benda camni, gua cerita time facetoface ajer.
Apapun, busking dan masyarakat Malaysia masih baru (walau semakin mendapat penerimaan ramai). Haritu gua post kat FB mengatakan statistik busking gua yang mendapati jumlah penderma non-Malay lebih ramai. Apapun alasan para pemberi budiman semua, gua cuma harap agar kita semua lebih terbuka dalam berfikir dan uruskan prasangka dalaman tiapkali bertemu dengan perkara-perkara baru macam orang busking ketuk baldi atau buat beatboxing tepi jalan. Jangan ingat bila orang tak sama cara hidup cam kita, orang tu lebih hina atau pelik. Kenali kejahilan diri, ye. Sekian.
No comments:
Post a Comment